WorksheetsBab 5 T5: Pembentukan Malaysia
Total questions: 36
Worksheet time: 1hrs 11mins
Mengapakah British bersetuju dengan idea pembentukan Malaysia yang dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1961
Memudahkan pentadbiran
Memajukan taraf hidup penduduk
Mengawal kuasa politik orang Melayu
Menghapuskan persaingan kuasa Barat
Mengapakah Sir Geofroy Tory mencadangkan supaya Persekutuan Tanah Melayu bergabung dengan Singapura?
Membentuk kerjasama ekonomi
Melemahkan parti berhaluan kiri
Mengukuhkan kedudukan imigran
Mengimbangkan komposisi penduduk
Apakah rasional idea pembentukan Malaysia?
Mengukuhkan kuasa British
Mempercepat kemerdekaan
Mengatasi ancaman komunis
Menghalang peluasan kuasa luar
Antara berikut, parti politik yang manakah menentang rancangan pembentukan Malaysia?
SUPP
PANAS
PESAKA
BARJASA
Senarai berikut berkaitan dengan peranan Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM).
• X
• Mengumpulkan pandangan rakyat.
• Memberi galakan ke arah pembentukan Malaysia.
Apakah X?
Mewujudkan perpaduan kaum
Menggubal perlembagaan negara
Mengemukakan cadangan kepada British
Menyebarkan maklumat berkaitan dengan pembentukan Malaysia
Apakah fungsi Suruhanjaya Cobbold?
Memastikan keluhuran perlembagaan negara
Menjamin sistem pendidikan negara lengkap
Menjelaskan kepentingan perpaduan nasional dalam kalangan rakyat
Meninjau pendapat penduduk Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malaysia
Apakah inti pati Perjanjian Malaysia 1963?
Sarawak mendapat 15 kerusi Parlimen
Islam agama rasmi di Sabah dan Sarawak
Sabah dan Sarawak boleh menubuhkan kabinet negeri
British mengiktiraf kedaulatan Singapura, Sabah dan Sarawak
Pengisytiharan Malaysia di Kota Kinabalu, Sabah diumumkan oleh
Tun Abdul Razak Hussein
Datu Mustapha Datu Harun
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj
Datu Abang Haji Openg Abang Sapiee
Mengapakah kerajaan Indonesia melancarkan dasar konfrontasi?
Menuntut wilayah Sabah
Mengancam kedudukan Indonesia
Mengagalkan gagasan Melayu Raya
Mengurangkan kuasa politik orang Melayu
Kedua-dua tokoh berikut telah mencadangkan agar pembentukan Malaysia disegerakan.
*Sir Gerald Templer
*Sir Geofroy Tory
Apakah persamaan kedua-dua tokoh tersebut
Menjadi Pesuruhjaya Tinggi British
Menjadi ahli Dewan Parlimen British
Menjadi ahli Suruhanjaya Cobbold
Menjadi ahli perwakilan Komanwel
Sarawak berhadapan dengan ancaman komunis melalui gerakan Clandestine Communist Organization (CCO). Apakah kesan daripada situasi tersebut ?
Sarawak diancam kumpulan radikal
Sarawak menyertai pembentukan Malaysia
Pilihan raya di Sarawak disegerakan
Pembangunan di Sarawak terjejas
Mengapakah tokoh berikut pada awalnya menolak penyertaan Singapura dalam Rancangan Pembentukan Malaysia?
lsu bahasa kebangsaan
Isu pembangunan wilayah
Isu keseimbangan komposisi penduduk
Isu mempercepat kemerdekaan
Pemimpin dan penduduk Sabah terkejut dengan cadangan pembentukan Malaysia. Mengapakah perkara tersebut berlaku?
Ingin kemerdekaan terlebih dahulu
Ingin kemerdekaan secara berasingan
Menganggap sumber kekayaan negeri dirampas
Menganggap Malaysia sebagai penjajahan baharu
Presiden Macapagal dari Filipina menentang pembentukan Malaysia. Mengapakah beliau bertindak demikian?
Menuntut wilayah Sabah
Menerima hasutan komunis
Mengancam ekonomi Filipina
Mengancam keselamatan Asia Tenggara
Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM) telah ditubuhkan di Singapura pada 23 Julai 1961. Apakah kepentingan penubuhan jawatankuasa tersebut?
Menjelaskan gambaran sebenar pembentukan Malaysia
Mengumpulkan pandangan tentang pembentukan Malaysia
Menyebarkan maklumat berkaitan pembentukan Malaysia
Menyediakan laporan berhubung pembentukan Malaysia
Mengapakah tarikh pengisytiharan Malaysia ditangguhkan dari 31 Ogos 1963 kepada 16 September 1963?
Singapura mengumumkan pemisahan
Kelewatan laporan Setiausaha PBB
Parlimen Persekutuan Tanah Melayu dibubarkan
Tindakan ketenteraan dari lndonesia
Berikut adalah peristiwa yang dilakukan oleh Indonesia terhadap Malaysia pada tahun 1963 dan 1964. *Melancarkan serangan gerila di Sarawak
*Pendaratan gerila di Johor
Mengapakah peristiwa tersebut berlaku?
Dasar dekolonisasi Presiden Soekarno
Dasar konfrontasi terhadap Malaysia
Kegagalan rundingan di Manila
Kegagalan rundingan di Tokyo
Dialog berikut mungkin berlaku ketika Indonesia melancarkan dasar konfontasi terhadap Malaysia.
Pemimpin Malaysia 1 : Kita mesti menghantar Dr lsmail Abdul Rahman ke Majlis Keselamatan PBB untuk membawa isu serangan lndonesia ini.
