wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tatabahasa Latihan 2

Total questions: 70

Worksheet time: 36mins

Name
Class
Date
1.

Para pelajar tingkatan satu ditugaskan mengutip __________ kering di sekitar padang sekolah.

a)

kekabu

b)

dedaun

c)

lelayang

d)

jejari

2.

Rumah Farah terletak di ________ sekolah dan pasar raya

a)

sisi

b)

atas

c)

sudut

d)

antara

3.

________ majlis sambutan hari lahir Ah Meng lancar dan meriah

a)

Atur cara

b)

Susun atur

c)

Daya usaha

d)

Usaha dalam

4.

Siti ________ badan kucing kesayangannya yang sedang tidur lena itu.

a)

membelek-belek

b)

memintal-mintal

c)

mengusap-usap

d)

menggoyang-goyang

5.

Pakaian peminta sedekah itu ______ dan berbau busuk.

a)

calar-balar

b)

incang-incut

c)

comot-momot

d)

compang-camping

6.

Ayah membeli beberapa ________ buku dari kedai itu.

a)

papan

b)

petak

c)

rangkap

d)

naskhah

7.

Kakak Wendy menghadiahkan __________ gelang dan ________ cincin kepada ibunya.

a)

sebiji ... ... seutas

b)

sebuah ... ... seurat

c)

seurat ... ... sebentuk

d)

sehelai ... ... sebentuk

8.

Rumah Farah terletak di ________ sekolah dan pasar raya

a)

sisi

b)

atas

c)

sudut

d)

antara

9.

1. Pemenang program realiti TV19 telah menerima sebuah kereta __________.

a)

Sony

b)

Nokia

c)

Inspira

d)

Panasonic

10.

4. Bumbung kereta Taufiq kemik akibat ditimpa ____________ pokok yang gugur dalam ribut tersebut.

a)

dedahan

b)

pepohon

c)

reranting

11.

7. Kelulusan SPM dengan cemerlang dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Fizik dan Matematik merupakan salah satu __________ permohonan juruterbang kadet pelatih.

a)

tatacara

b)

proaktif

c)

prasyarat

12.

9. Pilih ayat yang betul.

a)

Labu sayung itu adalah labu yang menghasilkan air yang sejuk..

b)

Tabiat minum air adalah untuk membantu proses penghadaman.

c)

Encik Muin adalah dermawan yang berjasa kepada rakyat.

13.

Ayah berlari ________ kawasan tebing sungai apabila beliau mendengar sayup-sayup suara orang meminta tolong.

a)

A. di

b)

B. ke

c)

C. pada

d)

D. kepada

14.

"Telefon pintar milik murid lelaki yang dirampas semalam telah __________ serahkan kepada Pengetua untuk diambil tindakan selanjutnya," kata Cikgu Khalid.

a)

A. dia

b)

B. saya

c)

C. beliau

d)

D. mereka

15.

Pada mulanya, kakak berasa agak _________ untuk menyesuaikan diri dengan anggota keluarga sebelah suaminya.

a)

A. pelik

b)

B. takut

c)

C. ganjil

d)

D. kekok

16.

Hazwan memandu kereta ke rumah bapa saudaranya di Ipoh _________ navigasi Sistem Kedudukan Sejagat (GPS).

a)

A. beralaskan

b)

B. berpandukan

c)

C. berlandaskan

d)

D. bersandarkan

17.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan yang berhuruf condong dengan betulnya.

I Rumah buruk itulah tempat keluarganya berlindung

selama ini.

II Majikan yang berlindung pendatang asing tanpa izin akan

didakwa di mahkamah.

III Pandangannya berlindung oleh pokok besar yang

terdapat di hadapan bangunan itu.

IV Beberapa orang penunggang motosikal sedang

berlindung di bawah jambatan ketika hujan lebat.

a)

A. I dan IV

b)

B. II dan IV

c)

C. I, II dan III

d)

D. II, III dan IV

18.

" ________ hendak ke mana pagi-pagi begini ?" tanya Puan Diana Kepada anaknya.

a)

A. Anda

b)

B. Awak

c)

C. Kamu

d)

D. Tuanku

19.

