wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

4.2 Pmbgn Produk, ICT & Interaksi Bhgn Fungsian

Total questions: 25

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut, pernyataan yang manakah benar tentang pembangunan produk?

a)

Menetapkan harga produk baharu

b)

Menjual produk lama kepada pelanggan sedia ada

c)

Menggunakan strategi baharu untuk produk baharu

d)

Memperkenalkan produk baharu kepada pasaran sedia ada

2.

Antara yang berikut, yang manakah adalah strategi pembangunan produk?

a)

Mengubah suai produk sedia ada menjadi produk baharu

b)

Menghasilkan idea baharu dalam strategi pemasaran produk sedia ada

c)

Menggunakan strategi sedia ada bagi memasarkan produk baharu

d)

Mengubah suai strategi penghasilan produk sedia ada supaya lebih mantap

3.

Pernyataan yang manakah benar tentang objektif pembangunan produk?


(Pilih 2 jawapan)

a)

Mengukuhkan imej produk

b)

Memantapkan misi dan objektif perniagaan

c)

Mengukuhkan kedudukan perniagaan dalam pasaran

d)

Meningkatkan kepuasan dan keyakinan pengguna sedia ada

4.

Pernyataan manakah yang tepat menerangkan tentang pasaran baharu?

a)

Pasaran sedia ada yang diberikan nafas baharu

b)

Pasaran sedia ada yang ditawarkan produk baharu

c)

Merupakan pasaran berpotensi yang belum diterokai

d)

Terdapat pertambahan penduduk dalam pasaran sedia ada

5.

Apakah yang akan dijalankan semasa analisis perniagaan?

a)

Mereka bentuk produk daripada idea yang dijana

b)

Menguji konsep baharu untuk pembangunan produk

c)

Menghasilkan idea baharu dalam pembangunan produk

d)

Melibatkan kajian semula jualan, kos dan unjuran keuntungan

6.

Bagaimanakah teknologi maklumat dapat membantu bahagian pengeluaran?

a)

Memudahkan pemasaran

b)

Pesanan belian lebih cepat

c)

Melicinkan pengurusan data kewangan jabatan

d)

Pengghasilan produk ikut standard yang ditetapkan

7.

Gambar di atas menunjukkan suatu alat komunikasi.

Bagaimana alat tersebut dapat membantu bahagian fungsian pemasaran?

a)

Membantu perniagaan melaksanakan proses pengeluaran dengan lancar

b)

Segala rekod dan data pekerja dapat disimpan dan dikemas kini dengan baik

c)

Memastikan urusan pentadbiran perniagaan dapat dilaksanakan dengan lancar

d)

Memastikan maklumat tentang produk sampai kepada pengguna dengan segera

8.

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dapat ...

a)

menjimatkan masa bekerja

b)

meningkatkan kecekapan operasi

c)

memudahkan pekerja melayari internet

d)

perniagaan tidak perlu menggaji ramai pekerja

9.

Maklumat di atas berkaitan dengan suatu aplikasi teknologi maklumat dalam perniagaan.


Apakah Y ?

a)

e-dagang

b)

e-banking

c)

e-pemasaran

d)

e-government

10.

Apakah peranan pembekal kepada sesebuah organisasi perniagaan?

a)

Membekalkan aset kekal

b)

Memberi pinjaman modal

c)

Membekalkan bahan mentah

d)

Menyediakan pasaran produk

11.

Mengapakah pelanggan sangat penting kepada sesebuah organisasi perniagaan?

a)

Membekalkan aset kekal

b)

Memberi pinjaman modal

c)

Membekalkan bahan mentah

d)

Menyediakan pasaran produk

12.

Mengapakah pelanggan sangat penting kepada sesebuah organisasi perniagaan?

a)

Membekalkan perkhidmatan

b)

Menyokong aktiviti perniagaan

c)

Memberi pendapatan kepada pasaran

d)

Membeli produk yang dihasilkan dalam perniagaan

13.

Apakah yang akan berlaku dalam proses dekod semasa pengaliran maklumat?

a)

Penghantar menghantar mesej yang penting

b)

Melibatkan pengolahan terhadap suatu idea

c)

Penerima menterjemahkan mesej mengikut kefahamannya

d)

Penerima memberikan maklum balas kepada penghantar

14.

Maklumat yang berikut menunjukkan salah satu proses dalam aliran barang dan perkhidmatan.


