WorksheetsSISTEM RESPIRASI 2.0
Total questions: 13
Worksheet time: 7mins
Dalam bentuk apakah, karbon dioksida diangkut dari tisu badan ke peparu?
ion bikarbonat dalam plasma darah
ion bikarbonat dalam sel darah merah
asid karbonik dalam sel darah merah
karboksihemoglobin dalam sel darah merah
Tekanan separa oksigen dalam alveolus lebih tinggi berbanding tekanan separa oksigen dalam kapilari peparu menyebabkan..
karbon dioksida meresap keluar dari alveolus
karbon dioksida meresap masuk ke dalam kapilari peparu
oksigen meresap masuk ke dalam kapilari peparu
oksigen meresap keluar dari kapilari peparu
Dari manakah datangnya karbon dioksida dalam badan kita?
respirasi sel
pencernaan
mitokondrion
plasma darah
Apakah oksihemoglobin?
oksigen + plasma darah
darah + hemoglobin
oksigen + hemoglobin
karbon dioksida + hemoglobin
Karbon dioksida diangkut dengan berapa cara?
5
4
3
2
Berapa peratuskah pengangkutan gas karbon dioksida dalam bentuk ion bikarbonat?
50%
23%
17%
70%
Berikut merupakan cara karbon dioksida diangkut dalam sistem peredaran darah
ion bikarbonat dalam plasma darah
oksihemoglobin
karbaminohemoglobin
asid karbonik dalam eritrosit
Apakah tekanan separa oksigen dalam tekanan atmosfera?
140 mm Hg
100 mm Hg
180 mm Hg
160 mm Hg
Apakah penyakit yang disebabkan oleh pertambahan saiz dan hilang sifat kekenyalan pada alveolus?
bronkitis
emfisema
asma
jantung
Pertukaran gas dalam manusia bergantung kepada?
tekanan separa gas oksigen
tekanan separa gas karbon dioksida
tekanan separa gas oksigen dan karbon dioksida
Berikut merupakan penyakit COPD kecuali
kardiovaskular
asma
bronkitis kronik
emfisema
Mukus yang banyak menyebabkan batuk berterusan dan silium yang rosak menyukarkan penyingkiran mukus. Penerangan ini merujuk kepada penyakit..
asma
emfisema
bronkitis kronik
jantung
Darah yang melalui vena pulmonari mempunyai tekanan separa oksigen yang
tinggi
sederhana
rendah
