wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 5 (HADITH-SAYANGI PEMIMPIN KITA)

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Maksud pemimpin adalah

a)

Seseorang yang dipertanggungjawabkan untuk mengetuai sesebuah kumpulan, organisasi dan negara

b)

Seseorang yang mementingkan diri

c)

Seseorang yang lemah

2.

Cara menghormati pemimpin

a)

Memfitnah pemimpin yang amanah

b)

Memilih pemimpin yang zalim

c)

Patuh kepada pemimpin yang beriman

3.

Hadith berkaitan sayangi pemimpin diriwayatkan oleh

a)

Abdullah ibni Umur

b)

Abdullah bin 'Auf

c)

Ali bin Abi Talib

4.

Hukum mentaati pemimpin yang menyeru kepada kebaikan ialah

a)

Sunat

b)

Haram

c)

Wajib

d)

Harus

5.

Kepentingan mentaati pemimpin seperti berikut KECUALI

a)

Mengelakkan pergaduhan dan perselisihan faham

b)

Mengeratkan hubungan baik antara pemimpin dan orang bawahannya

c)

Menjadikan negara kucar kacir

d)

Disegani dan dihormati oleh negara lain

6.

Berikut merupakan ciri-ciri pemimpin budiman KECUALI

a)

Berpandangan jauh

b)

Pecah amanah

c)

Adil saksama

d)

Lembut bicara

7.

Larangan Nabi SAW mengikut pemimpin yang mengajak ke arah _________

a)

perkara baik

b)

maksiat

c)

melakukan ibadah

8.
Apakah yang dimaksudkan dengan 
المرء المسلم" ؟"
a)
seorang manusia
b)
seorang muslim
9.

Kalimah " السمع والطاعة " bermaksud............

a)

Membaca dan menulis

b)

Mendengar dan mentaati

c)

Membaca dan mendengar

d)

Mentaati dan membaca

10.
Siapakah pemimpin tertinggi di sekolah anda?
a)
Guru Besar
b)
Guru Penolong Kanan
c)
Guru Kelas
d)
Guru Mata Pelajaran
11.
Kita juga adalalah pemimpin diri kita sendiri ke arah kebaikan.
a)
BETUL
b)
SALAH
12.
Berikut ialah akibat jika tidak mentaati pemimpin, KECUALI :
a)
Mendapat kemurkaan Allah
b)
Huru-hara dan kacau-bilau
c)
Disukai oleh semua orang
d)
Dikenakan tindakan undang-undang
13.

Pemimpin menurut Islam; kecuali

a)

Orang yang mengetuai orang di bawah dalam sebuah organisasi berasaskan syariah Islam

b)

Mentaati pemimpin setelah Allah dan Rasul

c)

Organisasi takkan berfungsi dengan baik tanpa pemimpin

d)

Kewujudan pemimpin tidak seiring dengan kecemerlangan organisasi

14.

Adab-adab dengan pemimpin; kecuali

a)

Menjaga maruah pemimpin kerana mereka telah diamanahkan untuk memimpin

b)

Menghormati dan menyayangi pemimpin dituntut oleh Islam

c)

Taat arahan pemimpin yang bercanggah dengan Islam

d)

Memberi kerjasama ketika menjalankan tugas

15.

Kelebihan mentaati pemimpin, kecuali

a)

Pembangunan negara berjalan lancar

b)

Memenuhi tuntutan agama

c)

Pemimpin dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan

d)

Negara dimasuki ancaman musuh dan penjajah

16.

Pemimpin di rumah ialah:

a)

abang

b)

nenek

c)

bapa

17.

Murid-murid perlu bercakap dengan kasar sekiranya berurusan dengan ketua kelas

a)

Benar

b)

Salah

18.

Apakah tugas kita sebagai rakyat dalam memilih pemimpin ?

a)

Memilih pemimpin yang sentiasa menjadikan wang sebagai matlamat utamanya

b)

Memilih pemimpin yang sentiasa memikirkan kepentingan peribadi

c)

Memilih pemimpin yang adil dan amanah

d)

Memilih pemimpin yang tidak berpengalaman

19.

Berikut merupakan tugas ketua kelas kecuali ?

a)

Memanggil guru untuk masuk ke kelas sekiranya guru tersebut terlewat

b)

Memastikan kelas dalam keadaan tersusun dan kemas

c)

Memastikan murid-murid mengikut jadual bertugas yang telah ditetapkan

d)

Memperbaiki meja dan kerusi sekiranya mengalami kerosakan

20.

Antara cara kita taat kepada pemimpin ialah

.

a)

Tidak memberikan kerjasama

b)

Patuh atas setiap perintahnya

c)

Memilih pemimpin yang tidak amanah