Font size
Worksheetskata kerja transitif
Total questions: 61
Worksheet time: 32mins
Hana rajin __________ pokok bunga.
memakan
memukul
menyiram
Aidan sedang __________ kasut sekolahnya yang kotor.
menjahit
menjemur
memberus
Puan Murni ___________ kain di ruang tamu.
menyapu
melipat
menyalin
Apakah aktiviti yang sedang dilakukan oleh Sew Ling?
memasak nasi
melukis matahari
membaca majalah
Nurul dan Amirul sedang ___________ basikal ke sekolah setiap pagi.
mengayuh
mendayung
menunggang
Tukarkan kata kerja pasif di bawah menjadi kata kerja aktif transitif.
Rumput itu ditebas oleh Pak Cik Malik.
(a)
Ikram sedang ____________ seorang nenek tua _____________ bakul yang penuh dengan makanan.
melihat............menjinjing
membantu..............membawa
menolak.............mendukung
Ibu _____________ sayur di dapur.
memanggang
mengukus
menggoreng
Mak cik Amira _________________ ayam untuk dimakan bersama ahli keluarga.
memanggang
menggoreng
mengukus
Kita perlulah makan makanan yang ______________ untuk menjaga kesihatan badan.
sedap
manis
berkhasiat
Kami _____ bola sepak di padang.
bermain
dimain
memain
Buah epal yang sudah ______ itu disimpan ke dalam peti sejuk.
dikupas
dikopek
ditarah
disiang
Nyatakan kata kerja yang bergaris di dalam ayat di bawah merupakan kata kerja tak transitif berpelengkap (P) atau tanpa pelengkap (TP).
Kecederaan yang dialaminya sudah beransur pulih.
P
TP
Nyatakan kata kerja yang bergaris di dalam ayat di bawah merupakan kata kerja tak transitif berpelengkap (P) atau tanpa pelengkap (TP).
Aspek keselamatan sentiasa diutamakan semasa bekerja di kawasan pelantar minyak.
P
TP
Berikut adalah kata kerja transitif kecuali
memeriksa
membeli
Tersenyum
Menaiki
Pilih perkataan kata kerja transitif berdasarkan ayat tersebut
”Ahmad menaikkan bendera.”
(a)
pilih kata kerja trasitif yang betul(jawapan mungkin lebih daripada 1)
Menonton
Dipukul
Berlari
Memasak
Menari
Bapa _______ kereta pergi bekerja.
membawa
memandu
menunggang
Abang ________ tangan adik semasa melintas jalan raya.
memimpin
membantu
mengambil
Kakak ________ pakaian di atas ampaian itu.
menghantar
membasuh
menyidai
Puan Lim ___________ sarapan berkhasiat untuk anak-anaknya.
menggunakan
membersihkan
menyediakan
Siva ________ dinding rumah sebelum perayaan Deepavali.
mengelap
mengemas
mengecat
Mahmud sedang............... baju miliknya yang kotor di dalam bilik air.
mengosok
menyidai
mencuci
merendam
Latha menolong ibunya.............. kulit kentang untuk dimasak dengan kari kambing.
mengikis
mengupas
melapah
membuang
Puan Shanti................... penggunaan internet oleh anak-anaknya untuk mengelakkan mereka melayari laman web yang tidak elok.
memantau
memerhati
menyelidik
menjaga
Majalah itu telah............... beberapa maklumat tentang angkasa lepas pada keluaran bulan oktober.
mengetengahkan
menghebohkan
menerbitkan
menyiarkan
Pertandingan mewarna lukisan itu turut............... oleh golongan kanak- kanak yang kurang berupaya.
diikuti
disertai
diceburi
diterajui
"Tolong................ buku-buku ini di dalam almari," kata Puan Liyana kepada anaknya.
selak
angkat
bawa
susun
Kanak-kanak itu tekun............ guli yang ada di dalam karung itu.
Menghitung
Membawa
Mengangkat
Membawa
Sudah dua kali Azlia............. pertandingan mendeklamasikan sajak
memasuki
menjuari
membaca
Menyertai
Daud menolong ibunya .............. pisau yang telah tumpul untuk menghiris bawang.
membeli
membasuh
mengasah
mengikis
Mak Cik Limah sedang .................. bawang di dapur rumahnya.
memukul
menumbuk
membaling
mengetuk
Badan Nabilah .............. kerana ketakutan.
menggeliat
menggelupur
menggeletar
menggelepar
Ibu ............... kelapa untuk mendapatkan santannya.
memerah
melenyek
memicit
menindih
Amir ............. kesakitan apabila doktor mencuci lukanya.
merintih
mengeluh
mengenang
mengerang
Ayah ..................... kelapa muda untuk dibuat juadah berbuka.
mencantas
menyiram
mengait
membaling
Pak Cik Shahdan ..................... ikan di sungai.
membakar
memancing
menjerat
menyimpan
Aiman ................... pensel di belakang kelas.
mengasah
membuang
menulis
melukis
Murid-murid .................... kelas sebelum pembelajaran bermula.
mengotorkan
menutup
membersihkan
membasuh
Zaki ................ bola masuk ke dalam gol.
menjentik
meniup
menolak
menanduk
Azura ................. buku-buku dengan kemasnya.
meletak
menyusun
menyimpan
membaling
Fatheen ..................... lengan bajunya apabila berwuduk.
menyinsing
menarik
menolak
menjatuhkan
Antara berikut, manakah BUKAN kata kerja transitif ?
memancing ikan
berenang
bermain bola
makan rot
Antara berikut, manakah BUKAN kata kerja transitif ?
menjual limau
bersenam
bermain buaian
menulis karangan
Antara berikut, manakah BUKAN kata kerja transitif ?
berbual-bual
menanak nasi
bermain layang-layang
memandu kereta
Wei Han sedang _____ di studio muzik.
bermain bola
bermain piano
bermain gitar
bermain biola
Antara berikut, yang manakah ayat sesuai dengan gambar ?
Puan Siti sedang menggoreng ayam di dapur.
Puan Siti sedang membuat kek di dapur.
Puan Siti sedang menjerang air di dapur.
Puan Siti sedang menanak nasi di dapur.
Antara berikut, yang manakah ayat sesuai dengan gambar ?
Murid-murid sedang bernyanyi sambil menari.
Murid-murid sedang bernyanyi sambil membuat kerja rumah.
Murid-murid sedang bermain alat muzik sambil bertepuk tangan.
Murid-murid sedang mendengar lagu sambil bernyanyi.
