Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PBD Sejarah Tahun 4

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Sejarah bermaksud__________.

a)

peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa lampau

b)

peristiwa pada zaman dahulu

c)

perbuatan manusia pada masa akan datang

d)

segala bahan bacaan yang boleh didapati di semua kedai buku

2.

Sumber pertama sejarah termasuklah?

a)

akhbar, fosil dan tembikar

b)

fosil, manuskrip dan artifak

c)

artifak, tembikar dan buku

d)

buku, akhbar dan majalah

3.

Temubual merupakan pencarian maklumat sejarah melalui kaedah

a)

arkeologi

b)

bertulis

c)

lisan

d)

carigali

4.

Zaman Sebelum Masihi merupakan

a)

zaman bermulanya sejarah

b)

zaman berakhirnya sejarah

c)

zaman sebelum kelahiran Nabi Isa a.s

d)

zaman selepas kelahiran Nabi Isa a.s

5.

Tujuan belajar sejarah adalah agar kita dapat

a)

menjadikan peristiwa lampau sebagai iktibar dan semangat untuk kita mencipta kejayaan masa kini.

b)

mengenal masa lampau

c)

supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang sama

d)

supaya cemerlang dalam peperiksaan

6.

Berikut merupakan butiran yang boleh didapati dalam sijil kelahiran kecuali

a)

nama

b)

tarikh lahir

c)

nama ibu

d)

cita-cita

7.

Suraya tinggal di Taman Impian bersama ibu dan ayahnya. Dia tidak mempunyai adik-beradik yang lain. Dia merupakan _______________.

a)

anak buah

b)

anak sulung

c)

anak tunggal

d)

anak bongsu

8.

Apakah yang harus dilakukan oleh Danish apabila bertemu datuk dan neneknya?

a)

bersalam

b)

diam

c)

tunduk

d)

meninggikan suara

9.

Timbunan besar ais yang bergerak perlahan-lahan menuruni cerun atau merebak ke permukaan laut dikenali sebagai

a)

salji

b)

awan

c)

glasier

d)

hujan

10.

Apakah maksud nombor lima angka pada alamat rumah anda?

a)

Poskod

b)

Poskad

c)

Nama jalan

d)

Nama negeri

11.

Menurut Ibn Khaldun, sejarah menceritakan hal tentang ___________.

a)

manusia dan alam sekitar

b)

manusia, haiwan dan tumbuhan

c)

manusia dan Tuhan yang menciptakan alam

d)

manusia dan perubahan yang berlaku

12.

Keluarga asas terdiri daripada ____________.

a)

ayah, ibu dan anak-anak

b)

datuk, nenek dan cucu

c)

ibu saudara, ayah saudara dan sepupu

d)

ayah, ibu, datuk dan nenek

13.

Bilakah garis masa Zaman Mesolitik telah berlaku?

a)

200 000 (SM)

b)

14 000 (SM)

c)

4000 (SM)

d)

700 (SM)

14.

Apakah yang dimaksudkan dengan Zaman Air Batu ?

a)

Bumi ditimpa hujan berterusan

b)

Permukaan bumi dilitupi oleh air batu yang tebal

c)

Bumi dilanda kemarau yang panjang

d)

Bumi gelap kerana cahaya matahari tidak dapat menembusi bumi

15.

Pencairan air batu yang berterusan akan menyebabkan kejadian berikut kecuali

a)

Terbentuk pulau-pulau

b)

Aras air laut meningkat

c)

Gempa bumi

d)

Perubahan suhu

16.

Perubahan Zaman Air Batu Akhir memberi kesan yang berikut kecuali

a)

Bentuk fizikal bumi yang baharu

b)

Kepupusan haiwan

c)

Petempatan manusia

d)

Kemajuan ekonomi setempat

17.

Antara berikut, merupakan pemungutan hasil laut dan hutan bagi kegiatan ekonomi Kerajaan Melayu awal kecuali

a)

Gaharu

b)

Kapur barus

c)

Teripang

d)

Relau

18.

Apakah ciri-ciri seorang tokoh terbilang?

a)

Pandai berdebat

b)

Berkorban untuk negara

c)

Tidak berpengetahuan

d)

Kurang gigih

19.

Kerajaan Kedah Tua terletak di Pangkalan Lembah Bujang. Pangkalan Lembah Bujang terletak di negeri _________.

a)

Perak

b)

Kelantan

c)

Perlis

d)

Kedah

20.

Di manakah lokasi Kerajaan Chih-Tu?

a)

Pantai barat bahagian tengah Tanah Melayu

b)

Sungai Musi

c)

Tanah Merah

d)

Sungai Brantas