Font size
WorksheetsTatabahasa Tingkatan 1
Total questions: 25
Worksheet time: 10mins
Makanan kesihatan tambahan mengandungi bahan terlarang yang boleh mendatangkan mudarat yang ________kepada kesihatan.
serius
ringan
teruk
berat
Langkah yang paling ________bagi mengelakkan terkena jangkitan penyakit kencing tikus ialah elakkan bermain lopak air selepas banjir.
mudah
ringkas
senang
rumit
Saya berdoa agar persahabatan yang dibina sejak lapan tahun yang lalu akan berkekalan _________
seada-adanya
selama-lamanya
selewat-lewatnya
sesungguh-sungguhnya
Kepelbagaian budaya dan adat resam merupakan asas penting untuk memupuk _______dan sikap saling menghormati antara kaum.
persefahaman
kefahaman
pemahaman
fahaman
Encik Salim mengeluarkan wang ___________ di dalam bank untuk membiayai rawatan anaknya.
taruhan
simpanan
semakan
tabungan
____________ waktu cuti sekolah kamu dengan aktiviti yang berfaedah.
Kosongkan
Muatkan
Penuhi
Isikan
__________ kejayaan yang dicapai pelajar yang cacat penglihatan itu.
Ikuti
Contohi
Kecapi
Hargai
Ujian Lisan diadakan untuk menguji ________ murid-murid dalam pengucapan lisan.
kepintaran
kemahiran
kefasihan
kecekapan
Restoran makanan laut itu terpaksa __________ kerana menangung hutang yang banyak.
goyang kaki
lankah bendul
hutang darah
gulung tikar
Setiap pergerakan Carmila sering ________ oleh kawan-kawannya kerana sikapnya yang bersopan santun dan peramah.
diperhatikan
perhatian
memerhatikan
memerhati
Kami mendapat __________ daripada tuan rumah itu untuk melihat keadaan penduduk di kampung ini.
hitam putih
lalat hijau
halwa telinga
lampu hijau
Erieka jarang keluar pada waktu tengah hari. Oleh sebab itu, dia digelar _________ oleh rakan-rakannya.
pisau cukur
puteri lilin
hidung tinggi
bunga dedap
Penduduk kampung menyambut kedatangan rombongan pelancong dari Korea itu dengan ___________ .
bekas tangan
tangan terbuka
buah tangan
panjang tangan
Hang Tuah merupakan _____________ yang sangat terkenal semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.
seniman
pahlawan
sasterawan
dermawan
Usaha ___________ rumah mangsa-mangsa gempa bumi yang rosak teruk itu sedang giat dijalankan di negara jiran.
mengemas kini
membaik pulih
mengubah suai
menambah baik
Vandalisme yang sering dilakukan oleh anggota masyarakat telah menyebabkan kerjaan terpaksa menanggung ____________ besar.
bayaran
kerugian
pembiayaan
perbelanjaan
" ______________ sekeluarga akan melancong ke Pulau Pangkor pada cuti sekolah bulan hadapan, " kata Encik Ali kepada jirannya.
Dia
Anda
Kalian
Kami
Usaha ______________ obesiti dan kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak-kanak perlu bermula sejak bayi lagi.
melarang
mencegah
membasmi
menghalang
Murid yang memenangi lima buah pingat emas dalam Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah Seri Indah itu merupakan atlet yang _____________ .
berbakat
berpotensi
berkemahiran
berketerampilan
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
Ikatan persaudaraan akan sentiasa terjalin jika sikap saling menghormati sentiasa dipupuk antara satu sama lain.
Mak andam itu membuat ikatan kain sampin pengantin lelaki sampai kemas.
Kayu yang disimpan dibawah bangsal itu perlu ikatan yang kemas.
Ikatan kasih sayang antara adik-beradik yang telah kehilangan kedua-dua orang tua mereka sangat erat.
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
Bengkak hidung Razif setelah terkena buku lima adiknya apabila mereka bertengkar semalam.
Pak Dollah membelikan beberapa buah buku rujukan untuk anaknya belajar semasa cuti skolah.
Abang telah membeli satu buku sabun mandi di kedai sempang tiga semalam.
Pcah buku lali kaki Amir setelah dihempap kayu besar ketika dia bermain di padang.
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
Air kopi yang dibancuh oleh kakak sangat manis rasanya.
Manis sekali senyuman gadis yang tinggal di hadapan rumahnya.
Tingkah laku anak Pak Deraman manis sehingga memikat hati Azman.
Kenangan manis Salmah hidup bersama dengan arwah suami terpahat dalam hatinya.
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
Sungguh pesat bunyi enjin pesawat tentera itu.
Umairah berlari dengan pesat sekali menuju ke garisan penamat.
Kawasan itu pesat membangun selepas pembukaan sebuah taman tema.
Teknologi digital di seluruh dunia berkembang dengan sangat pesat.
