WorksheetsSEJARAH TAHUN 6
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
1.Siapakah yang mengisytiharkan pembentukan Malaysia?
Lee Kuan Yew
Sir Anthony Abell
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Tun Temenggong Jugah Anak Barieng
Bilakah Tunku Abdul Rahman Putra mengisytiharkan pembentukan Malaysia?
15 September 1963
16 September 1963
17 September 1963
31 Ogos 1957
Apakah faktor pembentukan Malaysia?
Menjadi kuasa besar dunia
Menjamin keselamatan negara
Mengamalkan sistem demokrasi
Rakyat senang bergerak antara negeri
Apakah negeri yang tidak terlibat dalam pembentukan Malaysia?
Pahang
Singapura
Filipina
Pulau Pinang
Di manakah referendum telah dijalankan pada tahun 1962?
Borneo Utara
Sarawak
Singapura
Johor
Berikut adalah pemimpin yang terlibat dalam pembentukan Malaysia, kecuali
Presiden Donald Trump
Tun Muhammad Fuad Stephens
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Tun Temenggong Jugah Anak Barieng
Berikut merupakan langkah-langkah pembentukan Malaysia, KECUALI?
Permuafakatan
Perundingan
Proses Perundangan
Peperangan
Mengapakah sambutan Hari Malaysia penting untuk negara?
Mengukuhkan perpaduan
Memantapkan ekonomi
Menjamin keselamatan
Mendapat cuti umum
Tujuan penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia adalah untuk
Memenuhi undangan orang tempatan
Memberikan penerangan kepada pemimpin
Meninjau pendapat penduduk
Mendapatkan dokumen dari penduduk
Apakah nama pokok yang dijadikan nama Pulau Pinang?
Pokok betik
Pokok kelapa
Pokok pinang
Pokok rambutan
Ibu negeri Perlis adalah _____________ .
Kangar
Arau
Padang Besar
Kuala Perlis
Nama negeri Selangor diambil sempena nama _________.
sungai
pokok
buah
haiwan
Apakah tarian tradisional yang popular di negeri Johor?
Dondang Sayang
Tarian Kuda Kepang
Dikir Barat
Tarian Boria
Hutan Simpan Royal Belum terletak di negeri….
Negeri Sembilan
Kuala Lumpur
Perlis
Perak
Di manakah terletaknya bandar diraja bagi negeri Johor?
Kuala Kangsar
Bandar Maharani
Pekan
Seri Menanti
Manakah antara kenyataan berikut adalah benar?
Nama negeri Sabah di ambil daripada nama sebatang sungai.
Nama Perlis berasal daripada nama ‘ikan bilis’.
Nama Negeri Sembilan adalah bersempena dengan sembilan negeri kecil yang disatukan.
Negeri Pulau Pinang mendapat nama daripada pedagang-pedagang dari negara China.
Ibu negeri bagi Kelantan adalah __________ .
Kota Bharu
Seremban
Kangar
George Town
Siapakah yang memerintah Wilayah Persekutuan?
Datuk Bandar
Perdana Menteri
Yang di-Pertuan Agong
Menteri Pendidikan Malaysia
Apakah warisan kebanggaan Negeri Terengganu?
Wau bulan
Labu Sayong
Tikar mengkuang
Batik
Teratak Za’ba, Istana Seri Menanti dan Kota Lukut terletak di negeri mana?
Perak
Selangor
Negeri Sembilan
Melaka
Manakah antara berikut merupakan salah satu prinsip Rukun Negara?
Kesetiaan kepada negeri kelahiran
Kepercayaan kepada Tuhan
Menghormati ibu bapa
Menolong orang yang memerlukan pertolongan
Sebab-sebab Rukun Negara Diperkenalkan adalah seperti berikut KECUALI ?
Perselisihan dan perbalahan kaum telah berlaku pada 13 Mei 1969
Bagi mengawal kegiatan komunis dan kemasukan warga asing.
Ketidakseimbangan sosioekonomi telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam masyarakat.
Dasar pemerintahan semasa British menyebabkan berlaku pengasingan tempat tinggal dan pekerjaan.
Jika seseorang individu itu dapat membentuk identiti, perwatakan dan yang unggul ia dianggap individu yang mempunyai ciri-ciri
Jati diri
Kebolehjadian
Kreativiti
Kerjasama berpasukan
Berikut merupakan kesan kepada negara hasil daripada pelaksanaan Rukun Negara KECUALI ?
Patriotisme
Perpaduan kaum lebih erat
Taksub kepada kaum sendiri
Penerimaan kehidupan beragama
Yang manakah antara berikut merupakan langkah bagi memupuk perpaduan ?
Menggunakan bahasa ibunda dalam urusan rasmi
Mewujudkan sekolah pelbagai aliran mengikut kaum
Mengekalkan monopoli ekonomi pada satu kaum sahaja
Melancarkan program Gagasan 1 Malaysia pada tahun 2009
Apakah tujuan utama Wawasan 2020 dilancarkan ?
Untuk menjadikan negara Malaysia dikenali di dunia
Untuk menjadikan negara sebuah kuasa ekonomi dunia
Menjadikan negara sebuah kuasa tentera berteknologi tinggi
Menjadikan negara sebagai negara maju dalam bidang sains dan teknologi
Apakah matlamat slogan Malaysia Boleh diperkenalkan?
Untuk menyuntik semangat rakyat mencapai kejayaan cemerlang
Untuk menggalakan rakyat mengamalkan amalan berbudi bahasa
Untuk memberi sokongan tanpa berbelah bagi kepada pemimpin
Untuk memberi semangat kepada rakyat makan makanan yang sihat
Akta Bahasa Kebangsaan 1963 bertujuan untuk.......
Menggunakan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Memantapkan bahasa ibunda semua kaum di Malaysia
Memantapkan pelaksanaan bahasa Melayu dalam semua bidang
Memantapkan pelaksanaan bahasa asing sebagai bahasa utama
Jabatan yang bertanggungjawab dalam hal-hal perpaduan adalah ?
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Jabatan Pendaftaran Negara
Jabatan Perpaduan Negara
Jabatan Tenaga Kerja
Apakah yang akan berlaku jika kita TIDAK menghayati prinsip Rukun Negara?
Negara akan aman harmoni
Masyarakat tidak akan bersatu padu
Ekonomi negara semakin berkembang
Merapatkan jurang antara kawasan bandar dan luar bandar
