Font size
WorksheetsPERIBAHASA
Total questions: 100
Worksheet time: 1hrs 24mins
Barang tergenggam, jatuh terlepas membawa maksud
tidak perlu mengenang barang yang telah lepas
sesuatu yang kita inginkan ada pada orang lain
barang yang mungkin mrnjadi hak milik kita, tiba-tiba terlepas ke tangan orang lain.
sesuatu yang telah hancur tidak boleh bercantum lagi
Ada air adalah ikan
ada rezeki boleh membeli apa-apa sahaja
ada negeri tentu ada rakyatnya
ada ubi adalah batasnya
ada hari boleh jumpa lagi
Apakah maksud peribahasa di bawah
Bagai cendawan tumbuh selepas hujan
Terlalu banyak pada suatu masa
Terlalu sikit pada suatu masa
Apakah maksud peribahasa di bawah
Bagai bulan jatuh ke riba
Mandapat keuntungan yang sikit
Mendapat keuntungan yang banyak
Mendapat keuntungan yang lumayan
Apakah maksud peribahasa di bawah
Bagai melepaskan batuk ditangga
Membuat sesuatu pekerjaan denagn tidak bersungguh-sungguh
Membuat sesuatu kerja tatapi tidak menyelesaikannya
Membuat sesuatu perkerjaan dengan bersungguh
Membuat sesuatu pekerjaan yang sempurna
Apakah maksud peribahasa di bawah
Bagai tikus membaiki labu
Seseorang yang cuba memperbaiki sesuatu yang tidak diketahuinya dan akhirnya merosakkannya
Seseorang yang cuba memperbaiki sesuatu yang diketahuinya dan tidak merosakkanya
Apakah maksud peribahasa dibawah
Bagai itik pulang petang
Berlari laju
Berjalan cepat
Berjalan lambat
Berlari perlahan
Apakah maksud peribahasa dibawah
Bagai bunyi cempedak jatuh
Bunyi jatuh yang perlahan
Bunyi jatuh yang kuat
Penduduk Kampung Selesa selalu bekerjasama dalam melakukan sesuatu _______.
bagai aur dengan lebung
bagai pinang dibelah dua
bagai kacang lupakan kulit
seperti anjing dengan kucing
Permintaan pemilik rumah setinggan terhadap kerajaan itu _____
seperti api dalam sekam
seperti gajah masuk kampung
bagai Belanda meminta tanah
bagai menatang minyak yang penuh
Lee dikatakan _____ kerana tidak tahu menghargai hadiah yang diberi oleh kawannya.
bagai itik pulang petang
bagai kera dapat bunga
bagai bertepuk sebelah tangan
bagai menatang minyak yang penuh
Sikap Carrie yang menganiaya Connie yang telah membantunya diibaratkan sebagai _____
bagai kumbang putus tali
seperti cincin dengan permata
bagai kelip-kelip terbang malam
bagai melepaskan anjing tersepit
Perasaan Encik Lee ______ apabila anaknya hanya lulus dua mata pelajaran dalam peperiksaan UPSR.
seperti rusa masuk kampung
seperti belut pulang ke lumpur
seperti pungguk rindukan bulan
seperti kaca terhempas ke batu
Air mukanya _______ kerana dijankiti penyakit H1N1.
seperti isi dengan kuku
seperti ayam berak kapur
bagai tikus membaiki labu
bagai dakwat dengan kertas
Nasihat ibu kepada Ramesh _____ kerana Ramesh langsung tidka mempedulikan nasihatnya.
seperti sampah hanyut
seperti gergaji dua mata
seperti ayam patuk anaknya
bagai mencurah air di dalam keladi.
Encik Ali dan Puan Fatimah menjaga anak angkat mereka ______
seperti ular kena palu
seperti bumi dengan langit
seperti anjing dengan kucing
bagai menatang minyak yang penuh
Mulut Joo Min ____ apabila tiada guru di dalam kelas.
bagai dihiris sembilu
bagai murai tercabut ekor
bagai menarik rambut di dalam tepung
bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
Jia Ling _____ kerana kurang membaca.
bagai abu di atas tunggal
bagai pinang dibelah dua
bagai bertepuk sebelah tangan
seperti katak di bawah tempurung
Pendatang asing yang baru datang bekerja di Kuala Lumpur itu _______
bagai itik pulang petang
seperti rusa masuk kampung
bagai bulan dipagari bintang
air dicencang tidak akan putus
Mak cik itu _____ apabila mendapati dompetnya hilang.
