WorksheetsKata Bantu
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Semua buku teks lama tu ________ digantikan dengan buku yang baharu.
akan
telah
masih
sedang
Ibu ________ menyiang ikan itu walaupun ayah sudah membeli lauk.
akan
mahu
telah
masih
Ibu _______ membancuh air teh untuk dihidangkan kepada tamu.
akan
telah
pernah
sedang
Kalau tiada apa-apa hal, saya ______ pulang ke rumah sekarang.
mahu
boleh
mesti
hendak
Kita ______ menjaga kebersihan sungai kerana air sungai penting kepada semua.
patut
tentu
mahu
boleh
Saya _________ benar menatap wajahnya kerana hati ini diruntun rindu.
ingin
dapat
boleh
mesti
Abang ___________ membeli motosikal dengan syarat dia mesti mendapat 8A dalam peperiksaan SPM.
tentu
mahu
dapat
boleh
Ustaz Mohd. Nazrie _________ menuntut dalam bidang syariat di Universiti al-Azhar.
telah
dapat
sudah
pernah
Kita _________ membasuh tangan terlebih dahulu sebelum menjamah makanan kerana kuman dikhuatiri ada pada kuku.
mahu
dapat
mesti
sudah
Farisha _________ menyiapkan tugasan itu sebelum tarikh yang dikehendaki oleh pensyarahnya.
patut
dapat
boleh
sedang
Amizan ______ menyertai peraduan itu dengan syarat dia memperoleh markah melebihi 80 dalam kuiz Sains.
pasti
tentu
mahu
boleh
Suzana ______ benar menonton filem yang berjudul "Rahsia Rimba Gunung".
ingin
dapat
mesti
boleh
Sebelum melakukan sesuatu, kita _______ berfikir tentang segala kemungkinan yang akan terjadi.
mesti
mahu
dapat
sudah
Pemain bola sepak yang terkenal di Malaysia _________ berkahwin dengan artis itu.
patut
dapat
mesti
pernah
Mekanik itu _______ membaiki enjin kereta ayah.
patut
dapat
mesti
sedang