Sekembalinya dari pejabat, Syahir berehat di ruang tamu sambil _______ kaki.

a)

A. melunjurkan

b)

B. menyusunkan

c)

C. memanjangkan

d)

D. menyimpuhkan

20.

Puan Hasnita tergesa-gesa ke hospital setelah menerima panggilan kecemasan ___________ pengasuh anaknya.

a)

A. dari

b)

B. pada

c)

C. kepada

d)

D. daripada

21.

Dalam sidang media tersebut, Menteri Besar Pahang ________ kemangkatan Sultan Ahmad Shah pada pagi tadi.

a)

A. merasmikan

b)

B. menyebarkan

c)

C. menerangkan

d)

D. mengumumkan

22.

Para pengguna telefon pintar buatan China itu mulai _________ kerana telefon berkenaan tidak dapat mengakses beberapa peranti lagi.

a)

A. malu

b)

B. panik

c)

C. bosan

d)

D. curiga

23.

Pihak berkuasa menyerbu _________ itu kerana para peniaga menjual barang-barang tiruan.

a)

A. pasar tani

b)

B. pasar raya

c)

C. pasar gelap

d)

D. pasar borong

24.

Ayuni __________ pokok di halaman rumahnya supaya dapat membantu tumbesaran anak pokok yang ditanamnya.

a)

mencurah

b)

merenjis

c)

menyimbah

d)

menyiram

25.

pilih dua yang tepat

a)

Mereka lalu kawasan perkuburan untuk sampai ke kampung tersebut.

b)

Aniss kelihatan lalu apabila diusik oleh sekumpulan anak muda.

c)

Nisa masuk ke bilik lalu menutup pintu sebelum dia tidur.

d)

Ibu saya tidak lalu makan kerana dia sudah seminggu demam.

26.

pilih ayat-ayat yang tepat

a)

Kita harus mencari jalan untuk menyelesaikan masalah tanah pusaka itu.

b)

Kerja-kerja pembaikan jambatan itu akan jalan pada bulan hadapan.

c)

Fairul meniti jalan tersebut untuk menyeberangi sungai itu.

d)

Jalan yang menghubungkan kawasan bandar dengan kawasan pedalaman itu berlubang-lubang dan sangat berbahaya

27.

Pemilik syarikat penerbitan itu tidak disukai oleh para pekerjanya kerana bermulut becok.

Keadaan ini diumpamakan seperti peribahasa

a)

rosak bawang ditimpa jambak.

b)

sebab budi boleh kedapatan.

c)

bagai murai dicabut ekor.

d)

bagaikan helang hendak menerkam tikus.

28.

Pembangunan pesat ekonomi negara menjadikan Malaysia sudah mampu bersaing dengan negara maju yang lain ibarat _________________.

a)

ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.

b)

hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

c)

.

mencegah lebih baik daripada mengubati.

d)

duduk sama rendah berdiri sama tinggi.

29.

Doktor sedang memeriksa keadaan __________ telinga Lukman di bilik rawatan.

a)

ge-gendang

b)

gegendang

c)

gendang

30.

Murid kelas 1 Flora _______ sebelum pulang bercuti panjang.

a)

bersalam

b)

bersalam salaman

c)

bersalam-salaman

31.

Kawasan perkuburan itu _________ pada waktu malam kerana tiada lampu jalan.

a)

gelap-gelita

b)

gelap gulita

c)

gelap gelita

32.

Naqeeeb sedang membaca buku dengan tekun.

a)

FN+FA

b)

FN+FK

33.

Sufian Suhaimi ke Kuala Kangsar untuk membuat persembahan solo.

a)

FN+FSN

b)

FN+FK

34.

Anak-anak muda sanggup _____ mata untuk melayari laman sosial seperti facebook, Instagram dan Twitter dengan menggunakan telefon pintar sehingga awal pagi.

a)

bertegang

b)

bersengkang

c)

berkedip

d)

berkelip

35.

“_____, segaknya awak pada malam ini!” puji Thalia kepada tunangnya yang memakai kemeja berwarna biru muda.

a)

Nah

b)

Amboi

c)

Syabas

d)

Aduhai

36.

PILIH 2️⃣ AYAT YANG BETUL


I Pengarah filem yang terkenal itu mangkat kerana lemas di Sungai Hulu Tembeling, Pahang.