bagai ayam berak dapur
bagai ayam disambar helang
bagai kucing kehilangan anak
bagai mencurah air ke dalam keladi
Pengurus syarikat itu tidak berpuas hati dengan cara Chee Meng bekerja _____
bagai bulan jatuh ke riba
bagai dakwat dengan kertas
bagai bulan penuh purnama
bagai melepaskan batuk di tangga
Shamsul dan isterinya Mastura sangat secocok _________.
seperti kerbau dicucuk hidung
seperti rusa masuk kampung
bagai pinang dibelah dua
seperti api dalam sekam
Menolong Rudi ______ kerana dia hanya mengharapkan simpati ahli keluarga tanpa mahu berusaha.
bagai aur dengan tebing
bagai bunyi periau pecah
bagai ayam dimakan tungau
bagai mendukung biawak hidup
Pui Man dikatakan ______ kerana membuat kerja apabila disuruh sahaja.
bagai pahat dengan penukul
bagai ayam disambar helang
bagai menatang minyak yang penuh
bagai menarik rambut di dalam tepung
Lily yang jelita ______ diminati oleh ramai pemuda.
seperti isi dengan kuku
bagai murai tercabut ekor
bagai bulan purnama penuh
seperti katak di bawah tempurung
Puan Lee dan suaminya berasa bimbang kerana keadaan anak mereka _______ setelah terlibat dalam kemalangan.
seperti cicak makan kapur
bagai telur di hujung tanduk
bagai sirih pulang ke gagang
seperti kerbau dicucuk hidung
Walaupun Ming dan abangnya bergaduh, namun demikian hubungan mereka seperti ______________
ular kena palu
batu jatuh ke lubuk
kacang lupakan kulit
air dicencang tidak akan putus
Kehidupan Wen sekeluarga akhirnya _________, apabila kedua-dua orang abangnya berjaya menjawat jawatan tinggi di ibu kota.
bagai kain tiga hasta
bagai kumbang putus tali
bagai Belanda meminta tanah
seperti kaca terhempas ke batu
Jurang perbezaan yang terlalu besar
Bagai tikus jatuh ke beras
Bagai bulan jatuh ke riba
Bagai dihiris dengan sembilu
Bagai langit dengan bumi
Orang yang selalu bertengkar
Bagai aur dengan tebing
Air dicincang tidak akan putus
Seperti anjing dengan kucing
Bagai dihiris sembilu
Seseorang yang dianggap tidak berguna dan tidak dipedulikan
Seperti rumput di tepi jalan
Bagai tikus jatuh ke beras
Berpantang maut sebelum ajal
Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Kecelakaan yang terjadi secara tiba-tiba tanpa diduga.
Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
Malang tidak berbau
Bagai telur di hujung tanduk
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
Bagai tikus jatuh ke beras bermaksud
Seseorang yang berada dalam keadaan bahaya.
Seseorang yang tidak tahu untuk berbuat apa-apa.
Orang yang mendapat keuntungan dan kedudukan yang mewah.
Seseorang yang mengalami kerisauan.
Bagai dihiris dengan sembilu bermaksud
keadaan yang pilu, sedih atau sakit sekali
Keadaan kesakitan yang tiba-tiba
Muka pucat kerana kesakitan
Mencari arah tujuan
Yang lama dikelek, yang baharu didukung bermaksud
yang lama ditinggalkan, yang baharu disayangi
Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.
anak lama dibiarkan berdikari, anak yang kecil diberi perhatian
Berpantang maut sebelum ajal bermaksud
tidak akan menyerah kalah walaupun ajal
berusaha untuk mengelak sesuatu
tidak akan meninggal dunia jika belum tiba waktunya
berjaga-jaga dengan kehidupan mendatang.
Seperti halilintar membelah bumi
bunyi yang sangat kuat
hari penghabisan
seseorang yang terlalu marah
suasana cerah tiba-tiba
Kamil suka menghabiskan masanya dengan membaca.
ulat air
ulat bulu
ulat beluncas
ulat buku
Pak Mat jika membuat sesuatu pekerjaan, dia akan buat dengan bersungguh-sungguh
Bulat kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat
Pipit pekak makan berhujan
Burung terbang dipipihkan lada
telinga kuali
Mak Munah menangis mengenangkan kedegilan anaknya, apakan daya inilah akibatnya dia tidak mendidik anaknya dengan baik. Seperti kata pepatah
Masak lemang carilah buluh muda
Buluh tua banyak miangnya
Lagi tua buluh lagi banyak gunanya
Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Hamid sedang bermain basikal tiba tiba dia terjatuh.
