Font size
WorksheetsMODUL 5 SYARIKAT BERHAD
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Manakah punca modal Syarikat Awam Berhad diperoleh?
Simpanan pemilik sendiri
Pinjaman daripada syarikat kewangan
Pelaburan daripada pemegang syer
Sumbangan daripada ahli lembaga pengarah
Pilih 2 ciri syarikat sendirian berhad.
Syer syarikat boleh diurusniagakan di Bursa Malaysia
Pindah milik syer hanya boleh dilakukan dengan kebenaran pemegang syer yang lain
Pemegang syer juga menanggung liabiliti tidak terhad
Bilangan ahli maksimum 50 orang
Ciri-ciri Syarikat Awam Berhad adalah seperti berikut:
Bilangan ahli yang dibenarkan adalah antara seorang hingga
50 orang
Bilangan ahli yang dibenarkan adalah antara seorang hingga tiada had maksimum
Syer syarikat tidak boleh diurusniagakan di Bursa Malaysia
Syer syarikat boleh diurusniagakan di Bursa Malaysia
Manakah yang diwakili oleh gambar di atas?
Syarikat Sendirian Berhad
Syarikat Awam Berhad
Koperasi
Perkongsian
Apakah yang akan berlaku sekiranya Syarikat Sendirian Berhad muflis?
Pemegang syer hanya kehilangan modal syer yang dilaburkan
Pemegang syer hendaklah membayar semua hutang perniagaan
Pemegang syer akan diisytihar muflis juga
Pemegang syer mesti menjual harta peribadi untuk membayar hutang perniagaan.
Mengapakah harta peribadi pemegang syer tidak digunakan untuk menyelesaikan hutang Syarikat Sendirian Berhad?
Pemegang syer menanggung liabiliti terhad
Pemegang syer menanggung liabiliti tidak terhad
Pemegang syer menanggung hutang risiko tertentu sahaja
Pemegang syer menanggung hutang mengikut syarat
Dimanakah saham Syarikat Awam Berhad diurusniagakan ?
Bursa Malaysia
Bank Negara
Pejabat syarikat
Pasaran saham
Yang manakah tidak berkaitan dengan Syarikat Sendirian Berhad?
Syer ditawarkan kepada orang awam
Syer tidak boleh diniagakan di Bursa Malaysia
Bilangan pemegang syer tidak lebih 50 orang
Penyata kewangan syarikat tidak perlu disiarkan dalam akhbar
Apakah dokumen yang mengandungi maklumat-maklumat berkaitan penubuhan dan pengurusan syarikat?
Ikatan Perjanjian
Notis Penubuhan
Notis Pemerbadanan
Perlembagaan Syarikat
Yang mana satu adalah Syarikat Sendirian Berhad?
Choong Boon Sdn.Bhd
Ali&Abu Kedai Mama
Teknologi Enterprise
Celcom Axiata Berhad
Penyata Kewangan syarikat awam perlu dibentangkan di Mesyuarat Agung Tahunan Syarikat
Betul
Salah
Pernyataan manakah yang menerangkan ciri Syer Biasa?
Boleh menerima dividen tertunggak
Kadar dividen bergantung kepada keuntungan syarikat
Tuntutan ke atas aset didahulukan jika berlaku pembubaran
Pemegang syer tidak berhak mengundi dalam mesyuarat agung
Pernyataan manakah yang menunjukkan ciri pemegang Syer Keutamaan?
Mempunyai hak mengundi
Mendapat dividen dengan kadar yang tetap
Tidak berhak menerima dividen tertunggak
Berpeluang menentukan polisi dan pengurusan syarikat
Apakah jenis keuntungan yang diagihkan kepada pemegang syer syarikat?
Faedah
Debentur
Dividen
Bonus
Pernyataan manakah yang betul tentang ciri Syer Biasa?
Kadar dividen tetap
Dividen dibayar sebelum syer keutamaan
Pemegang syer berhak mengundi dalam mesyuarat agung syarikat
Tuntutan ke atas aset didahulukan jika syarikat dibubarkan
Pernyataan manakah yang betul tentang ciri Syer Keutamaan?
Kadar dividen berubah
Dividen dibayar selepas syer biasa
Pemegang syer berhak mengundi dalam mesyuarat agung syarikat
Tuntutan ke atas aset didahulukan jika syarikat dibubarkan
Encik Amin memiliki 5 000 unit syer biasa Syarikat SPINN Berhad pada harga RM1.00 sesyer.
Apakah keistimewaan yang diperoleh Encik Amin sebagai pemegang syer berkenaan?
Berpeluang untuk mengundi di Mesyuarat Agung Tahunan
Memperoleh dividen pada kadar yang sama setiap tahun
Berhak menerima tunggakan dividen tahun lepas
Diberi keutamaan untuk menguruskan syarikat
Apakah kelebihan yang diperoleh oleh pemegang Syer Biasa berbanding Syer Keutamaan?
Kadar dividen adalah tetap
Mempunyai hak mengundi dalam mesyuarat agung tahunan
Berhak menerima tunggakan dividen
Mendapat keutamaan menuntut modalnya apabila perniagaan dibubarkan
Siapakah pemegang syer Syarikat Sendirian Berhad? Pilih 2 jawapan.
ahli keluarga
rakan-rakan yang rapat
orang awam
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis bentuk pemilikan perniagaan.
Syer tidak boleh dipindah milik tanpa persetujuan daripada ahli lembaga pengarah.
Perkongsian
Syarikat Awam berhad
Syarikat jaminan berhad
Syarikat sendirian berhad
Syarikat terdiri daripada ........................... dan .......................
(a)
Perniagaan syarikat ditubuhkan di bawah Akta (a)
Apakah langkah pertama dalam tatacara penubuhan syarikat?
Membayar fi pendaftaran
Menyerah simpan permohonan pemerbadanan syarikat
Membuat carian nama dan permohonan nama
Menerima notis pemerbadanan
Apakah perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Syarikat? (pilih 2 sahaja)
Cara pembayaran dividen
Kuasa dan tanggungjawab Lembaga Pengarah
Bilangan syer diterbitkan setiap tahun
Carta Organisasi Perniagaan
Datuk Aliff Syukri merupakan "Founder" kepada perniagaan D`Herbs yang terkenal di Malaysia. Apakah bentuk perniagaan yang diasaskan oleh beliau?
Syarikat Awam Berhad
Syarikat Sendirian Berhad
Perkongsian
Milikan Tunggal
