wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PEERS: Pegurusan Mental dan Emosi

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Maksud kemurungan ialah...

a)

satu penyakit psikologi yang melibatkan masalah fizikal.

b)

satu penyakit psikologi yang melibatkan masalah organ.

c)

satu penyakit psikologi yang melibatkan masalah mental.

2.

Berikut merupakan tanda-tanda kemurungan kecuali...

a)

Tabiat pemakanan yang tidak normal

b)

Gembira bersosial bersama rakan - rakan

c)

Memiliki perasaan dan pemikiran yang negatif

d)

Kelihatan letih dan kurang bertenaga

3.

Terdapat tujuh jenis kemurungan yang dapat dikenal pasti. Salah satunya adalah...

a)

Verpolar

b)

Tripolar

c)

Bipolar

d)

Dyspolar

4.

Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan kemurungan seperti berikut kecuali..

a)

gagal dalam pelajaran

b)

tiada trauma psikologi atau emosi

c)

masalah keluarga

d)

hilang anggota badan akibat kemalangan atau penyakit

5.

Pilih cara mengurus dan mengawal kesihatan mental dan emosi...

a)

Lalai dan tidak patuh ajaran agama

b)

Kurang tidur dan tidak berselera makan

c)

Sentiasa berfikiran negatif

d)

Sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat

6.

Anda mendapati rakan baharu yang berpindah ke sekolah anda sentiasa berdiam diri semasa berada di dalam kelas dan jarang bergaul dengan orang lain. Apakah tindakan yang anda boleh ambil bagi mengetahui masalah dirinya?

a)

Bertegur sapa dengannya semata-mata

b)

Membiarkan sahaja kerana itu adalah personaliti dirinya

c)

Berhadapan dengannya dan mula menyoal siasat

d)

Membantu dirinya dengan menghulurkan salam persahabatan terlebih dahulu

7.

Donald kerap bersikap panas baran di sekolah, walaupun kesalahan yang dilakukan oleh rakannya hanya melibatkan perkara kecil sahaja. Pada pendapat anda, bagaimana cara untuk membantu Donald mengurangkan sikapnya ini?

a)

Mengasingkan diri daripadanya agar anda tidak dimarah seperti rakan lain

b)

Menyebarkan berita mengenai sikapnya yang panas baran itu supaya orang lain boleh menjaga diri masing - masing

c)

Meminta nasihat dan bantuan daripada guru kaunseling dan guru disiplin

d)

Memarahinya kembali

8.

Anda mendapati terdapat garisan halus umpama bekas dihiris pada pergelangan tangan rakan anda. Sebagai seorang rakan yang prihatin, apa yang patut anda lakukan?

a)

Memberitahu kepada guru kelas anda mengenainya

b)

Menghiris tangan sama seperti yang dilakukan rakan anda

c)

Memaksa rakan anda menceritakan kejadian itu

d)

Memilih untuk membiarkan sahaja kerana dia memang sukakan perhatian

9.

Thor adalah seorang atlet rumah sukan yang aktif dan sentiasa bersikap ceria di sekolah. Pada suatu hari, anda mendapat tahu bahawa dia ingin lari dari rumahnya kerana dirinya stress dan menceritakan niatnya kepada anda.


Apakah jalan penyelesaian yang kamu boleh cadangkan kepada Thor?

a)

Mencadangkan agar dia tinggal di rumah kamu

b)

Membantu dirinya lari daripada rumah dengan memberikan sedikit wang

c)

Menyarankan dirinya agar menceritakan masalah kepada guru kaunseling

d)

Menasihati dirnya ala kadar kerana kamu tahu dia hanya meluahkan rasa sahaja

10.

Setiap kali mendapat hasil keputusan peperiksaan, Vivy akan mengambil tindakan untuk mengoyak kertas peperiksaannya sambil mengeluarkan kata-kata yang kesat. Adakah Vivy menunjukkan ciri-ciri kemurungan?

a)

Tidak,ini adalah perkara normal

b)

Ya, ini adalah salah satu tanda-tanda kemurungan

11.

Sesetengah orang gemar menyanyi dalam keadaan yang kuat bagi menghilangkan rasa bosan dan sunyi dalam dirinya. Adakah ini salah satu langkah terbaik dalam mengawal emosi?

a)

Tidak, perkara ini adalah tindakan yang sia-sia

b)

Ya, ini adalah salah satu cara untuk mengalirkan emosi

12.

Kamu terbaca luahan hati rakan kamu yang ditulis di atas meja mengenai perasaan cintanya yang ditolak. Kata-kata yang ditulis menunjukkan tanda kemurungan pada rakan kamu. Apakah yang boleh kamu lakukan untuk membantu dirinya?

a)

Mengambil peluang untuk berkenalan dengan orang itu memandangkan dia tidak berminat dengan rakan kamu

b)

Menyiasat hal ini menerusi penerokaan yang kamu buat di media sosial

c)

Menyarankan dirinya agar melakukan perkara yang disukai dan melupakan perkara buruk itu

d)

Mengejek dirinya kerana cintanya ditolak di laman sosial

13.

William gemar menjerit di dalam kelas secara tiba-tiba. Sikapnya juga kadangkala berubah-ubah mengikut mood. Kamu juga pernah terlihat dirinya bercakap seorang diri sambil menulis nota. Pada pendapat kamu, mengapa William bersikap begitu?

a)

Dia adalah seorang rakan yang suka meminta perhatian

b)

Personalitinya memang sebegitu sejak berpindah ke kelas lain

c)

Dia menunjukkan tanda - tanda kemurungan

d)

Perangai William itu normal kerana hanya berlaku sekali-sekala sahaja

14.

