NEW
Font size
WorksheetsPERNIAGAAN TINGKATAN 5 - CIRI-CIRI KEPERIBADIAN USAHAWAN
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Pernyataan manakah yang menggambarkan tentang ciri-ciri keperibadian seorang usahawan?
Usahawan yang tabah akan mudah berputus asa.
Usahawan yang bijak akan pandai merebut peluang perniagaan .
Usahawan yang berdikari akan sentiasa mengharap bantuan orang lain.
Usahawan yang optimistic akan sentiasa membangunkan kehidupannya sahaja
Maklumat berikut berkaitan dengan keperibadian seorang usahawan.
Usahawan perlu menukar cara pengeluaran dan mengubah produk mengikut citarasa pengguna
Apakah ciri keperibadian tersebut ?
Kreatif
Berinisiatif
Inovatif
Fleksibel
Situasi manakah yang menunjukkan sifat berani mengambil risiko seorang usahawan?
Berupaya menghasilkan sesuatu yang baharu .
Berkemampuan mengubah suai produk sedia ada
Mengambil langkah memulakan perniagaan yang belum pasti berjaya
Mempunyai semangat untuk bekerja sebagai satu kumpulan bagi mencapai matlamat
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri keperibadian Hj. Zamberi.
Haji Zamberi mengusahakan tauhu yang halal bagi dipasarkan kepada pengguna Muslim.
Apakah ciri keperibadian tersebut ?
Komitmen yang tinggi
Yakin diri dan optimistik
Pandai mengambil peluang
Kebolehan menentukan misi dan visi
Maklumat berikut berkaitan dengan seorang usahawan. Dato’ Suhaidi berazam untuk mengeluarkan produk kecantikan dan kesihatan yang berkualiti tinggi.
Apakah ciri keperibadian yang ada pada Dato’ Suhaidi?
Kreatif
Optimistik
Komitmen yang tinggi
Kebolehan menentukan visi dan misi
Apakah kekuatan yang perlu ada di dalam diri usahawan?
Menyelesaikan masalah kecil terlebih dahulu
Berinisiatif dan bertanggungjawab
Berfikiran positif untuk berjaya
Yakin diri dan optimistik
Maklumat berikut berkaitan dengan kekuatan diri usahawan. Apakah yang mewakili X?
X - Menetapkan misi dan visi perniagaan serta mengutamakan perkara yang menjayakan perniagaan.
Menyelesaikan masalah kecil terlebih dahulu
Kemahiran pembangunan karakter diri
Keupayaan membina jenama
Fokus tenaga dan tumpuan
Antara yang berikut, manakah kekuatan yang perlu ada pada diri usahawan?
I.Perhubungan baik dengan pasangan
II.Mewujudkan sikap berdikari
III.Memberi peluang pekerjaan
IV.Kemahiran pembangunan karakter diri
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat yang berikut berkaitan dengan salah satu kekuatan diri yang harus ada pada seseorang usahawan. Perhubungan baik dengan pasangan
Kemahiran manakah yang dapat membantu seseorang usahawan untuk mencapai kekuatan berkenaan?
Kemahiran berkomunikasi
Kemahiran membuat keputusan
Kemahiran merancang perniagaan
Kemahiran bekerja dalam kumpulan
Maklumat berikut berkaitan dengan kekuatan diri yang ada pada usahawan.
-Pembinaan X bukanlah suatu perkara yang mudah
-Pembinaan X memerlukan jangka masa yang panjang
Apakah X?
Menyelesaikan masalah kecil terlebih dahulu
Keupayaan membina jenama
Kemahiran pembangunan karakter diri
Fokus tenaga dan tumpuan.
Encik Amin menyelesaikan masalah ponteng pekerja dengan memberi ganjaran pakej percutian kepada mereka yang 100% hadir bekerja.
Apakah yang ditunjukkan melalui tindakan Encik Amin tersebut?
Menyelesaikan masalah kecil terlebih dahulu
Keupayaan membina jenama
Kemahiran pembangunan karakter diri
Fokus tenaga dan tumpuan
Manakah antara berikut, kelebihan menjadi seorang usahawan kepada masyarakat ?
Membuka peluang pekerjaan
Mewujudkan sikap berdikari
Meminimumkan keuntungan
Memupuk minat keusahawanan
Maklumat berikut berkaitan dengan seorang usahawan. Puan Viona telah mengusahakan perkhidmatan penghantaran makanan di sekitar bandar Kuantan. Beliau telah menggaji 20 orang pekerja yang terdiri daripada penduduk di sekitar Kuantan. Perkhidmatan penghantaran bermula dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
Yang manakah kelebihan Puan Viona kepada masyarakat Kuantan?
Membuka peluang pekerjaan
Memperkenalkan produk tempatan
Memupuk minat keusahawanan
Mewujudkan sikap berdikari
Carta Alir di bawah ini berkaitan dengan kelebihan menjadi usahawan.
Diri - X - masyarakat - negara
Manakah yang benar tentang X?
Sumber pendapatan diri dan keluarga
Memberikan pelbagai produk dan perkhidmatan
Dapat memperkenalkan produk tempatan ke pasaran antarabangsa
Mempunyai kelebihan yang dapat diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain.
Antara yang berikut, manakah kelebihan usahawan kepada masyarakat.
I.Mengurangkan kadar jenayah
II.Memupuk minat keusahawanan
III.Memperkenalkan produk tempatan
IV.Memenuhi keperluan dan kehendak
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
