WorksheetsSISTEM BAHASA SIRI 1
Total questions: 20
Worksheet time: 11mins
" __________ perlu kerap membasuh tangan dengan sabun untuk mengelakkan jangkitan COVID-19," kata Puan Lina kepada anaknya.
Kita
Anda
Kamu
Kalian
Ibu bapa seharusnya menyediakan makanan yang mengandungi sayur dan buah kepada anak___________.
-nya
dia
engkau
mereka
" Ibu _________ selalu menyediakan makanan yang direbus, dipanggang, dan dicelur," kata Mei Ling semasa ditanya oleh gurunya.
aku
saya
kami
kamu
4. Pendapatan para __________ getah biasanya akan terjejas pada musim tengkujuh.
penoreh
pesawah
pengilang
penanam
Anak-anak yang disuburkan dengan budaya membaca pasti dapat membina jati diri yang __________.
unik
aneh
cekap
unggul
Pilih jawaban yang betul bagi frasa yang bergaris di bawah.
Ibu menggunakan banyak telor ayam untuk membuat kuih itu supaya rasanya lebih enak.
telur ayam untuk membuat kueh
telor ayam untuk membuat kueh
telur ayam untuk membuat kuih
telor ayam untuk membuat kuih
Penunggang-penunggang motosikal terpaksa mencari tempat _______________ kerana hujan turun dengan lebatnya.
berteduh
berlindung
berhenti
berehat
Setelah ibu selesai _____________ nasi, ibu ___________ air pula.
menanak ... menjerang
memasak ... mendidihkan
menanak ... merebus
mengukus ... menjerang
Pandangan Pak Yusof _________ setelah kepalanya terhantuk pada bucu tiang garaj keretanya itu.
bersinar-sinar
berpinar-pinar
berbalam-balam
berpusing-pusing
Rakyat Malaysia meletakkan ______________ yang tinggi terhadap Lee Chong Wei agar muncul sebagai juara dalam Kejohanan Badminton All England.
sasaran
wawasan
harapan
impian
Pada tahun ini durian, rambutan, dokong dan manggis di dusun Haji Abdul Aziz _____________ lebat buahnya.
nian
betul
benar
paling
Kita perlu banyak membaca dan mengulang kaji pelajaran untuk __________ pemikiran serta mengasah minda kita.
memperkuat
memperjelas
memperlebar
mempertajam
Puan Naemah lebih suka menggunakan kad telefon _________ syarikat tersebut kerana liputan taliannya yang lebih meluas.
prabawa
pracukai
prabayar
prasyarat
" ___________ yang memecahkan pasu bunga yang diletakkan di hadapan rumah ini? "
Siapakah
Mengapakah
Apakah
Di manakah
Kelab Rukun Negara diwujudkan adalah untuk memupuk semangat cinta ____________ negara dalam kalangan rakyat Malaysia.
akan
pada
kepada
terhadap
Meskipun baru berusia tiga tahun, dia sudah __________ membaca buku cerita dalam tribahasa.
fasih
pakar
pintar
pandai
Selepas __________ sekolah menengah atas, dia melanjutkan pelajarannya dalam aliran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
habis
tamat
beres
selesai
Bahan bacaan tersusun __________ di atas rak buku pusat sumber.
erat
elok
kemas
kukuh
Malik menggunakan __________ untuk melicinkan papan yang akan digunakan bagi menghasilkan projek kayunya.
tetupai
kekisi
sesiku
keketam
__________ merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung pulut dan disalut dengan kelapa parut.
Otak-otak
Pulut-pulut
Onde-onde
Jemput-jemput
