wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

MEMBUAT PENGUJIAN DAN PENILAIAN FUNGSI, KESESUAIAN PRODUK

Total questions: 12

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Pengujian dan penilaian ialah proses terakhir untuk mengukur tahap keberkesanan produk yang telah dihasilkan. Jika produk akhir yang dihasilkan dalam bentuk produk berfungsi (prototaip), pengujian dilakukan untuk menguji aspek

a)

kefungsian

b)

ketahanan.

c)

kecantikan

d)

kebolehpercayaan

2.

Pengujian terhadap produk berfungsi di dalam makmal atau bengkel dengan menggunakan peralatan dan kelengkapan tertentu yang bersesuaian dengan jenis produk.

a)

Ujian parameter

b)

Ujian makmal

c)

Ujian suka hati

d)

Ujian akhir

3.

Pengujian terhadap produk berfungsi yang dibuat dalam situasi dan di lokasi yang sebenar bagi menentukan kefungsian, kesesuaian, keupayaan serta kebolehgunaan produk.

a)

Ujian makmal

b)

Ujian parameter

c)

Ujian RBT

4.

Gambar yang dilihat adalah ujian .........

a)

paramater

b)

makmal

5.

gambar yang dilihat menunjukkan .................................... tentang penggilap kasut

a)

pendapat pengguna

b)

maklum balas pengguna

c)

kesukaan pengguna

6.

Analisis keputusan ujian parameter terhadap Penggilap Kasut Magik merangkumi faktor (JAWAPAN LEBIH DARI 1)

a)

 Kefungsian

b)

Ergonomik

c)

Reka bentuk dan nilai estetika

d)

Keselamatan

7.

Putaran motor AT menjadi perlahan apabila pad penggilap ditekan agak kuat pada permukaan kasut.

Bateri perlu diganti apabila kehabisan kuasa.


Pernyataan diatas menunjukkan faktor

a)

Ergonomik

b)

Kefungsian

c)

Reka bentuk dan nilai estetika

d)

Keselamatan

8.

Reka bentuk produk ringkas dan menarik.

Tona kayu menyerlahkan tekstur kayu pada produk.

Penggunaan kayu berkualiti tinggi meningkatkan ketahanan produk.

Pad penggilap boleh ditanggalkan untuk membasuh span sekiranya kotor.


Maklumat yang kamu baca adalah faktor pengujian bagi

a)

Kefungsian

b)

Ergonomik

c)

Reka bentuk dan nilai estetika

d)

Keselamatan

9.

Produk selamat digunakan kerana tiada bahagian yang tajam.

Litar terlindung dan ditutup dengan kemas.


Pernyataan di atas berkaitan dengan pengujian bagi faktor

a)

Kefungsian

b)

Ergonomik

c)

Reka bentuk dan nilai estetika

d)

Keselamatan

10.

Penilaian dijalankan untuk menganalisis keputusan pengujian yang telah diperoleh. Penilaian menggunakan borang soal selidik yang mengandungi soalan-soalan meliputi aspek kefungsian, ergonomik, reka bentuk dan nilai estetika serta keselamatan bagi produk.

a)

betul

b)

salah

11.

Kesesuaian ditentukan berdasarkan penilaian terhadap keputusan pengujian yang telah dijalankan terhadap produk.

a)

Betul

b)

Salah

12.

Keputusan pengujian dapat membuktikan sama ada produk yang telah dihasilkan menepati ____________dan kehendak pengguna atau sebaliknya.

a)

keperluan

b)

keyakinan

c)

kesukaan