WorksheetsPRA UJIAN (1) BAHASA MELAYU TAHUN 5
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Nenek Leha begitu __________ kerana cucunya belum pulang lagi walhal hari sudah malam.
runsing
kecewa
bosan
sedih
Pendatang asing itu terpaksa menggunakan _________ untuk memahami pertuduhan yang dikenakan keatasnya.
jurutulis
juruacara
jurucakap
jurubahasa
Ular sawa itu mulai _______ anak kambing yang telah mati akibat jerutan badannya.
mengungah
mengerit
meragut
melulur
Pekerja itu sedang ___________ lapisan cat lama pada dinding bangunan tersebut sebelum mengecatnya semula.
mengesat
mengikis
menarah
melebur
Tok Malim turun memetik __________ buah rambutan di tepi rumahnya untuk diberikan kepada cucu kesayangannya itu.
segugus
setandan
setangkai
serumpun
Pakar _________ meramalkan taufan Sonomi akan melanda negeri-negeri pantai Timur sebelum mengganas di perairan Sabah dan Sarawak.
kaji purba
kaji bumi
kaji cuaca
kaji manusia
Peragut itu ____ untuk melepaskan dirinya selepas ditangkap oleh pihak polis dengan bantuan orang ramai.
melonjak-lonjak
meronta-ronta
melibas-libas
meraba-raba
Guruh mulai __________ di langit. Akan tetapi hujan yang diharapkan tidak juga titis ke bumi.
sabung-menyabung
berdentam-dentum
memancar-mancar
gegak-gempita
Mak Cik Temah sedang __________ telur dadar yang digorengnya di dalam kuali.
memutar
memusing
melenggang
menggoyang
Warnanya agak _______ kerana sudah bertahun-tahun lamanya tepak sirih itu terperuk di dalam almari tanpa diusik.
kabur
kelam
lebam
sebam
Beras ini telah lama tersimpan di dalam tong plastik itu, patutlah ketika mencedoknya tadi beras itu berbau _________________.
hanyir
tengik
busuk
hapak
Pertahanan pasukan lawan mulai ____________ akibat serangan bertubi-tubi pasukan kita sebaik sahaja permainan separuh masa kedua bermula.
gugur
gopoh
gentar
goyah
Ular tedung senduk itu _________ kakinya ketika dia sedang membersihkan semak-samun di belakang rumahnya.
mencengkam
menggigit
memagut
mematuk
Para peserta dari seluruh negeri memenuhi dewan itu untuk sesi ___________ program Imam Muda musim kedua.
uji tenaga
uji minda
uji bakat
uji kaji
Anjing Chong Wei ___________ lidahnya kerana kepenatan mengejar haiwan yang merosakkan tanaman tuannya di kebun itu.
menjelir-jelirkan
menjilat-jilatkan
menjolok-jolokkan
menjuntai-juntaikan
Pak Cik Mazlan itu sedang _________ rumput yang tumbuh di laman tepi rumah sambil dilihat oleh anknya.
menarah
mengikis
membuang
mencampak
Jantungnya terasa ______ ketika juruacara tampil untuk mengumumkan pemenang pertandingan yang disertainya.
bergera-gerak
berdebar-debar
bergegar-gegar
bergeser-geser
Anggota pengakap yang sesat itu terpaksa ________________ sepanjang sungai untuk sampai ke kawasan perkampungan.
menghampiri
menyusuri
merentasi
meredah
Kalian tidak sepatutnya ______ akan peraturan sekolah. Peraturan itu diwujudkan untuk kebaikan kalian juga.
akur
peduli
teruja
ingkar
"Buat kerja itu ikut peraturan yang ditetapkan, jangan hendak ________________,"tegas Tuan Badrul.
mencuba-cuba
mengagak-agak
meminda-minda
memanda-mandai
