wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu ( Imbuhan Akhiran)

Total questions: 10

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

_____________pada patung-patung itu menunjukkan kekreatifan pengukirnya.

a)

Tulisan

b)

Ukiran

c)

Calitan

d)

Lukisan

2.

Saya dimaklumkan bahawa ______________ ke Terengganu terpaksa ditunda atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

a)

jalanan

b)

larian

c)

lawatan

d)

ikutan

3.

"______________ semua yang terpendam dalam hati kamu," kata kaunselor itu.

a)

katakan

b)

suarakan

c)

luahkan

d)

bisikan

4.

"Jangan risau Rayyan, ayah akan _____________ agar kamu dapat menyambung pelajaran ke universiti," kata Encik Hisham kepada anaknya.

a)

dapatkan

b)

berikan

c)

buatkan

d)

usahakan

5.

Mangsa-mangsa gempa bumi berasa lega kerana mendapat _________________ daripada seluruh masyarakat dunia.

a)

huluran

b)

bantuan

c)

pilihan

d)

sokongan

6.

Hati ibu sungguh keras sehingga tidak termakan _____________ ayah.

a)

pujukan

b)

rayuan

c)

paksaan

d)

seruan

7.

_______________ angin sepoi-sepoi bahasa di pantai ini terasa sungguh nyaman.

a)

hembusan

b)

hempasan

c)

tolakan

d)

ayunan

8.

______________ tikar mengkuang merupakan seni kraf tangan yang terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu.

a)

Sulaman

b)

Tekatan

c)

Anyaman

d)

Ukiran

9.

Mariana diberikan dua _____________ , sama ada bekerja atau melanjutkan pelajaran.

a)

ambilan

b)

pilihan

c)

carian

d)

cadangan

10.

" Tolong _____________ kawasan kebakaran ini!" kata pegawai bomba kepada orang ramai.

a)

dekati

b)

jauhi

c)

lalui

d)

hampiri