Font size
WorksheetsLatihan Sumatif "Tiada Nyamuk Tiada Penyakit" PKT3
Total questions: 15
Worksheet time: 9mins
Pilih penyakit yang disebabkan oleh nyamuk aedes.
Demam Denggi
Demam Malaria
Demam Campak
Demam Panas
Pilih penyakit yang disebabkan oleh nyamuk tiruk.
Demam Campak
Penyakit Jantung
Demam Malaria
Kencing Manis
Pilih simptom bagi demam denggi dari senarai di bawah. (Boleh pilih lebih dari satu)
Sakit kepala
Demam panas
Menggigil
Sakit sendi
Husna telah dimasukkan ke hospital kerana penyakit demam denggi. Apakah simptom yang ditunjukkan Husna? (Boleh pilih lebih dari satu)
Cirit-birit
Loya dan muntah
Ruam pada kulit
Bengkak paru-paru
Pilih gambar yang menunjukkan simptom demam malaria.
Nadim disahkan terkena demam malaria. Apakah simptom yang dialami oleh Nadim? (Boleh pilih lebih dari satu)
Cirit-birit
Letih
Sakit sendi
Bengkak paru-paru
Nyamuk aedes dewasa membawa ___________ denggi.
bakteria
virus
kuman
demam
Nyamuk tiruk betina dewasa membawa __________ malaria.
bakteria
virus
kuman
parasit
Bagaimanakah demam denggi merebak?
Melalui sentuhan pada tubuh pesakit demam denggi.
Nyamuk aedes yang menggigit pesakit demam denggi dan seterusnya menggigit orang yang sihat.
Melalui wap air dari batuk yang dikeluarkan oleh pesakit demam denggi.
Melalui nyamuk tiruk yang menggigit pesakit demam malaria.
Bagaimanakah demam malaria boleh merebak?
Melalui nyamuk tiruk yang menggigit telah pesakit demam malaria.
Melalui sentuhan oleh pesakit demam malaria.
Melalui perbualan jarak dekat bersama pesakit demam malaria.
Melalui perkongsian alatan peribadi dengan pesakit demam malaria.
Bagaimanakah cara untuk mencegah pembiakan nyamuk? (Boleh pilih lebih dari satu)
Membiarkan sampah yang menakung air seperti botol air dan tempurung di sekitar rumah.
Membiarkan tempat takungan air sentiasa terbuka.
Melakukan pengabutan di kawasan sekitar rumah.
Menutup tong sampah.
Apakah tindakan kamu untuk mengelakkan pembiakan nyamuk di sekitar rumah?
Mengisi air ke dalam bekas yang dapat menakung air dan membiarkannya terbuka.
Membiarkan jentik-jentik hidup di dalam air bertakung.
Menutup bekas simpanan air yang mempunyai jentik-jentik di dalamnya.
Membersihkan bekas takungan air dengan kerap.
Apakah tindakan kamu sekiranya terdapat ahli keluarga kamu terkena penyakit demam denggi atau demam malaria?
Membuat gotong-royong untuk membersihkan kawasan pembiakan nyamuk di sekitar kawasan tempat tinggal.
Menunggu pihak berwajib mengeluarkan arahan untuk membersihkan kawasan rumah.
Membiarkan sahaja kawasan pembiakan nyamuk dan membiarkan lebih ramai ahli keluarga terkena demam denggi atau malaria.
Berkuarantin di dalam rumah.
Dari senarai di bawah, apakah bahan yang sesuai yang digunakan untuk menyebarkan maklumat berkaitan cara mencegah pembiakan nyamuk ? (Boleh lebih dari satu)
Memarahi orang yang tidak mengamalkan cara mencegah dengan betul.
Menggunakan poster sebagai bahan penyampai maklumat.
Menasihati individu yang tidak mencegah pembiakan nyamuk di sekitar rumahnya.
Memulaukan individu yang tidak mencegah pembiakan nyamuk di sekitar rumahnya.
Sekiranya kamu disuruh untuk menyebarkan maklumat tentang cara mencegah pembiakan nyamuk, pilih satu kaedah yang kamu boleh untuk gunakan dari senarai di bawah.
Membuat video kesedaran tentang cara mencegah tempat pembiakan nyamuk.
Membuat poster dan menyebarkannya.
Menyebarkan mesej tentang cara mencegah pembiakan nyamuk melalui media sosial seperti Facebook.
Membuat pidato umum tentang kepentingan mencegah pembiakan nyamuk.