Terdapat banyak langkah yang boleh diambil oleh pihak kerajaan bagi menangani masalah kemurungan dalam kalangan murid. Antaranya ialah seperti berikut kecuali...

a)

Membuat hebahan di media sosial mengenai kempen dan publisiti mengawal kemurungan

b)

Mewara-warakan talian bantuan yang boleh dihubungi jika seseorang mengalami tanda- tanda kemurungan

c)

Memasukkan orang yang mengalami kemurungan ke Hospital Sakit Jiwa tanpa sebarang saringan dan bantuan

d)

Membantu orang yang mengalami kemurungan dengan menjalankan forum atau aktiviti luar yang sesuai

15.

_____________ merupakan keadaan wujudnya ketidaksesuaian antara situasi yang diinginkan dengan keadaan dan keseimbangan psikologi, biologi atau sistem sosial individu yang terlibat

a)

KONFLIK

b)

STRES

c)

BIMBANG

16.

________________merupakan keadaan fizikal atau ketegangan mental yang menyebabkan perubahan pada sistem tubuh badan serta menghasilkan perasaan risau terhadap sesuatu perkara

a)

STRES

b)

KONFLIK

17.

Berikut merupakan Kesan konflik dan stres terhadap kesihatan diri KECUALI

a)

Emosi menjadi tidak stabil dan tidak mampu menyelesaikan masalah

b)

Kecewa serta cepat naik darah dan marah

c)

Mudah risau walaupun terhadap perkara kecil dan sering berasa cemas.

d)

Fokus terhadap pekerjaan yang dilakukan

e)

Sering berimaginasi perkara-perkara buruk yang akan berlaku

18.

Berikut merupakan langkah-langkah menangani stres KECUALI

a)
b)
c)
d)
e)
19.

Pernyataan manakah BUKAN Cara menangani konflik?

a)

Berbincang dengan ibu bapa, guru, sahabat karib atau kaunselor

b)

Berbincang untuk menyelesaikan masalah

c)

Tidak bersabar

d)

Didik diri untuk sentiasa menerima hakikat terhadap sesuatu kejadian yang berlaku

e)

Bersikap toleransi terhadap sesuatu isu

20.

_____________ merupakan keadaan wujudnya ketidaksesuaian antara situasi yang diinginkan dengan keadaan dan keseimbangan psikologi, biologi atau sistem sosial individu yang terlibat

a)

KONFLIK

b)

STRES

c)

BIMBANG

21.

Berikut adalah betul tentang stres kecuali....

a)

Stres atau tekanan adalah tindak balas fizikal , emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau cabaran.

b)

Suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya.

c)

Terlalu bimbang, risau atau takut, persekitaran yang selesa, dan hasil kerja dihargai merupakan antara punca-punca stres

d)

Lakukan aktiviti sukan/riadah sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, tidur/rehat yang cukup dan berfikiran positif adalah cara untuk menguruskan stres.

22.

Berikut merupakan tanda-tanda stres dari segi psikologi kecuali...

a)

Masalah tidur

b)

Gelisah

c)

Cepat marah

d)

Kurang daya tumpuan

23.

Pilih penyataan yang betul

a)

Konflik dan stres merupakan perkara yang normal dan berlaku kepada individu yang tertentu sahaja

b)

Kemahiran mengurus yang berkesan merupakan perkara yang paling penting dalam menangani konflik.

c)

Cara paling mudah untuk mencegah konflik dan stres ialah mengamalkan gaya hidup sihat dan sentiasa berfikiran positif

d)

Semakin tinggi stres yang dialami, semakin kurang risiko mendapat penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung, kegagalan jantung, angin ahmar dan tekanan darah tinggi.

24.

Ibu bapa Neelofa seringkali bertengkar dan sibuk bekerja menyebabkan Neelofa terbiar. Sikapnya mula berubah menjadi pemarah, kemurungan dan selalu melakukan vandalisme

Apa yang sedang dilalui oleh Neelofa?

a)

eustres

b)

distres

c)

stres

d)

konflik

25.

Amira merupakan seorang pelajar kolej. Situasi Amira

- Muka berjerawat

- Obesity

- Miskin

- Sering gagal dalam peperiksaan

Apakah faktor menyebab stes dalam situasi Amira

a)

Imej kendiri

b)

Persekitaran

c)

Tempat belajar

d)

Pengurusan diri yang lemah

26.

Antara berikut, manakah BUKAN cara mengurus stres dengan baik?

a)

Mempunyai matlamat hidup yang jelas

b)

Beriadah dan mengamalkan teknik relaksasi

c)

Menerima segala keputusan dengan berfikiran terbuka

d)

Membuli orang yang tidak berkemampuan

27.

Manakah antara berikut BUKAN aktiviti yang baik untuk menghilangkan stres?

a)

Beriadah dan bersukan

b)

Melepak di pasaraya

c)

Mendengar muzik

d)

Membaca buku motivasi

28.

Apakah kesan konflik dan stres terhadap keluarga?

a)

Hubungan kekeluargaan akan menjadi erat

b)

Hubungan kekeluargaan menjadi renggang

29.

Sekiranya anda mengalami stres, apakah yang patut anda lakukan?

a)

Berehat dengan secukupnya

b)

Mengambil bahan terlarang seperti alkohol atau dadah

c)

Merujuk masalah kepada kaunselor, guru atau ibu bapa

d)

Melakukan aktiviti riadah sekurang-kurangnya 3 kali seminggu

30.

Semasa berbincang tentang keceriaan di dalam kelas DAMIA dan AMIRA telah bercanggah pendapat tentang warna kelas yang akan digunakan.

Apakah situasi yang dialami oleh mereka ?

a)

Tekanan

b)

Stress

c)

Pergaduhan

d)

Konflik