NEW
Font size
Worksheetskesalahan bahasa tingkatan 1
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.
Negara yang aman dan politik yang stabil akan menarik minat..........................................asing untuk melabur.
penjaga
pengusaha
pelabur
warga
“..................................akan ingat nasihat cikgu sampai bila-bila,” kata Paulina kepada gurunya.
Kita
Saya
Kami
Aku
Penduduk kampung pun menangkap pencuri itu.............................mengikat tangannya.
sebelum
lantas
sambil
tetapi
Sarah yang tewas dalam pertandingan pidato itu mungkin ............................dapat menerima kekalahannya kerana wajahnya tidak semuram tadi.
belum
sudah
dapat
pernah
Bahagian yang bergaris dalam ayat mungkin mengandungi kesalahan. pilih jawapan yang paling tepat.
Nelayan itu memikul sebidang jala di bahunya sambil membawa sebotol air menuju ke sebuah sampan yang terikat di tepi sungai. Tiada kesalahan.
sebidang
sebotol
sebuah
Tiada kesalahan.
Baju hujan yang saya pinjam daripada Azimah sudah saya pulangkan kepada adiknya di petang semalam. Tiada kesalahan.
daripada
kepada
di
Tiada kesalahan
Pesta Wau Antarabangsa kali yang keempat itu disertai oleh berapa buah negara Asean yang mempamerkan pelbagai jenis wau dari Negara mereka.Tiada kesalahan.
keempat
berapa
pelbagai
Tiada kesalahan
Saya berasa seram apabila berada di banglo yang besar itu kerana ada peristiwa ajaib pernah berlaku. Tiada kesalahan.
seram
besar
ajaib
Tiada kesalahan
Pihak FAMA turut memasarkan segala hasil-hasil pertanian penduduk di kawasan luar bandar.
Semua hasil-hasil pertanian
Segala hasil pertanian-pertanian
Semua hasil pertanian
Segala hasil-hasil pertanian
Wanita tua itu begitu yakin benar bahawa anaknya akan pulang pada suatu hari nanti.
Wanita tua itu benar yakin sangat
Wanita tua itu sangat yakin benar
Wanita tua itu yakin benar
Wanita tua begitu yakin benar
Fenomena El-Nino telah menyebabkan ____________ di negara kita mengalami jerebu yang teruk.
lalu lintas
jalan raya
suhu panas
ruang udara
Tetamu yang menghadiri kenduri di rumah Pak Mahat ________ ketika makan di ruang tamu.
beratur
berlunjur
bersimpuh
bertingguh
Guru yang ditempatkan di sekolah pedalaman hendaklah memiliki sifat yang _______ apabila menjalankan tugas.
tegas
teguh
kuat
kental
Johari hanya terpinga-pinga _________ Cikgu Azhar menanyakan soalan Matematik kepadanya.
sejak
kerana
dengan
apabila
Mamat ingin berhijrah ke bandar tetapi tidak kesampaian kerana ibunya berhasrat supaya dia berkahwinkan dengan gadis pilihannya. Tiada kesalahan.
berhijrah
berhasrat
berkahwinkan
tiada kesalahan
Habis pakaiannya ________________akibat digigit oleh anjing yang garang itu.
compang-camping
comot-momot
koyak-rabak
serbah-serbih
Kerana sering kali _________________dirinya sebagai anak orang berada, dia kini dipulaukan oleh beberapa orang rakan sekelasnya.
membesar
memperbesarkan
memperbesar
membesar-besarkan
Ayah menghadiahi ibu seutas rantai yang teramat cantik sekali sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
menghadiahi ibu seutas rantai yang amat cantik sekali
menghadiahkan ibu seutas rantai yang amat cantik sekali
menghadiahkan ibu seutas rantai yang teramat cantik sekali
menghadiahi ibu seutas rantai yang teramat cantik sekali
