wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz MPU3182 FIS (Tajuk 1-4)

Total questions: 30

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Antara definasi falsafah termasuklah


I. Perihal mencintai hikmah


II. Pegangan/ kepercayaan terhadap sesuatu perkara


III. Philo = cinta & Sophos/ sophia = kebenaran/

kebijaksanaan


IV. Ilmu yang mendasar makna sebenar sesuatu perkara

sehingga jelas makna serta tujuannya.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I, II dan III

d)

Semua jawapan

2.

Ilmu falsafah penting untuk setiap insan dalam menjalani kehidupan seharian untuk


I. Memantapkan pemikiran serta pandangan


II. Kesejahteraan keluarga, masyarakat, negara


III. Meningkatkan kepelbagaian kaum dan budaya


IV. Mencari kesilapan dan kepincangan pentadbiran

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I, II dan III

d)

Semua jawapan

3.

Manakah antara komponen berikut terkandung dalam falsafah pendidikan kebangsaan?


I. Melengkapkan sistem pendidikan negara


II. Mewujudkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek


III. Memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

IV. Melahirkan masyarakat yang berilmu, berketerampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

II, III dan IV

d)

Semua jawapan

4.

Manakah antara situasi berikut menunjukkan pembentukan insan/ masyarakat sejahtera berdasarkan prinsip-prinsip rukunegara?


I. Ahmad memandu kereta dengan laju melebihi had yang dibenarkan dalam keadaan trafik yang lengang.


II. Zahra seorang anak yang taat kepada ibu bapa,

sembahyang di awal waktu, namun tidak berpuasa kerana uzur.


III. Ravi merupakan pelajar yang bertanggungjawab dan sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan di sekolah.


IV. Maria dan kamala telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di sukan olimpik setelah memenangi acara gimnastik.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

II, III dan IV

d)

Semua jawapan

5.

Penyataan berikut adalah benar berkenaan perkaitan antara Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), Rukunegara (RN) dan Falsafah Sejahtera (FS) KECUALI:


I. RN asas kepada FS dan FPK


II. FS asas untuk membentuk FPK dan RN


III. FPK asas kepada RN untuk pembentukan FS


IV. FPK dan RN penting untuk merealisasikan FS

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

II, III dan IV

d)

Semua jawapan

6.

Manakah antara berikut BUKAN matlamat pengajian falsafah?

a)

Memberi pengertian tentang cara hidup

b)

Mencari kebenaran segala fenomena yang ada

c)

Mengajar tentang moral dan etika yang berguna dalam kehidupan

d)

Mempersoalkan keterbatasan ilmu dari segi alam fizikal dan metafizik

7.

Berikut merupakan cabang utama falsafah KECUALI

a)

Metafizik

b)

Teoritikal

c)

Amaliyyah

d)

Nazariyyah

8.

Manakah antara berikut penyataan yang boleh dikaitkan dengan falsafah praktikal?


I. Menjawab persoalan yang asas dan dasar.


II. Perihal untuk mencapai keinginan atau kepuasan diri.


III. Hasil perbincangan penting untuk aplikasi dalam bidang tertentu.


IV. Berkisarkan tentang penyelesaian masalah berkenaan politik, ekonomi dan sosial.

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

I, II and III

d)

Semua jawapan

9.

Kemunculan falsafah baharu sejajar dengan perkembangan dunia semasa penting dalam mengekalkan kesejahteraan sejagat di era ledakan teknologi maklumat dan komunikasi.


Penyataan ini menerangkan cabang falsafah

a)

Metafizik

b)

Teoritikal

c)

Amaliyyah

d)

Nazariyyah

10.

Manakah antara berikut dikategorikan di bawah falsafah Teoritikal?


I. Logik


II. Metafizik


III. Epistemologi


IV. Teknologi

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

I, II dan III

d)

Semua jawapan

11.

