Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

RC F5 15.1 Harta intelek dalam reka cipta

Total questions: 15

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Pilih definisi harta intelek yang betul.

a)

Harta yang lahir daripada kreativiti minda manusia seperti karya sastera dan seni, simbol,nama,imej,reka cipta dan reka bentuk yang digunakan dalam perdagangan

b)

Harta yang lahir daripada plagiatrisme seperti karya sastera dan seni, simbol,nama,imej,reka cipta dan reka bentuk yang digunakan dalam perdagangan

c)

Harta yang lahir daripada cetusan idea sekumpulan manusia.

d)

Harta yang lahir hasil titik peluh manusia seperti menanam pokok durian musang king.

2.

Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) ialah sebuah badan yang dipertanggungjawabkan untuk membangun dan mengurus sistem harta intelek di Malaysia. Apakah antara peranan MyIPO?

a)

Menyediakan khidmat nasihat harta intelek.

b)

Memperkukuhkan perundangan harta intelek.

c)

Mewujudkan sistem pentadbiran kepada semua pelanggan.

d)

Menyediakan perkhidmatan mesra pengguna kepada para pelanggan produk.

e)

Menggalakkan program kesedaran awam mengenai kepentingan harta intelek.

3.

Pilih undang-undang yang melindungi harta intelek di Malaysia.

a)

Akta Paten 1983

b)

Akta Reka Cipta 1987

c)

Akta Petunjuk Sejarah 2000

d)

Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996

e)

Akta Susun Atur Litar Bersepadu 2000

4.

Pilih kepentingan harta intelek yang betul.

a)

Membolehkan orang ramai untuk mendapat pengiktirafan bahan yang mereka cipta.

b)

Memberi hak eksklusif kepada pemilik untuk mengedarkan produk mereka ke luar negara.

c)

Membolehkan orang ramai untuk mendapat faedah kewangan daripada bahan yang mereka cipta.

d)

Memberi hak sepenuhnya kepada pemilik untuk menyaman individu yang menjual harta mereka.

e)

Memberi hak eksklusif kepada pemiliknya untuk mengawal dan mengeksploitasi harta intelek mereka.

5.

Hak cipta ialah perlindungan yang diberikan kepada penulis, pemilik hak cipta dan pelaku tertakluk di bawah Akta Hakcipta 1987. Apakah karya-karya yang layak mendapat perlindungan tersebut?

a)

Filem

b)

Siaran

c)

Rakaman bunyi

d)

Rakaman video dari TV.

e)

Karya seni yang diplagiat.

6.

Pilih kategori bagi harta industri yang betul.

a)

Paten

b)

Manuskrip

c)

Cap Dagangan

d)

Litar bersepadu

e)

Reka bentuk industri

7.

Antara reka cipta berikut, yang manakah tidak boleh dipatenkan?

a)

Kaedah mengesan penyakit kanser.

b)

Penyusunan litar telefon pintar

c)

Sistem penjualan produk kosmetik.

d)

Kaedah menanam pokok durian musang king.

e)

Proses menggoreng ayam restoran terkemuka

8.

Yasmin (bukan nama sebenar) telah mempatenkan ciptaan tudungnya dan membayar fi paten setiap tahun. Selepas 11 tahun, ada sebuah syarikat meniru paten tudungnya. Bolehkah Yasmin (bukan nama sebenar) menyaman syarikat tersebut?

a)

Boleh kerana paten tersebut belum luput dalam dunia fesyen.

b)

Tidak boleh kerana tempoh perlindungan paten tersebut telah tamat.

c)

Tidak boleh kerana Yasmin hanya memohon paten bagi tudung tersebut tetapi tidak pernah membayar fi.

d)

Boleh, kerana Yasmin telah memohon harta intelek bagi paten tersebut dan membayarnya setiap tahun.

9.

Di dalam satu rancangan realiti TV, para peserta rancangan tersebut telah menutup logo pada baju mereka dengan pita pelekat. Kenapakah mereka berbuat demikian?

a)

Kerana mereka malu memakai jenama tersebut.

b)

Kerana logo tersebut adalah harta intelek cap dagangan.

c)

Kerana mereka tidak berkawan dengan pemilik logo tersebut.

d)

Kerana mereka tidak mahu syarikat tersebut mendapat iklan produk percuma.

10.

Manakah antara berikut cap dagangan yang tidak boleh didaftarkan?

a)

Perkataan atau representasi ASEAN dan bunga raya.

b)

Imej/simbol angkatan tentera dan Polis Diraja Malaysia.

c)

Perkataan atau simbol yang sangat ikonik dengan individu pereka.

d)

Logo yang mengandungi huruf dan perkataan yang ringkas dan menarik perhatian.

e)

Paten, telah dipatenkan, surat paten diraja, berdaftar, reka bentuk berdaftar dan hak cipta.

11.

Antara berikut, yang manakah reka bentuk industri yang tidak boleh didaftarkan?

a)

Tiada nilai estetik yang jelas.

b)

Kaedah atau prinsip pembinaan.

c)

Ciri-ciri yang tidak bergantung pada mana-mana barang lain.

d)

Ciri yang bergantung pada fungsi (dictated solely by the function).

e)

Bentuk tiga dimensi yang menarik dan boleh diterima awam atau prinsip moral.

12.

Antara harta intelek petunjuk geografi berikut, yang manakah boleh didaftarkan?

a)

Sabah Tea

b)

Mee Bandung

c)

Songket Terengganu

d)

Laksa Kedah

e)

Jem Strawberry Cameroon Highland

13.

Anaz (bukan nama sebenar) telah menemui kaedah menghafal sifir lebih laju daripada kalkulator. Bolehkah dia memohon paten bagi kaedah tersebut bagi tujuan menjadi pengajar kaedah tersebut dan mengaut untung.

a)

Boleh kerana niat beliau baik.

b)

Tidak boleh kerana tujuannnya salah.

c)

Tidak boleh kerana kaedah matematik tidak boleh dipatenkan.

d)

Boleh kerana kaedah tersebut merupakan kaedah baru dan belum pernah ditemui oleh intelektual yang lain.

14.

Apakah kepentingan cap dagangan?

a)

Sijil pendaftaran yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar menjadi bukti sebagai pemilik yang sah ke atas sesuatu cap dagangan.

b)

Bukti “kesahan” hak milik cap dagangan dalam urusan pengeksportan barangan ke luar negara.

c)

Mendapat hak eksklusif untuk menggunakan cap dagangan berkenaan dalam urusan atau operasi perniagaan mereka.

d)

Mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang menggunakan cap dagangan tersebut walaupun telah mendapat kebenaran sah.

15.

Sekiranya anda menghadapi masalah berkaitan dengan harta intelek anda, kepada siapakah anda perlu membuat aduan?

a)

Bomba

b)

Perbadanan Harta Intelek Malaysia

c)

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

d)

Majlis Perbandaran Tempatan dan Antarabangsa

e)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna