WorksheetsBiologi
Total questions: 10
Worksheet time: 2mins
Antara berikut, yang manakah bukan kesan daripada pembangunan yang tidak terancang?
Banjir kilat
Hakisan tanah
Suhu bumi rendah
Pencemaran udara
Apakah kesan peningkatan dalam suhu Bumi?
Gas klorofluorokarbon di atmosfera bertambah
Kesan rumah hijau dan pemanasan global
Kadar sejatan air meningkat dan aras laut menurun
Tanah mengering dan hasil tanaman merosot
Antara berikut kejadian manakah menyebabkan pencemaran terma?
Pengeluaran asap dari ekzos kenderaan
Pembuangan air panas dari kilang ke sungai
Pembuangan sampah sarap di merata tempat
Penggunaan herbisid yang berleluasa
Apakah yang ditunjukkan oleh nilai B.O.D yang tinggi?
Air mempunyai suhu rendah
Air mempunyai banyak bakteria, alga dan kulat
Kadar penguraian alga adalah rendah
Kandungan oksigen dalam air adalah tinggi
Yang manakah antara berikut dapat menukarkan bahan organik kepada sebatian bukan organik?
Pengguna primer
Pengguna tertier
Pengurai
Pengeluar
Dalam pengkolonian kawasan paya bakau, pokok bakau yang manakah didapati paling jauh daripada tebing lumpur?
Pokok Rhizophora sp
Pokok Bruguiera sp
Pokok Avicennia sp
Pokok Sonneratia sp
Antara berikut kepadatan populasi organisma yang manakah tidak sesuai ditentukan dengan menggunakan teknik persampelan kuadrat?
Rumput
Belalang
Pleurococcus sp
Anak benih tumbuhan
Ciri racun serangga moden yang manakah akan membantu mengekalkan pencemaran alam sekitar yang disebabkan oleh racun serangga itu pada paras terendah?
Sangat beracun
Diuraikan oleh bakteria tanah
Mudah dialirkan ke dalam tasik dan sungai
Terkumpul di dalam badan pemangsa
Pemerhatian eksperimen mendapati masa yang diambil oleh sampel air untuk melunturkan warna larutan metilena biru adalah sangat cepat.
Apakah penjelasan menerangkan pemerhatian eksperimen tersebut?
Air tidak tercemar kerana kandungan oksigen adalah tinggi
Air tidak tercemar kerana terdapat sedikit bakteria
Air tercemar kerana terdapat kandungan oksigen yang sedikit
Air tercemar kerana kehadiran kekurangan bahan organik
Rajah menunjukkan suatu interaksi.
Apakah interaksi tersebut?
Mangsa pemangsa
Parasitisme
Mutualisme
Komensalisme
