wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ 2.7 JENIS AYAT

Total questions: 10

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Ayat perintah yang manakah yang betul?

a)

Tolong jangan derhaka kepada ibu bapa.

b)

Mohon semua duduk di tempat masing-masing.

c)

Berjalanlah di tempat yang tidak sibuk dan ramai orang.

d)

Sedialah kerana nama kamu akan dipanggil tidak lama lagi.

2.

Yang manakah ayat suruhan?

a)

Usah dipedulikan pelajar yang biadap itu.

b)

Bersihkan bilik tidur adik itu dengan segera.

c)

Tolong habiskan latihan yang belum selesai.

d)

Minta perhatian semua yang ada di sini agar tidak membuat bising.

3.

Buah langsat kuning mencelah,

Keduduk tidak berbunga lagi;

Sudah dapat gading bertuah,

Tanduk tidak berguna lagi.

Apakah jenis ayat yang tidak terdapat dalam pantun di atas?

a)

Ayat nafi

b)

Ayat penyata

c)

Ayat minimal

d)

Ayat perintah

4.

Yang manakah ayat tanya terbuka?

a)

Siapakah orang muda itu?

b)

Sudikah anda berdoa untuk saya nanti?

c)

Bilakah pesawat dari Australia itu akan mendarat?

d)

Gadis dari hujung kampung inikah yang akan berkahwin?

5.

"Eh, Syahir! Kamu dah lama balik?"

Nyatakan dua jenis ayat yang terdapat dalam dialog di atas.

(a)  

6.

Ayat perintah yang manakah yang membawa maksud ajakan?

a)

Tunggu di sini dulu.

b)

Ditegah pijak rumput.

c)

Mari ke sana sekarang.

d)

Mohon ditutup pintu itu.

7.

Yang berikut ialah padanan yang betul antara perasaan dengan contoh ayat seru, kecuali

a)

Sesal - Hai, degilnya kamu semua!

b)

Kagum - Wah, ini baru betul-betul kejutan!

c)

Terkejut - Alamak, pecah pula pasu bunga itu!

d)

Harapan - Ya Allah, kepada-Mu kami berserah!

8.

"Mengapa pelajar itu sombong setelah berjaya dalam peperiksaan baru-baru ini?"

Nyatakan kesalahan bahasa bagi ayat tanya di atas.

(a)  

9.

Antara pernyataan yang berikut, yang manakah bukan jenis ayat tanya dengan unsur tanya?

a)

Ayat tanya tanpa kata tanya

b)

Ayat tanya dengan kata tanya

c)

Ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya

d)

Ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanya

10.

Yang manakah binaan jenis ayat yang betul?

a)

Pelajar itu tidak sombong walapun kaya.

b)

Syabas! Kamu sudah berjaya dalam peperiksaan.

c)

Tolong jangan bising ketika tiada guru di dalam kelas.

d)

Peperiksaan Semester 2 STPM akan diadakan bila?