wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SYAIR NASIHAT PENGHUJUNG THAMARAT AL-MUHIMMAH

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah berikut ialah tema Syair Nasihat (Penghujung Thamarat al-Muhimmah)?

a)

Menjaga tingkah laku dan adab sopan.

b)

Bertemakan perasaan cinta, kasih, dan sayang kepada seseorang.

c)

Pengadilan dan perbicaraan mestilah berlandaskan ilmu pengetahuan.

d)

Nasihat daripada ayah kepada anak agar memimpin negara dengan bijaksana dan adil.

2.

Mengapakah seseorang perlu berilmu?

a)

supaya mendidik ank-anak.

b)

supaya dapat hidup mewah.

c)

supaya pandai mengambil tindakan.

d)

supaya dapat hidup senang.

3.

Menuntut ilmu janganlah segan merupakan gaya bahasa_______________.

a)

Inversi

b)

Responsi

c)

Asonansi

d)

Simile

4.

Yang manakah berikut merupakan contoh gaya bahasa simile.

a)

Menuntut ilmu janganlah segan.

b)

Seperti air di dalam gelas.

c)

Kerja kebajikan janganlah malas.

d)

Hendak menghukumkan tiada tahu,

hendak diam hati tak mahu

5.

Yang manakah berikut bukan nilai dalam Syair Nasihat (Penghujung Thamarat al-Muhimmah)?

a)

Kerajinan

b)

Kepatuhan

c)

Keadilan

d)

Kesyukuran

6.

Yang manakah berikut merupakan contoh gaya bahasa anafora.

a)

Menuntut ilmu janganlah segan.

b)

Seperti air di dalam gelas.

c)

Kerja kebajikan janganlah malas.

d)

Hendak menghukumkan tiada tahu,

hendak diam hati tak mahu

7.

Yang manakah berikut merupakan contoh gaya bahasa sinkope.

a)

Menuntut ilmu janganlah segan.

b)

Seperti air di dalam gelas.

c)

Kerja kebajikan janganlah malas.

d)

Hendak diam hati tak mahu.

8.

Apakah yang akan berlaku jika hukuman yang dijatuhkan tidak mengikut hukum syarak dan tidak setimpal dengan kasalahan?

a)

akan dikeji oleh rakyat.

b)

akan dikeji oleh rakyat dan menimbulkan rasa tidak puas hati.

c)

menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat.

d)

rakyat akur akan keputusan hukuman.

9.

Perkara yang paling diutamakan dalam nasihat ayah kepada anaknya?

a)

Ayahnya menasihati anaknya supaya rajin mengaji.

b)

Ayahnya menasihati anaknya supaya rajin menuntut ilmu.

c)

Ayahnya menasihati anaknya supaya sering melakukan kebajikan.

d)

Ayahnya menasihati anaknya supaya berkawan dengan golongan berilmu.

10.

Yang berikut merupakan ciri-ciri seorang pemimpin , kecuali

a)

Seseorang pemimpin haruslah berilmu pengetahuan.

b)

Seseorang pemimpin haruslah menggunakan kuasa sesuka hati.

c)

Seseorang pemimpin haruslah sering melakukan kebajikan.

d)

Seseorang pemimpin haruslah melakukan perkara berdasarkan ilmu pengetahuan.

11.

Yang manakah berikut ialah tema Syair Nasihat (Penghujung Thamarat al-Muhimmah)?

a)

Menjaga tingkah laku dan adab sopan.

b)

Bertemakan perasaan cinta, kasih, dan sayang kepada seseorang.

c)

Pengadilan dan perbicaraan mestilah berlandaskan ilmu pengetahuan.

d)

Nasihat daripada ayah kepada anak agar memimpin negara dengan bijaksana dan adil.

12.