Penerimaan invois pembekal dan pembayaran


Bahagian fungsian yang bertanggungjawab melaksanakan ialah bahagian fungsian ...

a)

jualan

b)

kewangan

c)

pembelian

d)

pengeluaran

15.

Maklumat di atas berkaitan dengan dua buah organisasi perniagaan.

Antara yang berikut, bahagian fungsian yang manakah hanya terdapat di Kilang Biskut Nora?

a)

Pembelian

b)

Pemasaran

c)

Pentadbiran

d)

Pengeluaran

16.

Pernyataan manakah yang benar tentang interaksi antara perniagaan kecil dan perniagaan besar dalam bahagian fungsian jualan?

a)

Perniagaan besar membantu perniagaan kecil menjualkan produk

b)

Perniagaan besar menghasilkan barang yang diingini oleh perniagaan kecil

c)

Perniagaan kecil akan menghubungi perniagaan besar bagi meluaskan pasaran

d)

Perniagaan kecil akan menghubungi perniagaan besar untuk mempelajari cara mengurus kewangan

17.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan kebaikan perniagaan kecil berbanding dengan perniagaan besar?

a)

Terdapat staf yang ramai bekerja dalam organisasi

b)

Terdapat banyak bahagian fungsian dalam organisasi

c)

Proses komunikasi yang mengambil masa lama

d)

Pengurus mudah menjalankan tugas memantau aktiviti staf

18.

Apakah peranan bahagian fungsian sumber manusia bagi perniagaan besar?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Menguruskan hal ehwal keluarga pekerja

b)

Memberikan kaunseling kepada pekerja

c)

Mengendalikan kekosongan pekerjaan dan memberikan peluang kenaikan pangkat

d)

Bahagian pengurusan sumber manusia dan kewangan akan berhubung berkenaan dengan gaji

19.

Pernyataan manakah yang berkaitan dengan strategi pembangunan produk?

a)

Mencari pasaran baharu untuk produk sedia ada

b)

Mempelbagai produk syarikat untuk meningkatkan jualan

c)

Memperkenalkan produk baharu kepada pasaran sedia ada

d)

Memperkenalkan produk sedia ada kepada pasaran baharu

20.

Apakah maksud strategi pembangunan pasaran?

a)

Mencari pasaran baharu untuk produk sedia ada

b)

Mempelbagai produk syarikat untuk meningkatkan jualan

c)

Memperkenalkan produk baharu kepada pasaran sedia ada

d)

Memperkenalkan produk sedia ada kepada pasaran baharu

21.

Bagaimanakah penggunaan teknologi maklumat membantu peniaga?

a)

Peniaga dapat memproses data jualan dengan segera

b)

Peniaga boleh melakukan aktiviti kewangan dengan lebih berkesan

c)

Perniagaan boleh dijalankan secara cekap dan berkesan untuk mencapai matlamat

d)

Peniaga boleh berhubung dengan pembekal dan pelanggan dengan serta merta

22.

Mengapakah syarikat insurans melantik ejen untuk berinteraksi dengan pelanggan?

a)

Untuk mempengaruhi pelanggan membeli produk

b)

Untuk menjalin kerjasama strategik dengan pelanggan

c)

Untuk mengukuhkan hubungan baik dengan pelanggan

d)

Untuk mewujudkan jaringan perniagaan dengan pelanggan

23.

Bagaimanakah interaksi dengan pihak bank membantu perniagaan mengatasi masalah operasi pengeluaran?

a)

Mengatasi masalah kekurangan modal kerja

b)

Memudahkan urusan pembayaran perniagaan

c)

Memudahkan penyimpanan wang dengan selamat

d)

Memudahkan perniagaan melakukan pembayaran gaji

24.

Apakah peranan katalog dalam sesuatu proses aliran barang dan perkhidmatan?

a)

Membolehkan penjual menerima pesanan belian daripada pelanggan

b)

Membolehkan penjual memujuk pengguna mempuat keputusan pembelian

c)

Membolehkan pembekal bahan mentah menuntut bayaran daripada pengeluar

d)

Membolehkan pengguna mengetahui maklumat barang yang ditawarkan penjual

25.

Antara yang berikut, sumber manakah yang dikategorikan sebagai sumber luaran semasa menjana idea baharu produk?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Pembekal

b)

Pelanggan

c)

Kakitangan khidmat pelanggan

d)

Penyelidikan dan pembangunan