WorksheetsKuiz Pendidikan Islam Tingkatan Empat
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Al-Jabbar ialah nama Allah swt yang bermaksud ____________
Maha Gagah
Maha Perkasa
Maha Pembalas Azab
Maha Berkuasa secara mutlak
Al- Muntaqim ialah nama Allah swt yang bermaksud ____________
Maha Gagah
Maha Perkasa
Maha Pembalas
Maha Bijaksana
Setiap perbuatan Allah swt mengandungi _____________ yang tersembunyi
hikmah
agenda
muslihat
rancangan
Allah Swt berkuasa secara ___________ untuk melakukan segala kehendaknya
adil
mutlak
melulu
bersama
Berikut merupakan contoh perbuatan yang membawa kepada terbatalnya iman kecuali
sujud kepada berhala dengan sengaja
melakukan upacara ibadah agama lain
mengingkari kewujudan malaikat dan jin
memijak al-Quran dengan tujuan menghina
Berikut ialah ciri ajaran sesat kecuali
mempercayai alam ghaib
mendakwa dapat menebus dosa
mengaku menjadi nabi atau rasul
mengatakan semua agama menuju syurga
Aliran ____________ menganggap semua agama sama dan membawa kebaikan.
pluralisme
hedonisme
liberalisme
sekularisme
Berikut ialah syarat wajib haji kecuali
Islam
baligh
berakal
mumaiyiz
"Ibadat ini mengingatkan kembali sejarah Siti Hajar mencari air untuk puteranya Ismail"
Pernyataan di atas berkaitan dengan ____________
sa'i
tawaf
wuquf
bercukur
Masa bercukur bagi orang yang mengerjakan umrah ialah apabila selesai
melakukan tawaf
mengerjakan sa'i
melakukan wuquf
melontar di Jamrah Kubra
Antara yang berikut, yang manakah perkara makruh semasa sembelihan?
Melakukan sembelihan pada siang hari
Menggunakan alat atau pisau yang tumpul
Menghadapkan binatang sembelihan ke arah kiblat
Mematahkan leher binatang sebelum nyawanya hilang
Sunat menghadapkan binatang sembelihan ke arah kiblat dengan membaringkan di atas rusuk sebelah ____________
Kiri
Kanan
Disunatkan untuk penyembelih membaca _____________ ketika permulaan menyembelih
basmalah
takbir
"Hukum syarak yang berkaitan urusan kewangan seperti jual beli, sewaan, simpanan dan sebagainya"
Pernyataan di atas merujuk kepada pengertian ____________
ibadah
jual beli
muamalat Islam
munakahat Islam
Hukum umat Islam terlibat dengan skim cepat kaya adalah _____________
harus
wajib
haram
makruh
Pilih pernyataan yang tidak benar tentang khalifah Abu Bakar as-Siddiq r.a
Memerangi golongan murtad
Mengarahkan pengumpulan tulisan al-Quran
Memerangi golongan yang enggan membayar zakat
Menyumbang harta dan kekayaan untuk pertahanan negara
Antara hikmah yang berikut, yang manakah benar tentang hikmah bersikap benar?
Menjadi contoh teladan kepada orang lain
Melahirkan insan yang sentiasa mengingat Allah swt
Melahirkan insan yang sentiasa gembira melakukan kebaikan
Melahirkan insan yang bersungguh-sungguh dalam setiap pekerjaan
Bersikap benar dalam tutur kata dapat memelihara diri daripada
menunaikan apa yang dijanjikan
melakukan tugasan dengan cara yang baik
berjanji dengan apa yang mampu ditunaikan
mengeluarkan kata-kata yang mengelirukan
Pilih pernyataan yang betul tentang solat sunat dhuha
Disyariatkan pada tahun ke-2 hijrah
Disyariatkan pada tahun ke-5 hijrah
Dilakukan selepas 28 minit waktu syuruk
Dilakukan sebelum 28 minit waktu syuruk
Perkara yang membezakan antara rukun haji dan umrah ialah ____________
niat
tawaf
wuquf di Arafah
bermalam di Mina