Pemimpin Malaysia 2 : Ya. Itulah tindakan yang sepatutnya
Apakah pendekatan yang digunakan oleh Malaysia dalam menangani hal tersebut?
Cara provokasi
Cara peperangan
Cara kekerasan
Cara diplomatik
Yang manakah merupakan maksud idea gagasan Malaysia?
Konsep yang menggabungkan banyak negara miskin
Usaha British menyatukan negara-negara kecil di Asia
Konsep yang menggabungkan beberapa bekas tanah jajahan British di Asia Tenggara
Satu pakatan kerjasama negara-negara di Asia Tenggara
Siapakah yang mencadangkan idea pembentukan gagasan Malaysia?
Dr. Burhanuddin al-Helmi
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Sir Malcolm MacDonald
Sir GeofroyTory
Berikut merupakan rasional idea pembentukan Malaysia kecuali
Wujud ancaman komunis
Menyeimbangkan komposisi penduduk
Mempercepat pembangunan wilayah
Mengaut keuntungan bijih timah
Berikut ialah parti-parti politik di Sarawak pada tahun 1962.
• PANAS • SNAP • BARJASA • SCA • PESAKA
Apakah tindakan parti-parti politik tersebut untuk menyokong penyertaan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia?
Mengadakan kempen
Mendapatkan jaminan British
Membentuk Sarawak Alliance
Membentuk Parti Pakatan
Majlis menandatangani Perjanjian Persetujuan Normalisasi Hubungan Malaysia-Indonesia
Berdasarkan gambar tersebut, apakah pendekatan yang digunakan oleh Malaysia dalam usaha menangani konfrontasi?
Politik
Pertahanan
Ekonomi
Diplomatik
Apakah kesan hasil berlakunya peralihan kepimpinan di Indonesia pada 30 September 1965?
Serangan gerila dilancarkan
Dasar konfrontasi ditamatkan
Hubungan diplomatik terputus
Pencerobohan udara Malaysia
Antara tokoh yang terlibat dalam idea pembentukan Malaysia ialah
Sir Malcom MacDonald
Ibrahim Haji Yaakob
J.W.W. Birch
Datu Mustapha Datu Harun
Mengapakah Tunku Abdul Rahman melakukan siri lawatan ke beberapa kawasan dalam langkah pembentukan Malaysia
Berbaik-baik dengan penduduk tempatan
Hubungan diplomatik
Menunjukkan teladan yang baik
Menerangkan rancangan pembentukan Malaysia
Apakah sikap yang wajar
dicontohi daripada sikap pemimpin dalam usaha pembentukan Malaysia
Keberanian
Toleransi
Kasih sayang
Hemah tinggi
Negara berikut telah memberikan reaksi awal terhadap pembentukan gagasan Malaysia, kecuali
Indonesia
Filipina
Myanmar
Thailand
Idea pembentukan Malaysia telah mendapat tentangan daripada pelbagai pihak. Mengapakah A.M Azahari menentang cadangan pembentukan Malaysia?
Pembentukan Malaysia dianggap satu agenda British dalam menggugat keamanan di rantau AsiaTenggara
Pembentukan Malaysia merupakan satu cara kerajaan British untuk mengekalkan pengaruh dan menguasai ekonomi dan menjamin keselamatan
Idea pembentukan Malaysia merupakan satu bentuk penjajahan baru
Pembentukan Malaysia akan merampas kuasa pentadbiran secara mutlak
Suruhanjaya Cobbold telah dibentuk secara rasmi pada bulan Januari 1962. Siapakah ahli dalam suruhanjaya ini?
Sir David Watherson
Sir Malcom MacDonald
Donald Duckin Stephen
Tunku Abdul Razak
Pada tahun 1963, Indonesia telah melancarkan konfrontasi terhadap Tanah Melayu. Apakah slogan yang telah digunakan untuk membangkitkan semangat dalam kalangan penduduk Indonesia?
Asia untuk Asia
Agi Hidup Agi Nyelaban
Hidup Sejahtera Indonesia
Ganyang Malaysia
Konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia telah diumumkan pada 20 Januari 1963 oleh Menteri Luar Indonesia dengan alasan mengancam kedudukan Indonesia. Siapakah Menteri Luar Indonesia tersebut.
Suharto
Sukarno
Dr Subandrio
Ali Moertopo
Tun Abdul Razak Hussein telah menandatangani perjanjian Normalisasi Hubungan Indonesia– Malaysia di Jakarta. Pada tahun bilakah Kerajaan Indonesia telah mengumumkan penamatan konfrontasi tersebut?
2 Ogos 1963
2 Ogos 1966
4 Ogos 1963
4 Ogos 1966
Penamatan konfrontasi yang berlaku antara Indonesia – Malaysia melalui pendekatan yang berkesan. Apakah kaedah yang digunakan oleh Malaysia dalam usaha menamatkan konfrontasi tersebut?
Perjanjian damai
Perjanjian Versailes
Perjanjian Malaysia – Indonesia
Hubungan Diplomatik
Al -Imam
Majalah berikut telah menyemarakkan semangat cintakan tanah air di Tanah Melayu.
Apakah idea yang ditonjolkan akhbar tersebut?
Membangunkan ekonomi rakyat
Mengutamakan pendidikan masyarakat
Kepentingan bekerjasama antara kaum
Membebaskan tanah air dari penjajahan
Maklumat berikut merupakan salah seorang pemimpin yang pada mulanya menentang pembentukan Malaysia di sabah
Fuad Stephens
Apakah parti politik yang dipimpin oleh pemimpin tersebut?
Pasok Momugun
Borneo Utara National Party (BUNAP)
United Sabah National Organization (USNO)
The United National Kadazan Organization (UNKO)
