wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PAI T1 PEL. 15: BERIMAN KEPADA ALLAH

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud iman dari segi bahasa?

a)

Iktikad

b)

Membenarkan

c)

Percaya

d)

Meyakini

2.

Iman dari segi syarak bermaksud membenarkan dengan ______, mengaku dengan _______ dan beramal dengan anggota ______.

a)

hati ............. lisan ............ badan

b)

lisan ............ hati ............. badan

3.

Berapakah bilangan Rukun Iman?

a)

5

b)

6

c)

7

d)

8

4.

Beriman kepada Allah SWT merupakan Rukun Iman yang _______.

a)

Pertama

b)

Kedua

c)

Ketiga

d)

Keempat

5.

Apakah maksud Beriman Kepada Allah SWT?

a)

Mengibadati Allah SWT dengan melaksanakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya.

b)

Membenarkan dengan hati bahawa Allah SWT Maha Pencipta, Pemilik dan Pentadbir alam ini dan hanya Allah SWT yang berhak disembah.

c)

Percaya dan yakin dengan kewujudan Allah SWT dan kekuasaanNya meliputi langit dan bumi.

6.

Semua umat Islam wajib berpegang teguh dengan kesemua Rukun Iman kerana ia adalah asas utama akidah Islam.

a)

Benar

b)

Salah

7.

Sesiapa yang menolak salah satu daripada Rukun Iman atau kesemuanya maka imannya akan rosak.

a)

Benar

b)

Salah

8.

Pilih susunan yang betul mengikut keutamaan berkaitan dengan Rukun Iman.


1- Beriman Kepada Hari Kiamat

2- Beriman Kepada Qadak dan Qadar

3- Beriman Kepada Malaikat

4- Beriman Kepada Allah SWT

5- Beriman Kepada Rasul

6- Beriman Kepada Kitab

a)

4 --- 5 --- 3 --- 6 --- 1 --- 2

b)

4 --- 3 --- 5 --- 6 --- 1 --- 2

c)

4 --- 3 --- 6 --- 5 --- 1 --- 2

9.

Berikut merupakan ciri-ciri orang yang beriman kepada Allah SWT kecuali

a)

Mengesakan Allah SWT dalam ibadat

b)

Mengesakan Allah SWT dalam berdoa

c)

Takut kepada Allah SWT

d)

Cinta yang mutlak kepada makhluk

10.

Antara ciri beriman kepada Allah SWT ialah cinta yang mutlak kepada Allah SWT. Bagaimanakah cara menunjukkan kecintaan yang mutlak kepada Allah SWT?

a)

Lalai dalam mengingati Allah SWT

b)

Melewat-lewatkan solat

c)

Meletakkan Allah SWT lebih daripada segala-galanya

d)

Melakukan sesuatu pekerjaan untuk mendapat nama

11.

Berikut adalalah ciri-ciri orang yang takut kepada Allah SWT kecuali

a)

Taat perintah Allah SWT dan rasul

b)

Tidak berdusta dan bercakap bohong

c)

Melaksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab

d)

Banyak melakukan perkara sia-sia

12.

Cara mengesakan Allah SWT dalam berdoa ialah ________.

a)

Meminta sesuatu hajat hanya kepada Allah SWT

b)

Malas berusaha dan mengharapkan pertolongan manusia

c)

Melakukan perkara khurafat dan syirik semasa memohon hajat

d)

Melakukan upacara tertentu dalam memohon hajat

13.

Berikut adalah kesan orang yang takut kepada Allah SWT ialah kecuali

a)

Menjauhi kemungkaran

b)

Sentiasa bertaubat kepada Allah SWT

c)

Sukar melakukan kebaikan

d)

Berwaspada dalam setiap tindakan

14.

Kesan orang yang mengesakan Allah SWT dalam ibadat ialah sentiasa menjadi hamba yang ikhlas mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT.

a)

Benar

b)

Salah

15.

Menunaikan solat fardu dengan khusyuk.


Melakukan ibadat khusus dan umum dengan rajin, tekun dan istiqamah.


Berusaha mencari rezeki yang halal untuk menunaikan zakat.


Perkara di atas merujuk kepada ciri :

a)

Mengesakan Allah SWT dalam ibadat

b)

Takut kepada Allah SWT

c)

Mengesakan Allah SWT dalam berdoa

d)

Cinta yang mutlak kepada Allah SWT