wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Ke Arah Mana Kita Menyeru Manusia (part 1)

Total questions: 15

Worksheet time: 24mins

Name
Class
Date
1.

Hingga ke detik ini, adakah anda sudah mengkhatamkan bacaan Risalah "Ke Arah Mana Kita Menyeru Manusia"?

a)

Belum mula baca

b)

Kurang separuh baca

c)

Sudah separuh baca

d)

Lebih separuh baca

e)

Alhamdulillah, sudah khatam

2.

Tahun bilakah Risalah 'Ke Arah Mana Kita Menyeru Manusia' ini ditulis?

a)

1928

b)

1932

c)

1934

d)

1938

3.

Apakah 2 faktor yang dikenalpasti yang menyebabkan sidang pendengar tidak sedikitpun memahami apa yang Ikhwanul Muslimin sampaikan/ucapkan?

a)

Kurang dalil daripada Al-Quran atau hadith

b)

Miqyaz (ukuran) yang digunakan ketika berucap berbeza

c)

Ucapan yang disampaikan tidak praktikal

d)

Ucapan yang agak mengelirukan atau kabur

4.

Apakah ukuran (المقياس ) yang digunakan oleh Ikhwanul Muslimin dalam menyampaikan dakwah mereka?

a)

Hawa nafsu

b)

Pandangan Ulama' Al-Azhar

c)

Kitabullah

d)

Pengalaman berdakwah

5.

Apakah antara matlamat hidup yang diburu manusia yang dinyatakan di dalam Al-Quran? (Boleh pilih lebih daripada 1 jawapan)

a)

Hiasan dan kesenangan hidup yang fana'

b)

Makan dan berseronok

c)

Mewujudkan huru-hara, mencetus suasana tidak selamat dan tidak aman

d)

Memimpin manusia ke arah jalan yang benar

6.

"Celakalah hamba dinar, hamba dirham, hamba qatifah"


Nyatakan pengajaran/kenyataan yang sesuai mengenai Hadis di atas.

(Boleh pilih lebih daripada 1 jawapan)

a)

Jiwa dan roh haruslah bebas merdeka daripada kehambaan dunia

b)

Bersih daripada kongkongan syahwat dan nafsu.

c)

Para salafussoleh mengutamakan nasab Allah.

d)

Hubungan dengan Allah lebih memberikan anda kehebatan dan kemuliaan.

7.

Apakah sumber kewangan yang diperolehi oleh Ikhwanul Muslimin dalam menjalankan kerja dakwah mereka?

a)

Kutipan derma orang awam

b)

Wang pendapatan Ikhwanul Muslimin

c)

Sumbangan pemerintah

d)

Pemberian ibu bapa

8.

Siapakah sahabat yang terkenal dengan kata-kata berikut:


"Bapaku adalah Islam, aku tiada bapa selainnya ketika mereka berbangga dengan Qais atau Tamim"

a)

Zaid bin Harithah

b)

Tsabit bin Qais

c)

Muhajjir Ummul Qais

d)

Salman Al-Farisi

9.

Apakah dalil yang dipegang oleh Ikhwanul Muslimin sebagai 'sumber kuasa yang terhebat'?

(Boleh pilih lebih daripada 1 jawapan)

a)

2 : 276

b)

3 : 160

c)

3 : 173

d)

30 : 39

10.

"Impian semalam dan kenyataan hari ni"


Kata-kata ini menuntut kita supaya bersabar bersama Islam kerana apa yang kelihatan hari ini mengelirukan dan agak jauh, namun pada generasi silam ia tampak jelas dan nyata.


Keterangan ini adalah...

a)

Benar

b)

Salah

11.

Berikut merupakan tanggungjawab muslim yang digariskan oleh Allah dalam sepotong ayat Al-Quran

(QS Al-Hajj, 22: 77 - 78) berikut, KECUALI:

a)

Kita diperintahkan agar melakukan kebaikan dan dilarang melakukan kejahatan

b)

Setiap muslim perlu melakukan tanggungjawab ini secara berseorangan dan bukannya secara berkumpulan

c)

Kita hendaklah melakukan kebaikan menurut kemampuan kita

d)

Allah memerintahkan umat Islam agar rukuk, sujud dan mendirikan solat yang merupakan induk ibadah, tiang agama Islam dan imej Islam yang ketara

12.

Mengapakah para sahabat dan mereka yang dipilih Allah disifatkan sebagai,

"Rahib di malam hari, pejuang di siang hari"?


(Boleh pilih lebih daripada 1 jawapan)

a)

Pada malam hari mereka berdiri di mihrab, mengusap janggut, mulut terkumat-kamit dan menangis sayu

b)

Pada malam hari mereka menyendiri di mihrab dan tidak melayan manusia lain

c)

Pada siang hari, mereka bekerja untuk menjana pendapatan hidup

d)

Pada siang hari, mereka memacu kuda memenuhi medan pertempuran

13.

Dasar Islam adalah menakluki/membuka sesuatu kawasan untuk tujuan bimbingan dan pengislahan diri.


Nyatakan tertib tindakan yang dilakukan oleh pasukan Islam ketika mengajak manusia kepada Islam.


I. Berperang

II. Membayar jizyah

III. Tawaran memeluk Islam

a)

I, II, III

b)

II, I, III

c)

III, II, I

d)

III, I, II

14.

Apakah aspek-aspek yang perlu dimiliki oleh setiap jiwa muslim dalam pembentukan dan pembinaan sesebuah bangsa dan memperjuangkan sesebuah prinsip?

(Boleh pilih lebih daripada 1 jawapan)

a)

Kerjasama padu

b)

Kemahuan tinggi

c)

Kesetiaan sejati

d)

Pengorbanan agung

e)

Memahami prinsip

15.

Berikut merupakan faktor-faktor umat Islam terjebak dengan penyakit 'wahn' (cintakan dunia dan bencikan/takutkan mati), KECUALI:

a)

Jiwa lemah

b)

Hati tidak berdaya

c)

Lahir sifat kejantanan sebenar

d)

Tiada akhlak mulia