II Yang di-Pertuan Agong bersetuju untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama rakyat jelata.

III Tuan Puteri Kesuma Dewi ke kamarnya untuk beradu

IV Jenazah ayahanda Sultan Kelantan selamat dimakamkan di Makam Diraja Langgar, Kota Bharu.

a)

I

b)

II

c)

III

d)

IV

37.

Ramai murid kelas itu ........menyiapkan tugasan guru yang diberikan sempena penutupan sekolah akibat PKPB dengan memberikan pelbagai alasan.

a)

bukan

b)

tidak

38.

Sebagai murid, kita perlu bijak merencanakan setiap tindakan supaya kehidupan kita teratur dan selamat kerana ____________.

a)

masa itu emas

b)

cegah sebelum parah

c)

biar lambat asalkan selamat

d)

bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

39.

"________perlu mengurangkan aktiviti sampingan memandangkan Pentaksiran Tingkatan 3 akan menjelang tidak lama lagi," pesan Cikgu Halisah kepada kami.

a)

Kita

b)

Anda

c)

Kalian

d)

Mereka

40.

Keadaan angin kencang menyebabkan api __________ dengan pantas di rumah yang sedang terbakar itu.

a)

menular

b)

merebak

c)

bertambah

d)

berkembang

41.

Novel "Salina " karya __________ A. Samad Said telah diterjemahkan kepada beberapa bahasa asing.

a)

seniman

b)

karyawan

c)

sasterawan

d)

cendekiawan

42.

Hasil __________ mengejut yang dilakukan oleh pihak lembaga disiplin sekolah, terdapat beberapa orang murid yang menyimpan telefon bimbit di dalam beg masing-masing.

a)

penilaian

b)

pemilihan

c)

pengamatan

d)

pemeriksaan

43.

Demi kejayaan anak-anaknya dalam pelajaran, Pak Salam bukan sahaja sanggup berkorban tenaga, ____________ lebih daripada itu.

a)

padahal

b)

bahkan

c)

mahupun

d)

sekalipun

44.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

a)

Penyanyi itu menyanyi dengan kemas sekali sehingga memukau penonton.

b)

"Bilik ini sudah saya kemas semalam,"kata Zairi kepada kakaknya.

45.

Pengetua akan berbincang tentang lain-lain perkara yang berkaitan dengan disiplin murid dalam mesyuarat guru.

a)

berbincang tentang lain perkara

b)

berbincang tentang perkara-perkara lain

c)

membincangkan tentang perkara-perkara lain

d)

Tiada kesalahan

46.

Perjalanan dari Ipoh ke Pulau Pinang mengambil masa selama dua suku jam.

a)

sepanjang dua suku jam

b)

selama dua jam suku

c)

selama jam dua suku

d)

Tiada kesalahan

47.

Pilih ayat-ayat yang betul.

a)

Datanglah berjumpa dengan saya pada bila masa jika kamu berkesempatan.

b)

Sikap Nora yang suka bermuka-muka itu menyebabkan dia tidak mempunyai banyak kawan.

48.

Pilih ayat-ayat yang betul.

a)

Antara acara yang menarik pada malam itu ialah persembahan tarian zapin.

b)

Segelintir ahli-ahli masyarakat tidak prihatin tentang kebersihan alam sekitar.

49.

Pilih peribahasa yang paling sesuai.


Tindakan Aiman yang menceritakan keburukan tingkah laku ahli keluarganya samalah seperti

a)

tiada beban batu digalas

b)

membuka pekung di dada

c)

mengangkat bendera putih

d)

besar pasak daripada tiang

50.

Peserta kelima-lima yang akan muncul dalam pertandingan syarahan ini sebentar lagi dari negeri Terengganu.

a)

Kesalahan : kelima-lima

Pembetulan : kelima

b)

Kesalahan : dalam

Pembetulan : di dalam

c)

Kesalahan : dari

Pembetulan : daripada

51.

RTM dan TV3 akan ____________ siaran langsung perlawanan akhir Piala Malaysia pada pukul 8.00 malam nanti.

a)

menonton

b)

menyiarkan

c)

melaporkan

d)

memberitahu

52.

