NEW
Font size
WorksheetsLatihan Ulangkaji Perniagaan-Bab 3(ting.5)
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Antara berikut yang manakah kekuatan sumber pembiayaan dalaman?
A Cepat dan ringkas untuk diuruskan.
B Tempoh bayaran balik ikut kemampuan.
C Jumlah pinjaman boleh disesuaikan dengan keperluan semasa.
D Tiada nilai faedah yang tinggi.
Antara kelemahan sumber pembiayaan luaran bagi bank atau institusi kewangan ialah memerlukan penjamin dan cagaran dalam bentuk harta atau aset tetap.
A Betul
B Salah
Antara berikut, manakah kekuatan sumber pembiayaan luaran bagi agensi kerajaan?
A Modal terhad
B Cepat dan ringkas diuruskan
C Memberi pinjaman kepada peniaga yang tidak mempunyai cagaran
D Dikenakan faedah yang tinggi
Berikut merupakan kelemahan sumber pembiayaan luaran bagi agensi kerajaan kecuali....
A Persaingan yang sengit kerana ramai pemohon
B Jumlah pinjaman terhad
C Kelulusan dan jumlah tertakluk kepada terma dan syarat
D Dikenakan faedah yang tinggi
Berikut merupakan kelemahan sumber pembiayaan dalaman...
I Memerlukan penjamin
II Modal terhad
III Sukar menambah modal dalam jangka masa yang
singkat
IV Tertakluk kepada syarat pinjaman
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
Rajah di atas menunjukkan prosedur mendapatkan sumber pembiayaan. Apakah prosedur yang sesuai bagi P?
A Membayar yuran sewajarnya
B Menyediakan aset tetap sebagai cagaran
C Berunding dengan pakar runding bagi mendapatkan khidmat nasihat
D Menyemak jenis keperluan perniagaan yang diperlukan oleh usahawan
Bagi permohonan pembiayaan melalui MARA, dokumen yang diperlukan ialah...
A Borang KWSP
B Borang cukai
C Borang maklumat peribadi
D Borang cagaran atau jaminan
Prosedur pertama yang perlu dilakukan oleh usahawan sebelum memulakan perniagaan ialah....
A menyediakan penyata bank
B menyediakan rancangan perniagaan
C membuat rundingan dengan pakar kewangan
D memulakan perniagaan atau memohon semula
Gambar berikut merupakan contoh agensi kerajaan. Manakah antara berikut adalah W?
A AmBank
B Agro Bank
C Tabung Haji
D Syarikat Insurans
Konsep "pinjaman asas simpanan" adalah pinjaman yang disediakan oleh agensi kerajaan berikut:
A MARA
B TEKUN
C MOSTI
D Agro Bank