Logik terbahagi kepada dua iaitu

a)

Induksi dan deduksi

b)

Induksi dan reduksi

c)

Induktif dan deduktif

d)

Abduktif dan deduktif

12.

Semua sayuran hijau mengandungi klorofil. Sawi adalah sayuran hijau. Kesimpulannya, Sawi juga mengandungi klorofil.


Penyataan ini merujuk kepada pemikiran secara

a)

Abduksi

b)

Heuristik

c)

Logik induktif

d)

Logik deduktif

13.

Kucing adalah haiwan peliharan yang mempunyai 4 kaki. Anjing juga merupakan haiwan peliharaan yang mempunyai 4 kaki. Kesimpulannya, semua haiwan peliharaan mempunyai 4 kaki.


Penyataan ini merujuk kepada pemikiran secara

a)

Abduksi

b)

Heuristik

c)

Logik induktif

d)

Logik deduktif

14.

Premis adalah penyataan khusus

Kesimpulan adalah penyataan umum

Sekurang-kurangnya satu premis

Kesimpulan tidak semestinya benar


Penyataan ini adalah ciri-ciri bagi pemikiran secara

a)

Abduksi

b)

Heuristik

c)

Logik induktif

d)

Logik deduktif

15.

Premis adalah penyataan umum

Kesimpulan adalah penyataan khusus

Sekurang-kurangnya dua premis

Kesimpulan mesti benar


Penyataan ini adalah ciri-ciri bagi pemikiran secara

a)

Abduksi

b)

Heuristik

c)

Logik induktif

d)

Logik deduktif

16.

Sudah hampir seminggu Zizie tidak menyiram pokok hiasan di laman rumahnya. Kebanyakan pokok hiasan Zizie layu dan mati. Pokok hiasan layu dan mati berkemungkinan disebabkan seminggu tidak disiram dan pokok kekurangan air.


Penyataan ini merujuk kepada pemikiran secara

a)

Abduksi

b)

Heuristik

c)

Logik induktif


d)

Logik deduktif

17.

Pak mail bergegas keluar dari rumahnya setelah mendengar khabar seekor kambing mati dilanggar lori berhampiran kebun buah-buahannya. Setelah sampai di tempat kejadian, dia mendapati bangkai kambing sudah tiada. Pak mail terus segera mengira satu persatu kambingnya dan mendapati seekor telah tiada. Pak mail cemas dan berusaha berulang kali mengelilingi kebun buah-buahannya dan kawasan kejiranan untuk mencari kambing tersebut namun tidak berjaya. Setelah penat, Pak mail balik ke rumah. Setibanya di rumah, isterinya memberitau Pak mail bahawa kambing tersebut ada bersama anak mereka di belakang halaman rumah.


Penyataan atau situasi ini merujuk kepada pemikiran atau penyelesaian masalah secara

a)

Abduksi

b)

Heuristik

c)

Logik induktif

d)

Logik deduktif

18.

Manakah antara berikut BENAR berkenaan falasi?


I. Terbahagi kepada dua iaitu formal dan informal


II. Kesilapan dalam menggunakan kaedah atau teknik berfikir


III. Falasi informal melibatkan pelanggaran peraturan logik dalam membuat kesimpulan


IV. Falasi formal melibatkan penggunaan peraturan logik yang betul dalam membuat kesimpulan

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

I, II dan III

d)

Semua jawapan

19.

Sebuah keluarga berpindah ke rumah baru dipinggir kampung. Selang beberapa minggu anaknya jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia. Maka, rumah tersebut dianggap penyebab atau punca kematian anak mereka.


Penyataan ini merupakan salah satu contoh bagi falasi

a)

Ad hominem

b)

Ad populum

c)

Post hoc ergo propter hoc

d)

Argumentum ad ignorantium

20.

Dalam suatu rancangan realiti tv, seorang usahawan telah memberikan idea yang bernas berkenaan strategi untuk mempromosikan product kosmetik. Usahawan tersebut mendapat kritikan disebabkan beliau tidak memiliki rupa paras yang menarik.


