wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

AYAT TUNGGAL/ AYAT MAJMUK TAHUN 4

Total questions: 10

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang mana satukah ayat majmuk?

a)

Mira mencuci pinggan di dapur.

b)

Kopi itu rasanya sangat manis.

c)

Lee Wei dan abangnya menunggang basikal sekeliling taman.

2.

Antara berikut, yang mana satukah ayat majmuk?

a)

Kamal meminati sukan badminton manakala Kamil meminati sukan lasak.

b)

Daging rusa sangat berkhasiat.

c)

Ibu menanam halian di belakang rumah.

3.

Antara berikut, yang mana satukah ayat majmuk?

a)

Haikal melayari Internet.

b)

Encik Harun seorang pemandu teksi.

c)

Puan Mary membeli buah-buahan dan sayur-sayuran di Jaya Grocer.

4.

Antara berikut, yang mana satukah ayat majmuk?

a)

Sekawan lembu meragut rumput di padang ragut.

b)

Hafiz tidak dapat bermain bola sepak kerana kakinya cedera.

c)

Semua murid perlu berada di dewan sekarang.

5.

Antara berikut, yang mana satukah ayat majmuk?

a)

Puan Sivana mengangkat baju di jemuran.

b)

Kamu suka bercuti di dalam negara atau luar negara?

c)

Adik memanggil kedua-dua ekor kucingnya.

6.

Antara berikut, yang mana satukah ayat tunggal ?

a)

Chai Ling memasak kari ikan di dapur.

b)

Nina dan kakaknya mengadakan pameran Sains.

c)

Hanis mendengar ceramah sambil mencatat nota.

7.

Antara berikut, yang mana satukah ayat tunggal ?

a)

Alif mendaftarkan nama untuk menyertai pertandingan robotik.

b)

Bumbung rumah mereka tercabut akibat ribut semalam.

c)

Haresh disukai oleh semua kawannya kerana dia baik hati.

8.

Antara berikut, yang mana satukah ayat tunggal ?

a)

Ayah mengambil kapal lalu menebang pkok kelapa itu.

b)

Syazira tidak suka makan sayur peria kerana rasanya pahit.

c)

Anna melemparkan sebiji batu ke dalam tasik.

9.

Tandakan ayat majmuk sahaja.

a)

Gadis yang tinggi dan berkulit sawo matang itu sepupu saya.

b)

Ada pokok tumbang di atas reban ayam.

c)

Dia sering diejek oleh rakan sekelasnya kerana dia miskin.

d)

Beg ini murah harganya tetapi kurang berkualiti.

10.

Tandakan ayat tunggal sahaja.

a)

Saya suka membaca buku tentang haiwan.

b)

Ibu saya memandu kereta ke tempat kerjanya.

c)

Kek coklat itu habis dimakan oleh abang.

d)

Cikgu Wong memanggil nama kamu atau nama saya ?