Setelah menamatkan ____________ di universiti kelak, Syafiq berhasrat untuk membuka sebuah syarikat di bandar.

a)

pendidikan

b)

pengajaran

c)

perguruan

d)

pengajian

53.

Pihak Majlis Perbandaran Teluk Intan bercadang untuk ____________ jambatan yang telah rosak itu.

a)

memperbaikkan

b)

perbaikan

c)

membaiki

d)

kebaikan

54.

Para pelajar boleh bertemu dengan kaunselor sekolah pada ____________ masa.

a)

bila

b)

apa-apa

c)

bila-bila

d)

mana-mana

55.

Adik __________ di bawah katil apabila dikejar oleh ibu selepas dia memecahkan pasu antik milik ibu.

a)

menyusur

b)

menyusup

c)

menusuk

d)

menyusul

56.

Perhatian yang lebih serius oleh pihak kerajaan perlu diberikan kepada pengguna jalan raya untuk mengurangkan __________ kemalangan.

a)

tahap

b)

kadar

c)

takat

d)

aras

57.

Nyatakan pola ayat bagi ayat berikut.


Beliau merupakan pengetua baru di sekolah itu.

a)

FN + FN

b)

FN + FK

c)

FN + FA

d)

FN + FS

58.

Nyatakan pola ayat bagi ayat berikut.


Guru sedang mengajar di dalam kelas.

a)

FN + FN

b)

FN + FK

c)

FN + FA

d)

FN + FS

59.

Nyatakan pola ayat bagi ayat di bawah.


Pokok durian itu di belakang rumah.

a)

FN + FN

b)

FN + FK

c)

FN + FA

d)

FN + FS

60.

Mak Timah melilau mencari anak bongsunya yang tidak kelihatan __________ tadi di sekeliling rumah.

a)

sejak

b)

daripada

c)

pada

d)

hingga

61.

Jimmy membuat laporan polis setelah beberapa kali __________ oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

a)

diminta

b)

disuruh

c)

diugut

d)

diarah

62.

Dalam perjalanan pulang dari bermain, Aizad tersepak akar kayu lalu jatuh .............

a)

tersembam

b)

terpelanting

c)

tercampak

d)

terguling

63.

Para penyokong pasukan bola sepak SMK Kamunting berasa cemas kerana peluang pasukan mereka untuk memenangi pertandingan itu semakin.....................

a)

getir

b)

runcinng

c)

tipis

d)

genting

64.

Bantuan yang diberikan oleh kerajaan .....................dapat meringankan beban mangsa gempa bumi itu.

a)

seelok-eloknya

b)

sebaik-baiknya

c)

setidak-tidaknya

d)

seboleh-bolehnya

65.

Nelayan-nelayan itu sedang sibuk mengisi air ke dalam tong-tong yang mengandungi ikan.

a)

mengisi air dalam

b)

mengisikan air di dalam

c)

mengisikan air ke dalam

d)

mengisi air ke dalam

66.

Peribahasa yang berikut membawa maksud orang yang pulang ke tempat asal setelah merantau jauh KECUALI

a)

seperti itik pulang petang

b)

seperti belut pulang ke lumpur

c)

tak sungguh seluang melaut, akhirnya pulang ke tepi jua

d)

berapa tinggi terbangnya bangau, akhirnya hinggap ke belakang kerbau juga.

67.

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj digelar Bapa Kemerdekaan kerana ___ banyak berjasa ke arah kemerdekaan Tanah Melayu.

a)

ia

b)

dia

c)

baginda

d)

beliau

68.

Perniagaan Encik Chong telah ___ kerana kemelesetan ekonomi negara.

a)

putih mata

b)

gulung tikar

c)

hancur lebur

d)

pindah tangan

69.

Pekerja itu dipecat kerana meniru ____ ketua pengarah syarikat untuk meluluskan peruntukan sebanyak RM 500 000.

a)

tandatangan

b)

tanda tangan

c)

cop

d)

cap

70.

Betulkan frasa yang bergaris bagi ayat berikut :


Tiap warganegara Malaysia perlu menguasai bahasa kebangsaan.

a)

Tiap-tiap warganegara-warganegara

b)

Tiap-tiap warganegara

c)

Setiap orang warganegara

d)

Tiap warganegara