Malang sungguh nasibnya
Malang tidak berbau
Malang semalang malangnya
Memang itu sudah nasibnya
Kisah itu tidaklah begitu besar tapi sikap sesetengah orang yang suka ____________ menyebabkan kisah menjadi itu semakin teruk.
lebih sudu dari kuah
lebih senduk dari periuk
lebih sudip dari kuali
lebih garam dari gulai
Salleh tidak suka memberi tunjuk ajar kepada kawan-kawannya walaupun dia sebenar sangat mahir dengan permasalahan itu,
Seperti harimau menyimpan gigi
seperti harimau kehilangan ekor
Seperti harimau menyimpan kuku
Seperti harimau dapat cincin
Sudah lama Cecilia tidak pulang ke kampung
Bagai rusa masuk kampung
Melepaskan batuk di tangga
Lempar batu sembunyi tangan
Belut pulang ke lumpur
Ramai orang muda ingin ke kuala Lumpur kerana di sana ada banyak peluang pekerjaan.
Ada semut ada sarang
Ada ubi ada batas
Ada gula ada semut
ada semut ada gula.
Robert bekerja sambilan di restoran Mcdonald sementara mendapat pekerjaan yang lebih baik.
Berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian.
bermain main dahulu, petang nanti mandi
Bersenam tertib nanti badan akan cergas
Pendekar itu kelihatan sudah lemah dipukul namun dia masih tidak mahu menyerah kalah.
Selagi ada tenaga
Selagi hayat dikandung badan
Biar tulang patah, asalkan daging masih bercantum
Biar luka di dada, jangan luka di belakang.
Ibu melarang Sally mengikut perangai Kelly yang suka melawan kata
Jangan menangguk di air keruh
Jangan bermain di air keruh
Air keruh jangan disangka tiada ikan
Air keruh jangan diminum.
Jurulatih itu sangat kecewa pasukannya tewas dengan pasukan yang lemah. Jika mereka kalah dengan pasukan yang lebih kuat jurulatih itu masih boleh terima kekalahan itu.
Biar mati anak jangan mati adat
Biar putih tulang jangan putih mata
Biar pecah dimulut jangan pecah di perut
Biar ditelan buaya, jangan dipagut ikan kecil.
Peristiwa dia terjatuh di dalam tandas itu takkan diceritakan kepada sesiapa sampai bila-bila.
Biar tempayan pecah
Biar pecah di perut jangan pecah di mulut
Pecah kaca pecah gelas
Pecah kaca berderai
Makna kalau kail panjang sekengkal lautan dalam usah di diduga ialah
Jangan suka menyebar fitnah
Jangan suka memuji orang
Jangan melakukan kerja yang diluar kemampuan
Jangan melakukan kerja yang mudah
Makna cencaru makan petang ialah
Orang yang mendapat kejayaan pada waktu akhir perlawanan.
Orang yang suka makan ikan cencaru
Orang yang sering difitnah
Orang yang sukar berjaya
Makna patah tumbuh hilang berganti ialah
Orang yang pergi akan digantikan dengan orang lain
Orang yang dipecat
Pokok yang patah akan tumbuh semula
Orang yang suka bertukar tempat
Makna ringan tulang berat perut
Orang yang hidup senang kerana rajin bekerja
Orang gemuk yang rajin
Tulang seseorang itu lebih ringan dari perutnya
Seseorang yang sedang sakit
Nyatakan maksud peribahasa berikut :
Ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan.
Cita-cita yang tidak kesampaian.
Kemewahan hidup yang dikecapi kerana kejayaan dalam perniagaaan.
Orang yang hidup dalam kesenangan.
Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan orang kaya) atau hidup miskin di negara yang kaya dan makmur.
Berikan maksud peribahasa di bawah :
Air beriak tanda tak dalam
Banyak bercakap tanda tiada berilmu.
Banyak bercakap tanda banyak ilmu.
Banyak bercakap menentukan kecerdikan seseorang.
Kurang bercakap menandakan sesorang yang pemalu
Apakah maksud peribahasa ini?
Alang-alang berminyak biar licin
Membuat sesuatu mestilah bersungguh-sungguh
Membuat sesuatu mestilah mengambil masa
Membuat sesuatu mestilah perlahan-lahan
Membuat sesuatu mestilah cepat
Apakah maksud peribahasa ini ?
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
Buat sesuatu biar berpada-pada.
Kita patut berbuat baik kepada semua orang.