Penyataan ini merupakan contoh bagi falasi

a)

Ad hominem

b)

Ad populum

c)

Post hoc ergo propter hoc

d)

Argumentum ad ignorantium

21.

Konsep insan dapat dijelaskan berdasarkan perspektif


I. Falsafah Arab


II. Falsafah India & Cina


III. Falsafah Timur & Barat


IV. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (JERI)

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II, III dan IV

d)

Semua jawapan

22.

Menurut Aristotle, manusia mempunyai keistimewaan memiliki akal fikiran yang rasional. Pendapat beliau telah dikritik dan dikatakan bersifat

a)

spiritualism

b)

logocentrism

c)

existentialism

d)

Enlightenment

23.

'Greek literature is interesting because it presents a different side of man. It give us a picture of the dark side of humanity' dinyatakan oleh Friedrich Nietzsche yang bermaksud aspek kemanusiaan berteraskan

a)

sifat baik dan buruk setiap manusia.

b)

pemikiran yang rasional dan intelektual.

c)

nilai murni keperibadian setiap manusia.

d)

emosi yang berkemungkinan tidak rasional.

24.

Jean Paul Sarte berpendapat bahawa manusia dilahirkan tanpa panduan dalam hidup dan

perlu mencari makna dalam kehidupannya sendiri.


Penyataan ini merujuk kepada fahaman

a)

spiritualism

b)

logocentrism

c)

existentialism

d)

enlightenment

25.

Manakah antara penyataan berikut TIDAK menjelaskan konsep insan dalam tamadun islam

a)

Manusia adalah hamba kepada tuhan

b)

Manusia adalah khalifah tuhan di muka bumi

c)

Manusia harus menjaga alam sekitar dengan baik.

d)

Manusia perlu bertindak mengikut kemampuan dan keselesaan sendiri.

26.

Manusia mempunyai roh (Atman) dan alam ketuhanan wujud setelah roh bergabung Brahman. Kelahiran semula bergantung kepada amalan semasa dalam kehidupan sekarang.


Penyataan ini merujuk kepada penjelasan konsep insan dalam fahaman

a)

Taoisme

b)

Hinduisme

c)

Budhisme

d)

Konfusianisme

27.

Tiada konsep ketuhanan dan menganggap konsep 'aku' tidak wujud, kehidupan adalah kesengsaraan dan penderitaan.


Penyataan ini menjelaskan kepada konsep insan dalam fahaman

a)

Taoisme

b)

Hinduisme

c)

Budhisme

d)

Konfusianisme

28.

Konsep insan yang diperhatikan melalui hubungan harmoni manusia dengan alam sekitar dalam usaha untuk mencapai kebahagiaan dalam kehidupan. Juga dikenali sebagai fatalistik iaitu perlakuan mengikut fitrah alamiah.


Pernyataan ini menjelaskan konsep insan dalam fahaman

a)

Taoisme

b)

Hinduisme

c)

Budhisme

d)

Konfusianisme

29.

Bukan bersifat keagamaan namun berdasarkan pemikiran yang rasional, adil dan saksama serta mematuhi prinsip - prinsip etika untuk menjamin kesejahteraan hidup.


Penyataan ini menjelaskan konsep insan dalam fahaman

a)

Taoisme

b)

Hinduisme

c)

Budhisme

d)

Konfusianisme

30.

Penyataan berikut adalah benar bagi konsep insan dalam falsafah pendidikan kebangsaan KECUALI

a)

Kesihatan emosi penting untuk kesejahteraan hidup.

b)

Kesihatan rohani bergantung kepada kejayaan dalam hidup.

c)

Kesihatan mental perlu untuk pemikiran yang kreatif dan kritis.

d)

Kesihatan fizikal penting untuk melakukan aktiviti harian dengan sempurna.