wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ PKJR

Total questions: 17

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Anda berada di kawasan pejalan kaki. Tiada sebarang kendearaan tetapi lampu isyarat pejalan kaki berwarna merah. Rakan anda mengajak anda melintas jalan. Apakah tindakan anda

a)

Menunggu sehingga isyarat "orang hijau" muncul

b)

Melintas jalan mengikut rakan anda

c)

Melintas jalan sambil mendepakan tangan

2.

Anda ketinggalan bas. Kawan anda membonceng motosikal bapanya. Dia mengajak anda membonceng bersama-sama. Apakah tindakan anda?

a)

Membonceng bersama-sama rakan anda

b)

Menolak pelawaan rakan anda

c)

Mengajak rakan-rakan lain membonceng bersama-sama

3.

Apakah warna lintasan belang "zebra crossing"

a)

Hitam dan putih

b)

Kuning dan jingga

c)

Merah dan hitam

4.

Berikut merupakan cara menunggang basikal dengan selamat kecuali

a)

Menunggang basikal secara berurutan

b)

Memberi isyarat tangan sebelum membelok

c)

Menunggang basikal ke kiri dan ke kanan serta mencelah antara kenderaan lain

5.

Seorang buta hendak melintas jalan. Apakah tindakan kamu ?

a)

Memberi arahan kepada orang tua itu

b)

Memimpin tangan dan membantu orang buta itu melintas jalan

c)

Melihat sahaja orang buta itu melintas jalan berseorangan

6.

Semasa kita ingin melintas jalan, di manakah tempat yang perlu kita berhenti seketika sebelum bertindak untuk melintas?

a)

Di garisan tengah jalan raya

b)

Di laluan kenderaan sedang lalu-lalang

c)

Di bahu jalan

d)

Di garisan tepi jalan raya

7.

Mengapakah kita perlu melihat ke arah kiri, kanan dan ke kiri semula sebelum melintas?

a)

Bagi melancarkan urat tengkuk

b)

Bagi memastikan jalan raya bersih

c)

Bagi menarik perhatian pengguna jalan raya

d)

Bagi memastikan jalan raya selamat untuk dilintas

8.

Deria pendengaran penting ketika kita ingin melintas jalan kerana....

a)

Bagi mengenal pasti bunyi kenderaan yang datang

b)

Bagi melihat kenderaan yang sedang bergerak

c)

Bagi memudahkan kita melintas dengan cepat

d)

Bagi memastikan pengguna jalan raya lain mengenal pasti kedudukan kita yang ingin melintas

9.

Apakah maksud papan tanda yang berwarna biru?

a)

Lebuh raya persekutuan bertol

b)

Lebuh raya persekutuan tanpa tol

c)

Lebuh raya ekspress bertol

d)

Lebuh raya ekspress tanpa tol

10.

Papan tanda yang berwarna maroon membawa maksud?

a)

Destinasi sudah hampir

b)

Destinasi masih jauh

c)

Destinasi pelancongan

d)

Destinasi Rehat & Rawat

11.

Berikut merupakan akibat jika kita mengabaikan soal keselamatan ketika menggunakan jalan raya, KECUALI?

a)

Kadar kemalangan meningkat

b)

Kehilangan individu yang tersayang

c)

Berlaku kerosakan dan kemusnahan harta benda

d)

Kadar kemalangan menurun

12.

Papan tanda ini menunjukkan

a)

Berhenti

b)

Persimpangan

c)

Dilarang masuk

13.

Maksud kemalangan

a)

Kejadian yang tidak sengaja dan tidak dirancang berlaku melalui gabungan beberapa sebab yang menyebabkan kesan buruk.

b)

Sumber atau situasi yang berpotensi membahayakan

c)

Kemungkinan berlakunya peristiwa malang dan akibat kemalangan tersebut.

d)

Perbuatan yang mungkin menyebabkan kerosakkan harta benda, mengancam keselamatan dan mendatangkan kecederaan.

14.

Apakah yang terjadi semasa hari hujan?

a)

Penglihatan pemandu terjejas

b)

Jalan licin

c)

Tanah runtuh

d)

Semua yang diatas

15.

Ciri-ciri jalan yang baik

a)

Mempunyai lampu jalan

b)

Garisan jalan yang terang

c)

Mempunyai papan tanda yang lengkap

d)

Semua yang dinyatakan

16.

Manakah antara berikut merupakan sikap pengguna jalan raya yang akan membahayakan pengguna jalan raya yang lain?

a)

Memandu secara perlahan

b)

Memandu melebihi had laju

c)

Menghisap rokok sambil memandu

d)

Menggunakan lorong kecemasan ketika kecemasan

17.

Perbuatan yang tidak selamat (Unsafe Act) ketika melintas jalan

a)

Mengaru kepala

b)

Melihat kiri dan kanan selepas melintas

c)

Melintas secara melulu

d)

Melihat kiri dan kanan sebelum melintas