wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

IMBUHAN APITAN ( BM TAHUN 4 )

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Ammar berusaha ______ basikalnya yang rosak

a)

membeli

b)

melihat

c)

membaiki

d)

pembaikan

2.

______ Ali untuk melanjutkan pelajaran telah diluluskan oleh majikannya.

a)

Permintaan

b)

Permohonan

c)

Perkataan

d)

Permainan

3.

Mesyuarat yang diadakan akan _____ masalah pencemaran

a)

berbincang

b)

perbincangan

c)

dibincangkan

d)

membincangkan

4.

Ayah ______ saya sebuah buku cerita.

a)

dihadiahi

b)

hadiahkan

c)

menghadiahi

d)

menghadiahkan

5.

Adik _____ kasut sebelum masuk ke dalam rumah.

a)

mengikat

b)

membukakan

c)

menanggalkan

d)

melihat

6.

Pihak polis telah memberikan pingat _____ kepada Azmi kerana telah membantu mereka menangkap perompak itu tempoh hari

a)

keselamatan

b)

kesakitan

c)

keberanian

d)

kesaktian

7.

Seorang pemuda ____ arah ke rumah Encik Zahari.

a)

bersoal

b)

bertanyakan

c)

ditanyakan

d)

mempertanyakan

8.

Sejak anak-anaknya berpindah ke bandar, Mak cik Ani hidup dalam _____.

a)

keheningan

b)

kesukaan

c)

kesunyian

d)

keharmonian

9.

Salah seorang sultan pada zaman _____ Melayu Melaka ialah Sultan Mahmud Syah.

a)

kebatinan

b)

kesultanan

c)

kedaulatan

d)

kehilangan

10.

Sara ____ kasut sekolah adiknya petang tadi.

a)

membaiki

b)

membasuhkan

c)

membasuhi

d)

dibasuhkan

11.

Syah telah _____ sebuah lagu sempena majlis hari lahirnya.

a)

menghiburkan

b)

mendendang

c)

menyanyikan

d)

mendeklamasikan

12.

Keadaan mangsa _____ itu semakin stabil.

a)

kehilangan

b)

kelihatan

c)

ketiadaan

d)

kemalangan

13.

Alia mengetuai _____ kawad kaki semasa pertandingan kawad kaki peringkat sekolahnya.

a)

perbarisan

b)

permainan

c)

perbuataan

d)

peradabaan

14.

Mangsa _____ itu telah ditemui oleh jirannya.

a)

pelemasan

b)

permainan

c)

pembunuhan

d)

perkataan

15.

Dia tidak suka _____ perasaan orang lain.

a)

dipermainkan

b)

memainkan

c)

memaini

d)

mempermainkan

16.

Murid-murid digalakkan _____pelbagai bahasa.

a)

dikuasakan

b)

menguasai

c)

dikuasai

d)

terkuasa

17.

Rashid telah _____ latihan yang diberi oleh cikgunya.

a)

menyelitkan

b)

menyelesaikan

c)

menceritakan

d)

memberikan

18.

Ira _____ terima kasih kepada pihak sekolah kerana mengundang kumpulan ghazal mereka.

a)

memberikan

b)

mengenakan

c)

membuatkan

d)

mengucapkan

19.

______ komputer dapat mempercepatkan segala urusan khususnya dalam penyimpanan data.

a)

Mengguna

b)

Penggunaan

c)

Digunakan

d)

Membaiki

20.

Marilah kita sama-sama ____ jasa dan pengorbanan guru-guru kita.

a)

mengingatkan

b)

diingatkan

c)

memperingati

d)

memperingatkan