WorksheetsSISTEM BAHASA TINGKATAN 1
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Antara frasa-frasa berikut, yang manakah hadir sebagai subjek ?
FA
FK
FSN
FN
Dalam pembinaan ayat susunan biasa, subjek mesti hadir di ___________ ayat.
awal
tengah
akhir
Pilih subjek dalam ayat berikut.
Cikgu Tamilmani memberi penerangan tentang subjek dan predikat.
Cikgu
Cikgu Tamilmani
memberi penerangan
tentang subjek dan predikat
Pilih predikat dalam ayat berikut.
Saya melayari Internet di rumah untuk menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan oleh guru.
Saya melayari Internet
di rumah
melayari Internet di rumah untuk menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan oleh guru.
untuk menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan oleh guru.
Predikat dalam ayat berikut terdiri daripada ________ .
Ibu pejabat Kementerian Pendidikan Malaysia di Putrajaya.
FN
FK
FA
FSN
Predikat dalam ayat berikut terdiri daripada ________ .
Bunga mawar sangat harum dan digunakan untuk menhasilkan minyak wangi.
FN
FK
FA
FSN
Pelajar sentiasa memberikan jawapan serentak apabila ditanya oleh guru mereka.
FN+FS
FN+FN
FN+FK
FN+FA
Penonton yang tiba-tiba pengsan dalam persembahan semalam sekarang di hospital.
FN+FN
FN+FK
FN+FA
FN+FS
Kereta Proton berwarna merah ini buatan Malaysia
FN+FK
FN+FA
FN+FN
FN+FS
Taman haiwan di bandar itu bersih seperti Taman Baiduri.
FN+FN
FN+FA
FN+FK
FN+FS
Soalan berdasarkan gambar di atas.
Pegawai itu ________________ beg yang berisi fail-fail penting ke pejabat.
mengepit
membimbit
memikul
mengenggam
Kebanyakan pelajar kelas saya mengantuk pada hari ini kerana mereka ____________ mata pada malam tadi menyaksikan siaran langsung pertandingan bola sepak Piala Dunia.
berkelip
berkedip
bersengkang
bertentang
Kementerian Kesihatan Malaysia telah bersetuju untuk _________ produk kesihatan yang dihasilkan oleh anak tempatan ke luar negara.
menggerakkan
menguruskan
menambahkan
memasarkan
Ayah berasa sungguh ___________ kerana tidak dapat menunaikan impian adik untuk melancong ke luar negara.
tertekan
terkilan
terharu
tersinggung
Duit syiling di dalam tabung itu _________ di atas lantai selepas tabung itu jatuh dan pecah.
bertaburan
bertebaran
berserakan
berlimpahan
Kaki Pak Man ______________ duri semasa dia melalui kawasan ladang kelapa sawit.
tersangkut
tersengat
tertikam
tertusuk
Permaisuri agong masih di dalam kamar tidur kerana baginda masih belum ............
beradu
bersiram
bersemayam
Sultan Azrul Shah ..........untuk mencemar duli ke upacara pembukaan perasmian bangunan Coway di Seri Iskandar.
berkenaan
bertitah
bertakhta
"Adakah ........... berhajat untuk mengikuti ..........ke Gunung Keledang ?", tanya Laksamana kepada Penghulu Bendahari.
tuan hamba........hamba
tuanku.....patik
hamba .......tuan hamba
Baginda Sultan Alauddin Riayat Shah...........bahawa rakyat yang berjaya membawa pulang puteri yang diculik oleh perompak akan diberikan ganjaran berupa wang emas.
bertitah
bercakap
gering
