wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Unit 9 - Pendidikan Moral Tingkatan 4

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud perpaduan?

a)

Menghargai dan memuliakan seseorang serta menghormati peraturan institusi sosial.

b)

Sifat yang wajar seperti bertimbang rasa, tolong-menolong dan bersimpati yang perlu dimiliki oleh setiap manusia.

c)

Proses menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga terhadap tanah air.

d)

Sifat utama yang melahirkan jati diri produktif dan berkualiti dalam setiap perlakuan.

2.

Yang berikut merupakan antara contoh amalan perpaduan di Malaysia, kecuali

a)

Keselamatan penduduk

b)

Aktiviti patriotik dan kesukarelawanan

c)

Kelestarian alam

d)

Kerosakan akhlak dalam kalangan anggota keluarga

e)

Majlis keramaian

3.

Agensi kerajaan yang bertanggungjawab memupuk semangat perpaduan.

a)

Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (Jabatan Perdana Menteri)

b)

Rukun Tetangga

c)

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

d)

Jabatan Penerangan Malaysia

4.

Apakah kepentingan amalan perpaduan dalam masyarakat majmuk?

a)

Rakyat dapat menikmati pelbagai kemudahan yang berkualiti.

b)

Mengekalkan kedaulatan dan keselamatan negara.

c)

Rakyat dapat hidup dalam suasana harmoni.

d)

Mengukuhkan ekonomi negara.

e)

Meningkatkan keyakinan pelabur asing.

5.

Usaha mewujudkan dan mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di negara kita sentiasa menjadi agenda utama kerajaan. Namun demikian, pelbagai cabaran tetap menjadi kekangan dalam usaha membina masyarakat yang bersatu padu. Apakah cabaran tersebut?

a)

Penyebaran maklumat palsu dan negatif

b)

Penguasaan bahasa kebangsaan yang lemah

c)

Kurang menerima, menghormati dan mengurus

d)

Kurangnya pemahaman agama dan kebudayaan kaum lain

6.

Apakah cara mengukuhkan perpaduan kaum?

a)

Menghayati prinsip Rukun Negara

b)

Mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan kaum lain

c)

Mengenali adat resam dan budaya kaum lain

d)

Menghormati budaya kaum lain

e)

Menjaga sensitiviti pelbagai kaum

7.

Apakah kesan jika perpaduan kaum tidak wujud?

a)

Keadaan negara aman damai

b)

Perpecahan kaum

c)

Tidak akan berlaku pertelingkahan antara kaum

d)

Keamanan negara terjejas

e)

Berlakunya prasangka antara kaum

8.

Tindakan rakyat yang boleh menjejaskan perpaduan kaum ialah

a)

Menghormati budaya kaum lain

b)

Menyentuh isu-isu sensitif

c)

Menjaga keamanan negara

d)

Mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan kaum lain

e)

Menyertai aktiviti yang boleh memecahbelahkan perpaduan kaum

9.

Perpaduan ialah penyatuan masyarakat yang membentuk satu ________________________ dan nilai bersama

a)

identiti nasional

b)

identiti istimewa

c)

identiti peribadi

d)

identiti eksklusif

10.

Bagaimanakah anda berperanan untuk membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum?

a)

Memandang rendah golongan miskin

b)

Menimbulkan pergaduhan antara kaum

c)

Menghadiri gotong-royong kawasan perumahan

d)

mengunjungi rumah rakan semasa sambutan hari perayaan