wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Kata Ganda Berentak

Total questions: 20

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Pengemis yang berpakaian ______________ itu menggaru kepalanya sambil mencari sisa-sisa makanan di tong sampah.

a)

kusut-masai

b)

compang-camping

c)

calar-balar

d)

remeh-temeh

2.

Encik Kumar memerhatikan anak-anaknya yang sedang seronok ber______________ di sungai itu.

a)

lintang-pukang

b)

mundar-mandir

c)

mandi-manda

d)

desas-desus

3.

Sifat ______________ yang ditunjukkan oleh tuan rumah itu menyenangkan hati para tetamu yang hadir di majlis itu.

a)

ramah-tamah

b)

remeh-temeh

c)

serta-merta

d)

riuh-rendah

4.

Badan saya terasa ______________ setelah mandi air perigi yang sejuk itu.

a)

serba-serbi

b)

selok-belok

c)

sorak-sorai

d)

segar-bugar

5.

Guru Besar mengambil tindakan tatatertib ______________ terhadap lima orang murid yang terlibat dengan kes buli itu.

a)

desas-desus

b)

serta-merta

c)

segan-silu

d)

lambat-laun

6.

Kaki Adnan ______________ akibat dicakar oleh kucing peliharaannya.

a)

comot-momot

b)

serbah-serbih

c)

kusut-masai

d)

calar-balar

7.

______________ Yee Leng akan menaiki komuter ke tempat kerjanya untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.

a)

Huru-hara

b)

Gopoh-gapah

c)

Sekali-sekala

d)

Selang-seli

8.

Penjenayah itu ______________ ke dalam bangunan yang kosong itu untuk menyelamatkan dirinya.

a)

susup-sasap

b)

tindak-tanduk

c)

gerak-geri

d)

lintang-pukang

9.

Anita menggemari ______________ hasil tangan Mak Midah yang dijual di gerai itu kerana rasanya sangat sedap.

a)

sayur-mayur

b)

kuih-muih

c)

semak-samun

d)

rumput-rampai

10.

Encik Amran menebas ______________ di belakang rumahnya itu untuk mengelakkan haiwan liar daripada mendiami kawasan itu.

a)

bukit-bukau

b)

gunung-ganang

c)

semak-samun

d)

tanah-tanih

11.

______________ penyanyi pujaan ramai itu sentiasa diperhatikan dan menjadi ikutan para peminatnya.

a)

Susur-galur

b)

Tindak-tanduk

c)

Selok-belok

d)

Turun-temurun

12.

Rumah saya tiba-tiba menjadi ______________ apabila bekalan elektrik terputus malam tadi.

a)

terang-benderang

b)

gelap-gelita

c)

kelam-kabut

d)

haru-biru

13.

Musim kemarau yang panjang telah menyebabkan tanah di kawasan itu ______________ dan haiwan serta tumbuhan di situ mati.

a)

huru-hara

b)

kering-kontang

c)

punah-ranah

d)

hiruk-pikuk

14.

Keadaan ______________ di Perancis akibat rusuhan itu telah menyebabkan pelajar Malaysia yang menuntut di sana terpaksa pulang ke tanah air.

a)

kacau-bilau

b)

tunggang-langgang

c)

hiruk-pikuk

d)

riuh-rendah

15.

Hati Salina ______________ apabila mendapat berita tentang kematian bapanya dalam sebuah kemalangan baru-baru ini.

a)

remuk-redam

b)

sunyi-sepi

c)

porak-peranda

d)

keluh-kesah

16.

Joshua berasa curiga apabila melihat seorang pemuda yang tidak dikenali ______________ di hadapan rumah jirannya itu.

a)

lenggang-lenggok

b)

simpang-siur

c)

mundar-mandir

d)

gerak-geri

17.

Pendatang tanpa izin itu lari ______________ apabila diserbu pihak berkuasa tempatan pada pagi tadi.

a)

kelam-kabut

b)

kucar-kacir

c)

lintang-pukang

d)

gopoh-gapah

18.

______________ para penyokong telah menaikkan lagi semangat para pemain bola sepak untuk menjaringkan gol dalam perlawanan itu.

a)

Riuh-rendah

b)

Huru-hara

c)

Jerah-jerih

d)

Sorak-sorai

19.

Khemah itu biasanya akan disewa oleh penduduk kampung setiap kali mereka mengadakan ______________ di rumah mereka.

a)

gotong-royong

b)

gilang-gemilang

c)

kenduri-kendara

d)

kaya-raya

20.

Pak Unggal tahu ______________ tentang isu politik negara walaupun dia tinggal jauh di kawasan pedalaman.

a)

serba-serbi

b)

serbah-serbih

c)

susur-galur

d)

lekak-lekuk