wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KEPENTINGAN KESELAMATAN JALAN RAYA

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Anda berada di kawasan pejalan kaki. Tiada sebarang kenderaan tetapi lampu isyarat pejalan kaki berwarna merah. Rakan anda mengajak anda melintas jalan.


Apakah tindakan anda?

a)

Menunggu sehingga isyarat “orang hijau” muncu

b)

Melintas jalan mengikut rakan anda

c)

Melintas jalan mengikut rakan anda

2.

Anda ketinggalan bas. Kawan anda membonceng motosikal bapanya. Dia mengajak anda membonceng bersama-sama. Apakah tindakan anda?

a)

Membonceng bersama-sama rakan anda

b)

Menolak pelawaan rakan anda

c)

Mengajak rakan-rakan lain membonceng bersama-sama

3.

Berikut adalah merupakan kenderaan pengangkutan awam kecuali.

a)

teksi

b)

bas

c)

basikal

4.

Raju hendak ke kedai yang berdekatan. Dia memakai topi keledar dan membonceng

motosikal yang ditunggang oleh ayahnya. Raju merupakan

a)

Penunggang basikal

b)

Pembonceng motosikal.

c)

Penumpang bas

5.

Apakah warna lintasan belang “zebra crossing” ?

a)

Hitam dan putih

b)

Kuning dan jingga

c)

Merah dan hitam

6.

Sebelum melintas jalan, anda perlu menoleh__________

a)

Ke atas dan ke bawah

b)

Ke depan dan ke belakang

c)

Ke kiri dan ke kanan

7.

Seorang buta hendak melintas jalan. Apakah tindakan kamu?

a)

Memberi arahan kepada orang buta itu

b)

Memimpin tangan dan membantu orang buta itu melintas jalan

c)

Melihat sahaja orang buta itu melintas jalan berseorangan.

8.

Jejantas digunakan untuk__________

a)

bermain

b)

melintas jalan

c)

melepak

9.

Pejalan kaki harus menentang arus apabila berjalan di bahu jalan kerana _____________

a)

Supaya dapat melihat pengguna jalanraya lain

b)

Supaya dapat dilihat oleh pengguna jalanraya lain

c)

Mudah melihat peragut bermotosikal dari arah hadapan

10.

Pejalan kaki akan didenda sekiranya tidak menggunakan lintasan pejalan kaki berisyarat yang disediakan untuk melintas jalan.

a)

Betul

b)

Salah

11.

· Sikap pemandu yang tidak mengikut peraturan

· Kempen bertujuan untuk mendidik sikap pemandu

Pilih idea terbaik bagi huraian kepentingan kempen ini.

a)

Untuk mendidik pemandu berhemah

b)

Untuk mengubah sikap pemandu

c)

Untuk mendidik pemandu mematuhi undang-undang jalan raya

d)

Untuk mengurangkan kemalangan

12.

Untuk mengatasi kerugian akibat kemalangan.

Yang manakah idea terbaik bagi kepentingan kempen di atas

a)

Mengelakkan kerugian harta benda dan modal insan

b)

mengurangkan kerosakan jalan raya

c)

Meninggalkan kesan negatif kepada keluarga yang terlibat

d)

menjimatkan kos penyelenggaraan

13.

Untuk mengelakkan tanggapan imej negatif kepada negara.

Pilih huraian yang sesuai dengan kepentingan kempen ini.

a)

Perbelanjaan kempen yang menelan kos yang banyak tidak membantu mengurangkan kemalangan·

b)

Membantu meningkatkan jualan kenderaan persendirian

c)

Mengelakkan imej negara yang buruk berkaitan kadar kemalangan jalan raya

d)

Meningkatkan peluang pelabur masuk ke dalam negara

14.

Memperbaiki aspek fizikal jalanraya.

Pilih huraian yang sesuai dengan langkah ini.

a)

Membina hentian bas yang secukupnya

b)

Lampu–lampu dan jalan bengkang bengkok diluruskan, tanda amaran dipasang dan lain-lain.

c)

Penambahan infrastruktur jalan raya

d)

Pengurusan lalu lintas di kawasan yang kerap berlaku kemalangan sama ada oleh pihak kerajaan atau pihak swasta

15.

Yang manakah kepentingan mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya?

a)

Memburukan imej negara

b)

Menyebabkan berlaku kemalangan

c)

Mengelakkan kehilangan nyawa dan harta benda

d)

Berlaku kesesakan jalan raya

16.

Menjadikan jalan raya selamat untuk digunakan adalah salah satu kepentingan mematuhi keselamatan jalan raya.

a)

Betul

b)

Salah

17.

Yang manakah peranan anda bagi meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya?

a)

Tidak memakai topi keledar

b)

Melanggar lampu isyarat

c)

Menggunakan jejantas untuk melintas jalan

d)

Memakai pakaian gelap pada waktu malam

18.

Yang manakah peranan ibu bapa bagi meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya? KECUALI

a)

Memandu secara berbahaya

b)

Menjadi contoh pengguna jalan raya yang baik

c)

Mendidik anak-anak mengenai keselamatan jalan raya

d)

Mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya.

19.

Apakah kesan buruk tidak mematuhi peraturan dan undang-undang keselamatan jalan raya?

a)

Mengelakkan berlaku kemalangan

b)

Membahayakan nyawa keluarga dan masyarakat

c)

Imej negara meningkat

d)

Mengurangkan kesesakan jalan raya.

20.

Berikut merupakan cara menunggang basikal dengan selamat. Kecuali

a)

Menunggang basikal secara berurutan

b)

Memberi isyarat tangan sebelum membelok

c)

Menunggang basikal ke kiri dan ke kanan dan mencelah antara kenderaan lain