NEW
Font size
WorksheetsBM6 Kata Adjektif d 09 Julai 2021
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Puan Loo menasihati anaknya supaya mengunyah makanan itu sehingga _____ sebelum menelannya.
lumat
empuk
pecah
remuk
Kain songket yang ditenun oleh Mak Cik hui Yi sangat _____ buatannya.
nipis
kesat
halus
lembut
Kai Jet menutup tin yang berisi keropok itu dengan _____.
erat
rapat
padat
sendat
Nafas Jason _____ selepas terhidu asap daripada pembakaran terbuka di kawasan itu.
sesak
nazak
sebak
nyenyak
Luka pada kaki Kian Ming berasa _____ apabila terkena air.
pitam
panas
pedas
pedih
Banjir yang melanda Desa Perpaduan itu mulai _____.
surut
susut
reda
lenyap
Pokok kelapa itu _____ ke arah pantai.
serong
bengkok
condong
bongkok
Sup sayur yang dimasak oleh ibu agak _____ kerana kurang garam.
masin
tawar
lazat
payau
Pokok bunga mawar kesayangan ibu semakin _____ kerana tidak disiram selama dua hari.
segar
mekar
layu
sedap
Puan Niza meminta suaminya mengasah semua pisau yang _____ di dapur.
tajam
tumpul
besar
berat
Kari ayam itu kurang _____ rasanya kerana kekurangan santan.
tawar
manis
lemak
sedap
Wajah Encik Teng sentiasa _____ walaupun pelbagai dugaan yang menimpanya.
muram
masam
tenang
gelabah
Kim Ling berasa sangat _____ apabila namanya dipanggil sewaktu perhimpunan.
ragu
bosan
suram
cemas
Masa terlalu _____ untuk mereka menyiapkan kertas projek yang banyak itu.
lama
cepat
suntuk
awal
Buluh yang _____ itu dipotong oleh ayah kepada beberapa bahagian.
ringan
berat
besar
panjang
Bentuk badan Puan Rahimah masih _____ walaupun sudah mempunyai dua orang cahaya mata.
gempal
kurus
bujur
ramping
Bayi yang _____ itu dilahirkan di Hospital Sultanah Bahiyah.
lawa
comel
cantik
molek
Pagi yang _____ itu dikejutkan dengan bunyi siren kereta polis.
muram
hening
bising
bingit
Jwen Yin menyepak bola itu dengan _____ namun tidak dapat menjaringkan gol.
pantas
laju
kuat
gopoh
San Yuan membatalkan niatnya untuk keluar bersiar-siar kerana cuaca _____.
gelap
terang
muram
mendung