Dalam rangkap kedua, penyajak ingin menyampaikan bahawa ...

a)

Ayah berharap agar anaknya akan menjaga tingkah laku dan menjadi insan yang berakhlak mulia.

b)

Jika anaknya itu menjadi raja, dia hendaklah bertindak dengan betul dan rajin bekerja.

c)

Ayah berharap agar anaknya akan menjaga tingkah laku dan menjadi insan yang berakhlak mulia.

d)

Penyair telah tamat mengarang kitab supaya dapat dijadikan panduan.

13.

Sebarang tindakan perlu didasarkan kepada ilmu pengetahuan agar membawa kebaikan. Ayah juga menasihati anaknya agar berhati-hati dalam melakukan setiap perkara agar tidak terjerumus dalam perkara yang membawa kemudaratan.


Pernyataan di atas ialah maksud rangkap ke-8 Syair Nasihat (Penghujung Thamarat al-Muhimmah). Nyatakan peribahasa yang menggambarkan maksud ayat tersebut.

a)

Biar buruk kain dipakai, asalkan pandai mengambil hati.

b)

Biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma.

c)

Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat.

d)

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

14.

Maksud rangkap ke-11 :


Anaknya tidak tahu untuk menjatuhkan hukuman dan tidak mahu pula berdiam sahaja. Anaknya itu cuma mampu berpeluk tubuh dan menyebut nama Allah SWT.


Apakah situasi yang digambarkan dalam pernyataan di atas?

a)

Anaknya tidak tahu hendak membuat keputusan, tetapi dia juga tidak mahu berdiam sahaja.

b)

Anaknya itu berasa seram sejuk apabila terpaksa membuat keputusan yang sukar untuk dirinya.

c)

Anaknya tidak mahu mencuba untuk menyelesaikan masalah yang perlu diselesaikannya.

d)

Anaknya kurang keyakinan diri dan menyerahkan semuanya kepada Allah SWT.

15.

Apakah maksud rangkap pertama syair nasihat?

a)

Penyair telah tamat mengarang buku supaya dapat dijadikan pantun

b)

Penyair telah tamat mengarang kitab supaya dapat dijadikan syair

c)

Penyair telah tamat mengarang majalah supaya dapat dijadikan pantun

d)

Penyair telah tamat mengarang buku supaya dapat dijadikan syair

16.

Berapakah rangkap yang terdapat dalam syair nasihat?

a)

14

b)

15

c)

16

d)

17

17.

Apakah maksud rangkap ke 16 dalam syair nasihat?

a)

Pegawai haruslah memantau sikap pegawai lain supaya tidak berlaku rasuah

b)

Pegawai haruslah memerhatikan sikap ketua di setiap unit supaya tidak belaku rasuah

c)

Ketua haruslah memerhatikan tingkah laku pegawai bawahan supaya tidak berlaku penyelewengan

d)

Ketua haruslah memantau tingkah laku pegawai bawahan supaya tidak berlaku salah guna kuasa

18.

Berdasarkan rangkap 9 mengapakah ilmu pengetahuan sangat ditekankan dalam syair nasihat?

a)

untuk mencapai cita - cita

b)

untuk mengajar orang lain mengenai ilmu baru

c)

untuk membangga diri

d)

untuk membezakan perkara yang benar dan tidak benar

19.

Pilihan jawapan di bawah merujuk kepada bentuk syair yang betul, KECUALI..

a)

Syair nasihat ini mempunyai 18 rangkap.

b)

Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama.

c)

Jumlah perkataan dalam syair ini antara 3 hingga 7 perkataan.

20.

Antara pengajaran yang terdapat dalam syair nasihat ialah..


(sila pilih 2 jawapan yang tepat)

a)

Kita perlulah memupuk rasa kasih sayang antara pemerintah dan raja.

b)

Kita haruslah bertawakal kepada Tuhan setelah membuat keputusan berdasarkan syariat.

c)

Pemerintah haruslah bersikap adil dan tidak boleh bertindak zalim terhadap rakyat.

d)

Pemerintah harus menjatuhkan hukuman kepada rakyat yang bersalah berdasarkan apa yang didengar sahaja.