Kalau sudah berbuat sesuatu, biarlah memperoleh hasil.
Perbuatan yang sia-sia.
Berikan maksud peribahasa berikut :
Bagai air mencari jenisnya
berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti-henti.
jemu untuk belajar
usaha dengan tidak mengenal jerih payah
mudah mengalah
Peribahasa "bagai cendawan tumbuh selepas hujan" bermaksud
Terlalu banyak pada sesuatu masa.
Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti-henti.
Kalau sudah berbuat sesuatu, biarlah memperoleh hasil.
Banyak bercakap tanda tiada berilmu.
Jika berkehendakkan sesuatu, akan berusaha untuk mendapatkannya tetapi jika tidak mahu melakukan sesuatu, berbagai-bagai alasan akan diberikan
Apakah peribahasa yang sesuai untuk penyataan di atas?
Alang-alang berminyak biar licin.
Air beriak tanda tak dalam.
Hendak seribu daya, hendak seribu dalih.
Bagai ayam disambar helang.
Pilih peribahasa yang mempunyai maksud yang sama dengan peribahasa yang berikut :
carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum jua
air dicencang tak akan putus
gunting dalam lipatan
haruan pulang ke lubuk
gunting dalam lipatan
Pilih peribahasa yang mempunyai peribahasa yang sama.
membuka pekung di dada
gunting dalam lipatan
belut pulang ke lumpur
menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri
Pilih peribahasa yang bermaksud "persahabatan yang sangat akrab"
bagai bulan dipagar bintang
bagai isi dengan kuku
bagai cincin dan permata
bagai dakwat dengan kertas
Dina anak yang pintar. Dia selalu mendapat keputusan yang cemerlang dalam semua mata pelajaran. Namun, hal itu tidak membuatnya menjadi anak yang sombong. Dia mahu membantu teman-temannya yang mengalami kesulitan ketika belajar. Oleh sebab itu, dia disukai teman-temannya.
Peribahasa yang sesuai untuk ilustrasi tersebut adalah ....
Tong kosong nyaring bunyinya.
Bagai ilmu padi, makin berisi makin merunduk.
Air beriak tanda tak dalam.
Air tenang menghanyutkan.
Felix adalah penuntut tahun akhir . Sebentar lagi dia akan menghadapi ujian. Semenjak semester pertama, dia bertekad untuk belajar dengan tekun. Sekarang dia selalu belajar dengan sungguh-sungguh. Sesulit apa pun soal Matematik, dia terus mencuba hingga menemukan jawabannya. Kadang-kadang dia tidur larut malam untuk menyelesaikan tesisnya. Usahanya tidak sia-sia, akhirnya Felix lulus dengan cemerlang.
Peribahasa yang tepat untuk ilustrasi tersebut adalah ....
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
Bagai katak dalam tempurung.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Karana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Boni dan Danu adalah adik- beradik. Meskipun begitu, mereka selalu saja bertengkar. Hal kecil pun boleh menjadi masalah besar. Setiap kali bertemu, ada saja yang digaduhkan.
Peribahasa yang sesuai untuk ilustrasi tersebut adalah ....
Ada asap pasti ada api.
Bagai pinang dibelah dua.
Bagai anjing dan kucing.
Menang jadi arang, kalah jadi abu.
Ibuku ialah suri rumah tangga. Kadang-kadang, dia harus mengerjakan banyak pekerjaan dalam waktu yang sama. Pagi tadi, ibu menggoreng ikan untuk sarapan kami. Sambil menunggu ikannya masak, ibu menyiapkan baju yang akan di pakai oleh ayah lalu terus membersihkan bilik.
Peribahasa yang tepat untuk ilustrasi tersebut adalah ...
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian.
Bagai anak kehilangan induknya.
Berat sama dilikul, ringan sama dijinjing.
Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampaui.
Pada suatu hari, Ali terjatuh dari basikal. Amin yang melihatnya, langsung datang menolong. Amin ialah anak yang baik. Dia suka menolong sesiapa sahaja yang mengalami kesulitan. Berbeza dengan Ali, meskipun Amin pernah menolongnya, tetapi dia malah mentertawakan Amin yang jatuh karana tersandung.
Peribahasa yang tepat untuk Ali adalah ...
Bagai air di daun talas.
Air susu dibalas air tuba.
Air tenang menghanyutkan.
Air beriak tanda tak dalam.
