WorksheetsTatabahasa: Cakap Ajuk dan Cakap Pindah
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
"Mengapakah kamu datang lewat ke sekolah hari ini, Azri?" tanya guru disiplin itu.
Guru disiplin bertanya mengapa Azri lewat hadir ke sekolah hari itu.
Guru disiplin bertanya sebab Azri lewat hadir ke sekolah hari itu.
Guru disiplin bertanya mengapa Azri datang lewat ke sekolah hari itu.
“ Marilah bersarapan bersama-sama dengan kami, Anis,” kata Amira dan Anum.
Amira dan Anum mempelawa Anis bersarapan bersama-sama mereka.
Amira dan Anum memujuk Anis bersarapan bersama-sama mereka.
Amira dan Anum memaksa Anis bersarapan bersama-sama mereka.
Amira dan Anum mengarah Anis bersarapan bersama-sama mereka.
“Di manakah Stesen Komuter Serdang?” tanya pelancong dari Jepun.
Pelancong dari Jepun ingin menaiki Komuter Serdang.
Pelancong dari Jepun memberitahu tentang Stesen Komuter Serdang.
Pelancong itu hendak menaiki komuter ke Stesen Komuter Serdang.
Pelancong itu ingin tahu kedudukan Stesen Komuter Serdang.
"Ayah harap kamu dapat jaga adik kamu baik-baik," kata Encik Tan kepada anak sulungnya.
Encik Tan meminta anak sulungnya menjaga ayahnya dengan baik.
Encik Tan menasihati anak sulungnya menjaga anaknya dengan baik.
Encik Tan meminta anak sulungnya menjaga adiknya dengan baik.
Encik Tan dan anak sulungnya diminta menjaga adik dengan baik.
"Wah, pakaian kamu amat menarik !" kata Mandy kepada Abigail.
Mandy memuji pakaian Abigail yang sangat menarik.
Mandy menyanjungi pakaian Abigail yang sangat cantik.
Abigail memuji pakaian Mandy yang sangat menarik.
Mandy berkata kepada Abigail bahawa bajunya yang sangat menarik.
"Cikgu, bagaimanakah caranya manusia pada zaman dahulu bercucuk tanam?" tanya Muthu.
Guru menyoal Muthu bagaimana cara manusia pada zaman dahulu bercucuk tanam.
Muthu bertanya kepada gurunya tentang cara manusia pada zaman dahulu bercucuk tanam.
Muthu bertanya gurunya bagaimana dia tahu cara-cara manusia pada zaman dahulu bercucuk tanam.
Guru menyoal orang pada zaman dahulu bagaimana mereka bercucuk tanam.
"Orang itu menerpa dan memberi hadiah ini kepada saya" kata Ali kepada Chan.
Ali memberitahu Chan bahawa orang itu menerpa dan memberinya hadiah tersebut.
Ali menerangkan kepada Chan bahawa orang itu menerpa dan memberinya hadiah tersebut.
"Jemput makan kuih itu!" kata Mak Chan kepada Cik Lim
Mak Chan menjemput Cik Lim supaya makan kuih itu.
Mak Chan menyuruh Cik Lim supaya makan kuih itu.
"Hai, apa khabar Sally?" kata Fai Jun Pui.
Fai Jun Pui berjumpa Sally sambil bertanyakan khabar.
Fai Jun Pui menegur Sally sambil bertanyakan khabar.
Mariam mengajak Maimun ke kantin.
“ Ajaklah Maimun ke kantin,” kata Mariam.
“ Maimun, mari kita ke kantin,” kata Mariam.
“ Saya ingin mengajak kamu ke kantin,”kata Maimun.
“ Saya ingin mengajak kamu ke kantin,”kata Mariam.
Pak Usin bertanya kepada Amat tentang tarikh kepulangan datuknya dari Mekah.
“Adakah datuk kamu baru pulang dari Mekah?” tanya Pak Usin.
“Sudahkan datuk kamu pulang dari Mekah, Amat ?” tanya Pak Usin.
“Bilakah datuk kamu akan pulang dari Mekah, Amat ?” tanya Pak Usin.
“Bagaimana datuk kamu akan pulang dari Mekah ?” tanya Pak Usin.
Jurujual itu meminta diri kepada Tauke Lim lalu mengatakan bahawa jika ada sebarang masalah, Tauke Lim boleh menghubunginya dengan telefon.
cakap pindah
cakap ajuk
“Tidak, saya tidak pernah terlibat dalam kes kecurian. Semua ini fitnah orang lain yang cemburu saya,” kata pemuda itu kepada seorang pegawai polis.
cakap ajuk
cakap pindah
Salmi mempersilakan Devi duduk.
“Sila duduk,” kata Salmi kepada Devi.
“Janganlah duduk,” kata Salmi kepada Devi.
“Silalah duduk Salmi,” kata Devi kepada Salmi.
“Harap kamu duduk,” kata Devi kepada Salmi.
Ayah mengaduh kepada ibu bahawa kakinya sakit.
" Wah, sakitnya kakiku!" kata ayah kepada ibu.
" Aduh, sakitnya kakiku!" kata ayah kepada ibu.
" Aduhai, sakitnya kakiku!" kata ayah kepada ibu.
