wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Muliakan Ibu Bapa

Total questions: 22

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Apakah hukum beradab kepada ibu bapa?

a)

Harus

b)

Sunat

c)

Wajib

2.

Siapakah yang memerintah kita beradab dengan ibu bapa?

a)

Ustaz dan ustazah

b)

Ibu bapa

c)

Rasulullah SAW

d)

Allah SWT

3.

Sentiasa menjaga hati dan perasaan ibu bapa adalah cara beradab dengan...

a)

Tingkah laku

b)

Percakapan

c)

Hati

4.

Tidak meninggikan suara dan marah adalah cara beradab dengan...

a)

Tingkah laku

b)

Percakapan

c)

Hati

5.

Menjaga hubungan baik dengan kawan ibubapa

adalah cara beradab dengan...

a)

Tingkah laku

b)

Percakapan

c)

Hati

6.

Kasih sayang merupakan ......... kepada ketenangan hidup dalam keluarga.

a)

Rapat

b)

Cahaya

c)

Tonggak

d)

Besar

7.

Antara yang berikut merupakan akibat tidak beradab kepada ibu bapa dan keluarga dari aspek individu kecuali...

a)

berdosa besar

b)

mendapat kemurkaan Allah

c)

disayangi ibu bapa

d)

disisih dan dipinggirkan

8.

Jawapan dibawah ialah adab terhadap ibu bapa kecuali...

a)

taat perintah

b)

menolong kerja dirumah

c)

memberi salam

d)

bercakap kasar

9.

Apakah punca penderhakaan kepada ibu bapa?

a)

Dapat menilai antara baik dengan buruk

b)

Tidak terpengaruh dengan perlakuan negatif

c)

Mendengar nasihat ibu bapa

d)

Kurang menghayati pelajaran di sekolah

10.

Apakah cara beradab kepada ibu bapa dan keluarga dari aspek tingkah laku?

a)

Bersopan - santun

b)

Hormat- menghormati

c)

Tidak menyanggah percakapan ibu bapa

d)

merawat dan menjaga ibu bapa yang sakit dan tua

11.

Antara berikut yang manakah merupakan akibat tidak beradab kepada ibu bapa dan keluarga dari aspek masyarakat?

a)

Senang untuk mendapatkan pertolongan

b)

Anak tidak menghormati ibu bapa dan anggota keluarga akan benci

c)

Tidak maju kerana institusi kekeluargaan runtuh

d)

Anggota keluarga berpecah

12.

Apakah yang dimaksudkan dengan potongan hadis di bawah?

رِضَى الرَّبِّ فِي رِضَى الْوَالِدِ

a)

Redha Allah terdapat pada redha seorang bapa

b)

Murka Allah juga terdapat pada marahnya seorang bapa

c)

Allah sayang bapa kita

d)

Berbuatlah baik kepada ibu bapa

13.

Hardi memarahi ibunya kerana tidak membelikan dia makanan yang telah dipesannya melalui aplikasi 'Whatsapp' di hadapan adik-adiknya. Pelbagai kesan mungkin berlaku kepada Hardi, kecuali...

a)

Tidak dihormati orang sekeliling.

b)

Anggota keluarga berpecah belah.

c)

Disayangi adik-adiknya dengan lebih lagi.

d)

Berlaku pelbagai gejala sosial yang membebankan negara.

14.

Pernyataan di bawah menunjukkan kepentingan beradab kepada ibu bapa dan keluarga. Pilih yang BETUL sahaja.


i- Melaksanakan perintah Allah SWT dan rasul

ii- Membina kewibawaan diri

iii- Menjadi contoh teladan

iv- Membina keluarga bahagia

a)

i dan ii sahaja

b)

i dan iii sahaja

c)

i dan iv sahaja

d)

i, ii, iii dan iv

15.

Thalhah seorang perantau yang bekerja di ibu kota. Ibunya jatuh sakit kerana terlalu rindu akan Thalhah yang telah lama tidak mengirim khabar kepada ibunya. Apakah punca Thalhah menjadi sebegitu?

a)

Kurang penghayatan dalam agama dalam kehidupan

b)

Cara beradab kepada ibu bapa dan keluarga

c)

Agar menjadi contoh teladan kepada masyarakat dan negara

d)

Supaya mendapat rahmat yang tidak terhingga daripada Allah SWT

16.

Mengapa adab kepada ibu bapa dan keluarga diutamakan dalam Islam kecuali...

a)

Keluarga yang bahagia saling berkasih sayang akan membentuk individu yang berjaya di dunia dan akhirat.

b)

Menjadi contoh teladan kepada orang disekeliling terutamanya orang bukan Islam.

c)

Membina keluarga yang bahagia dan saling membantu.

d)

Menaikkan martabat seseorang dimata manusia.

17.

"Menjaga adab adab terhadap ibu bapa dan keluarga akan mendatangkan rahmat Allah"


Antara berikut, ramalkan keadaan yang akan berlaku jika umat Islam gagal memahami pernyataan di atas?

a)

A. Tidak maju akibat institusi kekeluargaan runtuh

b)

B. Gejala sosial akan menurun

c)

C. Mendapat pertolongan daripada Allah

d)

D. Dianggap berakhlak oleh masyarakat luar

18.

Mengapakah adab terhadap ibu bapa perlu diutamakan dalam masyarakat Islam?

a)

A. Agar dipandang rendah oleh masyarakat luar

b)

B. Agar individu,masyarakat dan negara dapat hidup makmur

c)

C. Mudah mendapat kerjasama negara bukan Islam

d)

D. Supaya menghindari rahmat Allah

19.

لا يدخل الجنة عاق


 Berdasarkan hadis di atas, apakah maksud عاق ?

a)

A. Orang yang dimurkai

b)

B. Orang yang menipu

c)

C. Anak yang derhaka

d)

D. Anak yang dibenci

20.

Pilih pernyataan yang betul berkaitan kepentingan beradab kepada ibu bapa dan

keluarga


I – Melakasakan perintah Allah dan rasul

II – Membina kewibaan diri.

III- Menjadi contoh teladan yang baik

IV- Membina keluarga yang bahagia

a)

A. I dan II sahaja

b)

B. I dan IV sahaja

c)

C. I, III dan IV sahaja

d)

D. Semua di atas

21.

Berbuat baik kepada ibu bapa termasuj dalam amalan yang........

a)

Dikasihi oleh Allah

b)

Disukai oleh Allah

c)

Dicintai oleh Allah

d)

Digalakkan dilakukan

22.

Keluarga yang bahagia membantu seseorang untuk berjaya ——

a)

Dalam peperiksaan

b)

Di dunia

c)

Di akhirat

d)

Di dunia dan akhirat