wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ulangkaji PT3 Bahasa Melayu

Total questions: 48

Worksheet time: 38mins

Name
Class
Date
1.

Dalam ayat dibawah, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Tulis jawapan yang betul. Anda tidak perlu menyalin semula ayat tersebut.


Setiap hari Aminah bangun dari tidur pada pukul 6.00 pagi.

(a)  

2.

Dalam ayat dibawah, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Tulis jawapan yang betul. Anda tidak perlu menyalin semula ayat tersebut.


Penggunaan pelbagai perencah termasuklah cili sos dapat menyedapkan rasa masakan.

(a)  

3.

Dalam ayat dibawah, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Tulis jawapan yang betul. Anda tidak perlu menyalin semula ayat tersebut.


"Sudah lama hamba menunggu kedatangan awak," kata Hang Nadim.

(a)  

4.

Dalam ayat dibawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan tulis jawapan yang betul. Anda tidak perlu menyalin semula ayat tersebut.


Remaja itu menonton basikal yang rosak itu ke sebuah bengkel.

(a)  

5.

Dalam ayat dibawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan tulis jawapan yang betul. Anda tidak perlu menyalin semula ayat tersebut.


Di negara-negara maju keretapi merupakan pengangkutan awal pilihan utama para penduduknya.

(a)  

6.

Dalam ayat dibawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan tulis jawapan yang betul. Anda tidak perlu menyalin semula ayat tersebut.


Ahmad berjanji untuk mengambil adiknya di stesyen bas Ipoh.

(a)  

7.

Tukarkan ayat aktif dibawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksudnya.


Ayah memanggil adik yang sedang bermain badminton di halaman rumah.

(a)  

8.

Tukarkan ayat aktif dibawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksudnya.


Kami menyiapkan semua tugasan yang telah diberikan oleh guru.

(a)  

9.

Tukarkan ayat aktif dibawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksudnya.


Pakar bedah telah menyampaikan taklimat ringkas tentang prosedur pembedahan kepada para doktor pelatih di hospital itu.

(a)  

10.

Dalam ayat dibawah terdapat satu kesalahan bahasa. Tulis jawapan yang betul. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


Aimy mempercepatkan langkahnya apabila terdengar bunyi anjing menyalak sewaktu pulang dari kelas tambahan pada petang semalam.

(a)  

11.

Dalam ayat dibawah terdapat satu kesalahan bahasa. Tulis jawapan yang betul. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


Ayah berasa sangat bertuah apabila terpilih untuk menerima sumbangan jentera itu dari Persatuan Kebangsaan Pekebun-pekebun Kecil Malaysia.

(a)  

12.

Dalam ayat dibawah terdapat satu kesalahan bahasa. Tulis jawapan yang betul. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


Ziyad melanggar pintu kaca ketika memasuki kedai itu kerana leka bermain dengan telefon bimbit baharunya.

(a)  

13.

Dalam ayat dibawah terdapat satu kesalahan bahasa. Tulis jawapan yang betul. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


Zayyan akan bantu neneknya memetik sayur di kebun apabila tiba cuti persekolahan.

(a)  

14.

Dalam ayat dibawah terdapat satu kesalahan bahasa. Tulis jawapan yang betul. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


Azrol menahan dirinya apabila dituduh memalsukan dokumen milik syarikatnya.

(a)  

15.

Dalam ayat dibawah terdapat satu kesalahan bahasa. Tulis jawapan yang betul. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


Denak merupakan salah seekor gajah liar yang berjaya dijinak oleh Aqif sejak dia bekerja di situ.

(a)  

16.
Pilih ejaan yang betul
a)
bumiputra
b)
bumiputera
c)
bumi putra
d)
bumi putera
17.
Pilih ejaan yang betul
a)
kartun
b)
katun
c)
karton
d)
kartoon
18.
Pilih ejaan yang betul
a)
kapitalisma
b)
kapitalism
c)
kapitalisme
d)
kapitalisman
19.
Pilih ejaan yang betul
a)
komisyen
b)
komision
c)
komesyen
d)
komisen
20.
Pilih ejaan yang betul
a)
insuren
b)
insurans
c)
insurens
d)
insuran
21.
Pilih ejaan yang betul
a)
impot
b)
imphort
c)
import
d)
empot
22.
Pilih ejaan yang betul
a)
faksimili
b)
faksimilli
c)
faksimile
d)
faksimille
23.
Pilih ejaan yang betul
a)
auto-matif
b)
automotif
c)
auto-motif
d)
automotive
24.
Pilih ejaan yang betul
a)
audiens
b)
audien
c)
audyens
d)
audean
25.
Pilih ejaan yang betul
a)
agreget
b)
agriget
c)
agregat
d)
agrigut
26.
Pilih ejaan yang betul
a)
arked
b)
aked
c)
arkid
d)
arkhed
27.
Pilih ejaan yang betul
a)
atlit
b)
atelit
c)
atlet
d)
atilit
28.
Pilih ejaan yang betul
a)
bufet
b)
buffet
c)
bafet
d)
baffet
29.

Para_______ tanah air telah dihantar ke negara Jepun untuk membantu mangsa gempa bumi dan tsunami.

a)

hartawan

b)

dermawan

c)

bangsawan

d)

sukarelawan

30.

Kebanyakan barang yang disimpan di dalam stor itu telah rosak_______ tikus.

a)

digerit

b)

digigit

c)

dikesip

d)

diketip

31.

Shafiq cuba mengubah kedudukan meja kayu itu_______ ruang tamu_______ ruang dapur rumahnya.

a)

dari......ke

b)

dari.....kepada

c)

daripada.....ke

d)

daripada.....kepada

32.

