NEW
Font size
WorksheetsT4 BAB 5.1 - 5.2 SEJARAH KSSM
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Berikut adalah faktor-faktor penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 kecuali
A. Penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union.
B. Sokongan pentadbir British
C. Cadangan raja-raja Melayu dan UMNO
D. Syarat kewarganegaraan yang lebih ketat.
Golongan berikut terlibat dengan bantahan terhadap Malayan Union KECUALI
A.Melayu radikal
B. Raja-raja Melayu
C. Cendikiawan Melayu
D. UMNO
Siapakah ahli Parlimen British yang telah melaporkan bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union kepada Dewan Parlimen British.
I L.D.Gammans
II Sir Francis Light
III Sir Malcolm MacDonald
IV Rees William
A. I dan II
B. I dan IV
C.II dan III
D. III dan IV
Apakah yang telah dicadangkan oleh raja-raja Melayu kepada kerajaan British berhubung dengan isu Malayan Union.
I Jawatan Pesuruhjaya Tinggi menggantikan Gabenor
II Raja berkuasa dalam hal ehwal agama Islam
III Persekutuan bertaraf tanah jajahan ditubuhkan
IV Perjanjian baharu untuk menggantikan Malayan Union
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D.III dan IV
Pernyataan berikut terkandung dalam surat bantahan Sultan Perak yang dibacakan oleh Gammans dan Rees Williams di Parlimen British.
..Tiada seorang pun yang dapat menahan daripada berdukacita terhadap perbuatan tergopoh-gapah dalam menentukan nasib sesuatu bangsa...
Apakah kesan daripada surat bantahan tersebut?
A Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu
B. Pengenalan Malayan Union
C. Pembatalan Pentadbiran Tentera British
D. Pengisytiharan Perlembagaan Rakyat
Kenapakah para pentadbir British seperti Sir Edward Gents dan Sir Ralph Hone menyokong pembentukan Persekutuan Tanah Melayu?
I Dapat wujudkan politik yang stabil
II Selaras dengan dasar dekolonisasi
III Berasa simpati dengan nasib Melayu radikal
IV Menggalakkan orang bukan Melayu menunjukkan taat setia kepada negara.
A. I dan II
B. I dan Iv
C. II dan III
D. III dan IV
Rangka Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah dibentangkan dalam persidangan yang dihadiri oleh golongan berikut KECUALI
A. Raja-raja Melayu
B. Wakil British
C. UMNO
D. PUTERA-AMCJA
Ciri-ciri Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 merangkumi aspek-aspek ?
I Hiburan
II Kuasa raja-raja Melayu
III Kewarganegaraan
IV Sukan
A.I dan II
B.I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Dalam hal pentadbiran perkara-perkara berikut telah dipersetujui KECUALI
A.Ahli Majlis Perundangan Persekutuan terdiri daripada pelbagai kaum
B. Kerajaan Persekutuan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British yang mempunyai kuasa eksekutif.
C.Kerajaan Persekutuan bertanggungjawab dalam hal kewangan serta hal lain yang mempunyai kepentingan bersama
D. Persekutuan dibentuk menerusi gabungan 9 buah negeri Melayu, 2 buah Negeri-negeri Selat dan Singapura.
Apakah badan yang ditubuhkan untuk membolehkan raja-raja Melayu memberikan pandangan mereka semasa pelaksanaan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?
A. Majlis Tindakan Rakyat
B. Majlis Raja-raja Melayu
C. Majlis Perundangan Negeri
D. Majlis Perundangan Persekutuan
Di peringkat negeri siapa berkuasa mengesahkan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Perundangan Negeri?
A. Gabenor British
B. Pesuruhjaya Tinggi British
C. Sultan
D. Yang Dipertuan Agong
Bidang kuasa Majlis Perundangan Persekutuan mencakupi aspek-aspek berikut KECUALI
A. kehakiman
B. hal ehwal dalam negeri
C. komunikasi
D. percukaian
i. Mereka yang dilahirkan dalam Persekutuan Tanah Melayu dan bermastautin selama 15 tahun daripada tempoh 20 tahun dari hari permohonannya
ii. Seseorang itu perlu mempunyai tingkah laku yang baik, tiada rekod jenayah, menguasai bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta bersetuju taat setia kepada Persekutuan Tanah Melayu.
Merujuk kepada pernyataan diatas, mereka yang layak ,boleh memohon taraf kerakyatan melalui cara
A. Kuat kuasa undang-undang
B. Pendaftaran
C. Naturalisasi
D. Penggabungan wilayah
i.Jus soli hanya terbuka kepada rakyat Raja dan rakyat British.
ii. Pemohon yang lahir di luar negeri ayahnya mestilah rakyat Raja dan rakyat British
iii. Penduduk asal dari negeri Melayu yang lahir sebelum, semasa atau selepas tarikh Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
Merujuk kepada pernyataan diatas, mereka yang layak ,boleh memohon taraf kerakyatan melalui cara
A. Kuat kuasa undang-undang
B. Pendaftaran
C. Naturalisasi
D. Penggabungan wilayah
Dalam syarat kewarganegaraan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948,
orang Melayu dan orang Asli yang lahir dan tinggal di negeri Melayu yang mempunyai sultan dikenali
A. Rakyat Melayu
B. Rakyat Raja
C. Rakyat British
D. Rakyat Tanah Melayu
Dalam syarat kewarganegaraan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948,
mereka yang lahir di Melaka, Pulau Pinang dan mana-mana tanah jajahan British yang lain dikenali sebagai
A. Rakyat Melayu
B. Rakyat Raja
C. Rakyat British
D. Rakyat Tanah Melayu
Apakah kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu yang menggantikan Malayan Union?
I Kedaulatan raja-raja Melayu dikekalkan
II Hak istimewa orang Melayu dikekalkan
III Tanah Melayu menjadi hak mutlak orang Melayu
IV Rakyat boleh memilih pengganti raja.
A. I dan II
B. I dan Iv
C. II dan III
D. III dan IV
Persekutuan Tanah Melayu 1948 membuka jalan ke arah perpaduan dan kerjasama antara kaum melalui penubuhan
A. PUTERA
B. AMCJA
C. CLC
D.PUTERA-AMCJA
Berikut adalah faktor-faktor yang telah membolehkan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dibentuk KECUALI
A. Kerjasama Raja-Raja Melayu dan UMNO
B. Tolak ansur antara kaum
C. Sokongan pegawai Tinggi British
D. Cara penentangan orang Melayu secara radikal
Apakah iktibar yang diperoleh daripada peristiwa pengenalan Malayan Union dan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu?
I Amanah dalam pekerjaan
II Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas
III Bekerjasama memastikan perubahan
IV Berani membuat penerokaan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