Pak Ali ialah seorang yang boros. Dia biasa membeli apa-apa saja yang dia inginkan tanpa memikirkan pendapatan yang dia miliki. Tidak hairan jika setiap bulan dia harus berhutang kepada teman-temannya. Pengeluarannya tiap bulan lebih besar daripada pendapatannya.
Peribahasa yang tepat untuk ilustrasi tersebut adalah ...
Bagai menegakkan benang basah.
Bagai burung di dalam sangkar.
Besar pasak daripada tiang.
Bagai mendapat durian runtuh.
Diana adalah anak satu-satunya di keluarga Pak Dolah. Orang tuanya sangat menyayangi Diana. Oleh sebab terlalu sayang, Diana tidak dibenarkan pergi bermain atau pun belajar ke luar rumah. Orang tuanya terlalu khuatir kepada Diana. Diana hanya dibenarkan diam di biliknya sambil melihat teman-temannya bermain dari jendela. Diana bagaikan ....
Peribahasa yang tepat untuk melengkapi keadaan Diana adalah ...
Bagai burung dalam sangkar.
Bagai punguk merindukan bulan.
Bermain api basah, bermain api hangus.
Bagaikan kerbau dicocok hidungnya.
Amin, anak yang suka mencari-cari kesalahan dan kelemahan orang lain. Bahkan hal yang kecil pun sering dibesar-besarkan. Kelemahan dan kesalahan orang seolah-olah menjadi objek yang menarik baginya, sedangkan kelemahan dan kesalahan dirinya disembunyikan.
Peribahasa yang tepat untuk melukiskan sifat Amin adalah …
Lempar batu sembunyi tangan.
Kalah jadi abu menang jadi arang.
Memercik air didulang terpecik muka sendiri.
Kuman di seberang lautan tampak gajah di pelupuk mata tak tampak.
Iwan anak yang kurang disukai teman-temannya sekelas. Iwan selalu sombong kerana kononnya pandai bermain bola keranjang. Ketika pertandingan antara kelas, ketua kelas membenarkan Iwan bermain. Ternyata Iwan tidak pandai bermain tetapi hanya bercakap besar.
Peribahasa yang tepat untuk menggambarkan kondisi tersebut adalah .…
besar pasak daripada tiang
air beriak tanda tak dalam
air tenang menghanyutkan
bagai air di daun talas
Lusi dan Dewi bersahabat. Setiap hari mereka selalu bersama. Sebagai seorang sahabat maka Dewi selalu berbagi apapun yang ia punya dengan Lusi. Di depan Dewi, Lusi selalu berbuat baik. Tetapi di belakang Dewi, Lusi sering menceritakan keburukan Dewi. Ternyata Lusi hanyalah berpura-pura agar dapat menyaingi Dewi.
Peribahasa yang tepat untuk menggambarkan ilustrasi tersebut adalah .…
bagai makan buah simalakama
lempar batu sembunyi tangan
bagai musuh dalam selimut
tong kosong nyaring bunyinya
Wahyu anak yang nakal di kelasku. Suatu hari Wahyu berbuat masalah, ia menampalkan tulisan pada punggung temannya yang duduk di depannya, ketika ditanya guru ia tidak mau mengaku bahkan ia menunjuk Amin yang melakukannya.
Peribahasa yang tepat untuk menggambarkan ilustrasi tersebut adalah .…
lempar batu sembunyi tangan
besar pasak daripada tiang
bagai musuh dalam selimut
tong kosong nyaring bunyinya
Aminah anak orang miskin, tetapi ia pandai. Ketika ada tugas , teman-teman selalu mendekatinya. Mereka meminta bantuan kepada Aminah jika menemui kesulitan dalam pelajaran. Aminah selalu membantunya dengan senang hati. Sayangnya, apabila kepentingan mereka sudah tercapai, Aminah ditinggalkan begitu saja.
Peribahasa yang tepat untuk ilustrasi tersebut adalah ...
Air beriak tanda tak dalam
Air tenang menghanyutkan
Habis manis sepah dibuang
Ada udang di balik batu
Roni dan Rudi merantau ke Jakarta. Mereka tinggal serumah. Suka dan duka mereka selalu bersama. Ketika ada rezeki mereka selalu berbagi sama rata. Namun ketika ada kesulitan mereka juga saling membantu.
Peribahasa yang tepat untuk ilustrasi tersebut adalah ...
Duduk sama rendah berdiri sama tinggi
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Sekali mendayung dua tiga pulau terlampaui
Bagai pinang dibelah dua
Mengambil keuntungan yang berlebihan
Mandi Hujan
Makan Darah
Mandi Peluh
Mandi Manda
