Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

B7T5- MERANCANG PENGENDALIAN PERNIAGAAN

Total questions: 15

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan rancangan perniagaan?

a)

Dokumen bertulis yang menerangkan tentang perniagaan

b)

Dokumen perniagaan yang menunjukkan urus niaga perniagaan yang telah berlaku

c)

Dokumen bertulis yang menerangkan maklumat perniagaan yang akan dijalankan

d)

Dokumen bertulis yang menjelaskan secara terperinci tentang visi, misi dan objektif perniagaan

2.

Antara yang berikut, yang manakah kepentingan rancangan perniagaan?

i. Meyakinkan pihak pelabur dan bank

ii. Membolehkan usahawan menilai projek

iii. Memudahkan pengurus mengawal pekerjanya

iv. Membolehkan usahawan mendapat sumber dengan harga yang lebih murah

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

3.

Bagaimanakah rancangan perniagaan yang baik dapat meyakinkan pihak bank?

i. Kemampuan membayar hutang

ii. Jumlah pinjaman yang dimohon

iii. Jumlah deposit dalam akaun bank

iv. Kadar keuntungan yang diperoleh

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

4.

Pernyataan manakah yang benar tentang ringkasan eksekutif?

a)

Keterangan ringkas tentang masa hadapan perniagaan

b)

Gambaran ringkas yang spesifik berkenaan perniagaan

c)

Gambaran menyeluruh tentang perjalanan perniagaan

d)

Keterangan ringkas berkaitan dengan proses pengeluaran

5.

Antara berikut, yang manakah merupakan tujuan rancangan perniagaan disediakan?

i. Memohon pinjaman

ii. Memberi keyakinan kepada bank

iii. Mencapai objektif perniagaan

iv. Memperkenalkan produk yang dikeluarkan

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

6.

Apakah yang diterangkan dalam latar belakang perniagaan?

a)

Gambaran spesifik tentang perniagaan

b)

Maklumat-maklumat asas tentang perniagaan

c)

Maklumat ringkas berkenaan tujuan perniagaan

d)

Gambaran tentang proses pengeluaran yang akan dilaksanakan

7.

Butiran manakah yang termasuk dalam latar belakang perniagaan?

i. Maklumat pemilik

ii. Kelulusan akademik

iii. Nombor telefon dan faksimile

iv. Tarikh pendaftaran perniagaan

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

8.

Pernyataan manakah yang benar tentang sasaran untung perniagaan?

a)

Lebihan jualan daripada belian

b)

Anggaran jualan yang diperoleh

c)

Lebihan kos daripada jualan

d)

Lebihan jualan daripada kos

9.

Pernyataan manakah yang benar tentang sasaran jualan?

a)

Anggaran hasil jualan yang diterima

b)

Pulangan perniagaan setelah hasil ditolak dengan kos

c)

Jumlah sebenar hasil yang diterima daripada aktiviti jualan

d)

Kumpulan saran pelanggan yang akan memberi hasil kepada perniagaan

10.

Insentif manakah yang diberikan kepada pekerja?

i. Upah

ii. Gaji

iii. Cuti sakit

iv. Cuti bersalin

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

11.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan komponen rancangan operasi?

i. Carta organisasi

ii. Spesifikasi kerja

iii. Carta aliran proses

iv. Susun atur ruang operasi

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

12.

Dalam rancangan operasi, senarai bahan mentah perlu disediakan dengan teliti. Mengapakah perkara tersebut perlu dilakukan?

a)

Memudahkan kerja

b)

Mempercepatkan proses

c)

Mengelakkan berlaku pembaziran

d)

Memastikan stok bahan mencukupi

13.

Rancangan perniagaan disediakan untuk keperluan individu-individu seperti berikut kecuali

a)

Usahawan

b)

Agensi kerajaan

c)

Pelanggan

d)

Bank

14.

Apakah kepentingan Rancangan Perniagaan kepada peniaga?

a)

Garis panduan untuk menguruskan perniagaan

b)

Untuk membuat pelaburan di dalam perniagaan

c)

Mencari pekerjaan yang baharu

d)

Panduan memberikan pinjaman

15.

Apakah yang perlu disediakan dalam rancangan kewangan bagi menunjukkan keupayaan perniagaan dalam membayar balik pinjaman?

a)

Akaun Perdagangan

b)

Akaun Untung Rugi

c)

Penyata Aliran Tunai

d)

Penyata kedudukan kewangan