Font size
WorksheetsPENGANGKUTAN (SAINS TINGKATAN 3)
Total questions: 21
Worksheet time: 13mins
Apakah sistem pengangkutan dalam organisma ringkas?
Respirasi
Jantung
Resapan
Fotosintesis
Organisma kompleks seperti manusia, haiwan dan tumbuhan mempunyai sistem pengangkutan yang ____________.
khas
khusus
menarik
kompleks
Antara berikut, yang manakah bukan merupakan kepentingan fungsi sistem pengangkutan dalam organisma?
Mengangkut bahan keperluan sel seperti oksigen dan nutrien untuk menghasilkan tenaga.
Mengangkut bahan bertoksik dari persekitaran luar masuk ke dalam sel
Menyingkirkan bahan kumuh yang bertoksik dari sel ke persekitaran luar.
Mengangkut bahan keperluan sel tumbuhan seperti garam mineral, air dan hasil fotosintesis.
Apakah maksud haiwan vertebrata?
Haiwan yang bernafas menggunakan peparu.
Haiwan yang tidak bernafas menggunaka peparu.
Haiwan yang tidak mempunyai tulang belakang.
Haiwan yang mempunyai tulang belakang.
Gambar menunjukkan sistem peredaran darah bagi kumpulan haiwan Z. Namakan bahagian bertanda Y.
Z = Mamalia Y= Peparu
Z = Burung Y = Peparu
Z = Amfibia Y = Insang
Z= Ikan Y= Insang
Apakah persamaan sistem peredearan darah pada semua haiwan vertebrata?
Terdiri daripada satu sistem yang membolehkan darah sentiasa mengalir di dalam salur darah secara berterusan melalui jantung yang mengepam ke seluruh badan dan kembali ke jantung.
Mempunyai jantung yang mempunyai pembahagian bahagian darah beroksigen dan terdeoksigen yang menjadikan sistem peredaran darah lebih efisien.
Berdasarkan gambar yang diberi, apakah nama bahagian dalam jantung yang bertindak menerima darah terdeoksigen daripada atrium dan mengepam semula darah ke peparu.
Injap trikuspid
Ventrikel kanan
Vena kava
Aorta
Apakah fungsi injap dalam jantung?
Membenarkan pengaliran darah satu hala sahaja
Mengelakkan jantung membengkak
Menghalang darah beku
Membantu jantung mengepam darah ke seluruh badan
Apakah nama bahagian yang ditanda pada gambar ?
Ventrikel kiri
Atrium kiri
Aorta
Ventrikel kanan
Nyatakan arah pergerakan darah terdeoksigen masuk ke dalam jantung dan kemudian diangkut ke peparu.
Atrium kiri → Ventrikel kiri → arteri pulmonary
Aorta → atrium kanan → ventrikel kanan
Atrium kanan → Ventrikel kanan → arteri pulmonary
Atrium kanan → Ventrikel kanan → aorta
Darah beroksigen diangkut dari peparu ke jantung. Nyatakan secara terperinci laluan darah beroksigen itu di dalam jantung sebelum dipam ke seluruh badan.
Peparu → Atrium kiri → Injap bikuspid → Ventrikel kiri → Injap sabit → Aorta → seluruh badan
Peparu → Atrium kanan → Injap trikuspid → Ventrikel kanan → Injap sabit → Arteri pulmonari → seluruh badan
Peparu → Atrium kiri → Injap trikuspid → Ventrikel kiri → Injap sabit → Aorta → seluruh badan
Peparu → Atrium kiri → Injap bikuspid → Ventrikel kiri → Injap sabit → Arteri pulmonari → seluruh badan
Apakah nama bahagian dalam jantung yang berfungsi menghalang darah beroksigen bercampur dengan darah terdeoksigen?
Injap bikuspid
Injap sabit
Septum
Injap trikuspid
Namakan tiga jenis salur darah utama manusia.
Arteri
Vena
Lumen
Kapilari
Yang berikut merupakan struktur bagi salur darah Arteri kecuali?
Dinding yang tebal, berotot dan banyak tisu elastik
Tiada Injap
Saiz lumen kecil
Mempunyai injap
Salur darah vena mengangkut darah _______________ dari seluruh badan kecuali peparu balik semula ke jantung.
Vena pulmonari mengangkut darah ______________ dari peparu ke jantung.
beroksigen............... terdeoksigen
oksigen ................... karbon dioksida
terdeoksigen.............. beroksigen
karbon dioksida .................. oksigen
Apakah fungsi salur darah kapilari?
Mengangkut darah beroksigen keluar dari jantung ke seluruh badan kecuali peparu.
Membenarkan pertukaran gas, makanan dan bahan kumuh antara darah dengan sel badan secara resapan melalui dinding nipis.
Mengangkut darah terdeoksigen dari jantung ke peparu.
Membenarkan darah diangkut ke seluruh badan.
'Pengaliran darah dalam salur darah X cepat pada tekanan darah yang tinggi dan denyutan nadi dapat dikesan'.
Apkah jenis salur darah X?
Arteri
Kapilari
Vena
Aorta
Gambar menunujukkan sistem peredaran darah dalam manusia dan mamalia. Sistem peredaran darah ini berbeza dengan kumpulan haiwan seperti ikan, amfibia, reptilia dan burung. Apakah nama bagi sistem peredaran darah ini?
Sistem peredaran darah ganda dua
Sistem peredaran pulmonari
Sistem peredaran sistemik
Sistem peredaran kapilari
Jantung berdenyut untuk mengepam darah ke peparu atau ke seluruh badan. Apakah bunyi yang dihasilkan oleh jantung ketika berdenyut?
lup, dup
dup, dap
lap, dap
lub, dub
Mengapakah bunyi terhasil ketika jantung berdenyut?
Disebabkan oleh penutupan injap trikuspid dan bikuspid serta diikuti dengan penutupan injap sabit.
Disebabkan badan mengepam darah keluar dari jantung.
Disebakan oleh penutupan injap sabit diikuti dengan penututpan injap trikuspi dan bikuspid.
Diseisebabkan darah masuk ke jantung melalui atrium dan ventrikel.
Seorang doktor sedang mengambil bacaan kadar denyutan nadi seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun. Kadar denyutan jantung bagi kanak-kanak itu tinggi. Apakah faktor yang mempengaruhi kadar denyutan nadi bagi kanak-kanak itu?
Saiz badan
Umur
Jantina
Warna kulit