Kemunculan budaya K-Pop menyebabkan adat ketimuran semakin dilupakan oleh setengah-setengah generasi pada masa ini.

a)

ketimuran

b)

setengah-setengah

c)

pada

d)

Tiada kesalahan

33.

Masyarakat telah melakukan pelbagai cara untuk awet makanan supaya lebih tahan lama.

a)

pelbagai

b)

awet

c)

supaya

d)

Tiada kesalahan

34.

I Husin memikul baldi yang berisi air untuk dibawa pulang ke rumahnya kerana bekalan air terputus.

II Pihak ibu bapa diseru supaya memikul tanggungjawab mendidik anak-anak mereka dengan sempurna.

III Setiap rakyat hendaklah memikul hasrat kerajaan dalam usaha memperkukuh perpaduan kaum.

IV Pasukan keselamatan memikul senjata semasa acara perbarisan sambutan Hari Pahlawan.

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

I, II dan III

d)

II, III dan IV

35.

I Puan Salmiah suka memakai pakaian berwarna cerah ketika hadir ke majlis rasmi.

II Menurut Jabatan Meteorologi, cuaca pada hari esok diramal cerah.

III Pelajar berdisiplin mempunyai masa depan yang cerah.

IV Ramai pelajar gemar berkawan dengan Hasan kerana hatinya yang cerah.

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

I, II dan III

d)

II, III dan IV

36.

Halimah percaya benar bahawa anaknya tidak terbabit tuduhan jenayah kolar putih.

a)

sungguh percaya benar

b)

teramat percaya benar

c)

sangat percaya benar

d)

percaya benar

37.

Jawatankuasa Paralimpik Asia telah menganugerahkan atlet paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Puzi sebagai Atlet Para Terbaik Lelaki Asia.

a)

anugerahkan atlet paralimpik

b)

menganugerah atlet paralimpik

c)

menganugerahi atlet paralimpik

d)

menganugerahkan atlet paralimpik

38.

Pencemaran bahasa dapat dielakkan sekiranya semua pihak menggunakan bahasa Melayu dengan betul.

a)

Bahasa Melayu yang digunakan dengan betul dapat mengelakkan pencemaran bahasa

b)

Penggunaan bahasa Melayu yang betul dapat mengelakkan pencemaran bahasa semua pihak

c)

Semua pihak menggunakan bahasa Melayu dengan betul sekiranya pencemaran bahasa dapat dielakkan.

d)

Sekiranya semua pihak menggunakan bahasa Melayu dengan betul, pencemaran bahasa dapat dielakkan

39.

Sebagai warganegara Malaysia, kita perlu berpegang teguh pada prinsip Rukun Negara agar keamanan dan kemakmuran tanah air dpat dikekalkan.

a)

Keamanan dan kemakmuran tanah air dapat dikekalkan dengan adanya prinsip teguh Rukun Negara

b)

Rukun Negara merupakan pegangan teguh warganegara Malaysia untuk mengekalkan keamanan dan kemakmuran tabah air.

c)

Kita perlu berpegang teguh pada prinsip Rukun Negara sebagai warganegara Malaysia agar keamanan dan kemakmuran tanah air dapat dikekalkan

d)

Jika kita berpegang pada prinsip Rukun Negara keamanan dan kemakmuran negara mungkin akan dapat dikekalkan

40.

I Novel Salina karya Sasterawan Negara A. Smad Said telah dibaca oleh saya.

II Pak Abu menceritakan tentang pengalamannya menentang komunis.

III Layang-layang itu tersangkut di tiang telefon kerana diterbangkan angin.

IV Pekerja baharu kilang itu mempelajari cara pengendalian mesin daripada ketuanya.

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

I, II dan III

d)

II, III dan IV

41.

I Encik Ayob gembira apabila anaknya bersuamikan dengan lelaki pilihannya.

II "Patik menjunjung kasih atas perkenan Tuanku menyempurnakan upacara ini," kata pengacara majlis.

III Pelajar saling bertukar pendapat berkaitan isu yang diberi oleh guru.

IV Jalan raya di Malaysia adalah antara yang paling baik rantau Asia.

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

I, II dan III

d)

II, III dan IV

42.

Ali benar-benar berazam untuk memenangi pertandingan itu walaupun menyedari bahawa dia terpaksa bersaing dengan peserta-peserta lain yang hebat.

Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah

a)

ada hati

b)

bulat hati

c)

besar hati

d)

berat hati

43.

Walaupun sudah beberapa kali dinasihatkan oleh guru, Aiman tetap malas mengulang kaji pelajaranya.

Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah

a)

melepaskan batuk di tangga

b)

mencurah air ke daun keladi

c)

alang-alang berdakwat biar hitam

d)

dayung sudah di tangan, perahu sudah di air

44.

Beberapa buah kereta telah ____ oleh pokok yang tumbang itu selepas berlakunya hujan lebat.

a)

dihempap

b)

dihempas

c)

ditindih

d)

dihimpit

45.

Beliau mendapat________ daripada sultan kerana jasanya kepada masyarakat.

a)

hadiah

b)

sumbangan

c)

cendermata

d)

anugerah

46.

Gambar-gambar itu disiarkan dengan_______ Jabatan Penerangan.

a)

ehsan

b)

ihsan

c)

insan

d)

perkenan

47.

Rakyat negara ini dapat tinggal bersama-sama dan berasa serasi di antara satu sama lain pada peringkat sekolah, sekali gus memupuk perpaduan nasional.

a)

bersama-sama

b)

di antara

c)

sekali gus

d)

Tiada kesalahan

48.

Hanny dan rakan-rakannya tetap meneruskan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu walaupun menghadapi berbagai rintangan.

a)

pendakian

b)

walaupun

c)

berbagai

d)

Tiada kesalahan