NEW
Font size
WorksheetsKUIZ BAHASA TAHAP 2
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
___________________ handalan itu memecahkan rekod acara 1500 meter yang bertahan selama dua belas tahun.
Pasukan
Pemain
Orang
Atlet
" ________________ bertiga perlu bekerjasama menyiapkan projek Sains ini secepat yang mungkin" kata Kavya kepada kawan-kawannya.
Kalian
Kami
Kita
Beta
Kugganesh menunggang basikal pulang ke rumahnya sambil __________________ beg sekolah.
menjinjing
mengandar
memikul
menggalas
Penduduk Kampung Sungai Dua bergotong-royong ____________ kulit seekor kambing sebelum mengagihkan kepada penduduk kampung.
menyiang
melapah
mencincang
menghiris
Sejak dari 8:00 pagi ___________________ 10.30 pagi, para pemain bola sepak SJKT Subramaniya Barathee menjalani latihan di padang sekolah.
hingga
daripada
dari
kepada
Walaupun Pak Busu sudah berusia, namun dia berkelakuan ______________ budak-budak kecil.
sampai
demi
seperti
walaupun
Syamalah sekeluarga memang gemar menonton filem-filem ________________ sejak dahulu lagi.
jenaka
takut
kuat
lembik
Walaupun hari sudah _____________ malam, namun adik masih belum tidur dan asyik menonton televisyen.
lambat
nyaris
lewat
masih
Emak Nabita sempat menonton drama bersiri India _____________ menunggu ayah pulang dari kerja.
sedangkan
seandainya
padahal
sementara
" ________________ kamu semua dapat menulis cerita ini dengan menyelitkan nilai-nilai murni," kata Cikgu Kamsiah kepada murid-muridnya.
Jangan
Harap
Usah
Sila
Pak Long ______________ memandu lori syarikatnya dengan penuh berhati-hati untuk menuju ke arah utara Johor.
belum
pernah
sedang
harus
Datuk hanya mengait buah rambutan yang ______________ masak sahaja, yang lain dibiarkan sehingga masak.
belum
sudah
masih
akan
Janani _________________ kecewa apabila dia tidak mendapat 8A dalam PT3 dan meneruskan pelajarannya dalam aliran sains.
benar
nian
sungguh
sekali
Ibu sudah biasa menabung ____________ daripada gajinya untuk digunakan semasa kecemasan.
beberapa
seluruh
setiap
sebahagian
Encik Lugain menunggang motosikalnya perlahan-lahan menuju ke sebuah ______________ yang tidak jauh dari pejabatnya kerana masalah pada pencucuk palam.
bengkel motosikal
pusat pemulihan
warung kopi
rumah tumpangan
Encik Hiren membeli beberapa keping _____________ untuk menyimpan maklumat syarikatnya.
cakera keras
cakera padat
cakera lebar
disket
Pemuda yang ___________ topeng itu rupa-rupanya seorang pelakon yang terkenal.
dipakai
memakai
terpakai
berpakaian
Danial dan Rubian masih _____________ di kawasan itu walaupun telah berkali-kali diberi amaran keras oleh penghulu kampung.
berasak-asak
bermain-main
bertolak-tolak
bertarik-tarik
Pada pagi semalam, angin bertiup dengan kencang menyebabkan banyak pokok yang tumbang. Pilih perkataan berlawan bagi kencang.
lemah
membut
lambat
perlahan
Pondok usang itu telah ditinggalkan oleh Kamaliah sejak lima tahun yang lalu. Perkataan seerti bagi usang ialah
moden
lama
baru
canggih
Mak Cik Amaliah membawa _______________ pucuk ubi kayu sekembalinya dari kebun.
selembar
sepucuk
segugus
secekak
Penonton perlawanan bola sepak itu naik angin apabila pengadil perlawanan didapati ______________ ketika mengadili perlawanan.
berat sebelah
berat mata
berat hati
berat mulut
Murid-murid tahun 5 Barathee membuat bising _____________ sebaik-baik sahaja Cikgu Kogila keluar.
seperti rusa masuk kampung
seperti cincin dengan permata
seperti anjing dengan kucing
seperti bertih goreng
Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan.
Perkhemahan ini bertujuan untuk membentuk kekuatan mental dan fizikal .
Pentingkah perkhemahan ini diadakan?
Apakah tujuan perkhemahan ini diadakan ?
Mengapakah perkhemahan ini diadakan di sini ?
Bagaimanakah perkhemahan ini diadakan?
Pilih jawapan yang betul bagi ayat tanya yang diberikan.
Orang itukah yang menjual barang kemas palsu kepada awak ?
Barang-barang yang dijual semuanya palsu.
Dia memang tidak berhati perut.
Saya telah membuat laporan polis.
Ya, dialah yang menjual barang-barang itu kepada saya.
