Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz BM T5 - Kata Ganda

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Perkataan 'rumah-rumah' ialah golongan Kata Ganda ________________

a)

Penggandaan Penuh

b)

Penggandaan Separa

c)

Penggandaan Berentak

2.
Perkataan 'tetamu' ialah golongan Kata Ganda yang mana satu?
a)
Penggandaan Penuh
b)
Penggandaan Separa
c)
Penggandaan Berentak
3.

Perkataan 'teka-teki' ialah golongan Kata Ganda ______________

a)

Penggandaan Penuh

b)

Penggandaan Separa

c)

Penggandaan Berentak

4.

Perkataan mana satukah tergolong dalam golongan kata ganda berentak?

a)

lampu-lampu

b)

lelaki

c)

ramah-tamah

5.
Perkataan 'tetangga' ialah golongan Kata Ganda yang mana satu?
a)
Penggandaan Penuh
b)
Penggandaan Separa
c)
Penggandaa Berentak
6.
Badannya _______________ kerana terkena duri pokok.
a)
calar-balar 
b)
comot-momot
c)
bengkang-bengkok
d)
gelap-gelita
7.

_______________ lagi ayah sudah bangun untuk pergi ke kebun.

a)

Jauh-jauh

b)

Diam-diam

c)

Pagi-Pagi

d)

Dalam-dalam

8.

Menara pemerhati polis hanya _________pada penglihatan pemandu kerana diselubungi kabus yang tebal pada waktu pagi.

a)

dekat-dekat

b)

balam-balam

c)

datang-datang

d)

bayang-bayang

9.
Datuk saya sedang menebas ________________ di belakang rumah saya.
a)
bukit-bukau
b)
semak-samun
c)
kayu-kayan
d)
gunung-ganang
10.
 Jurutera itu menggunakan _____________ untuk melukis sudut 90 darjah.
a)
pembaris
b)
sesiku
c)
jejari
d)
lelabah
11.
 Pejalan kaki dinasihat menggunakan _________________ di jalan raya yang sibuk itu.
a)
lintasan belang
b)
jambatan
c)
jejambat
d)
jejantas
12.
Biliknya menjadi ________________________________ apabila bekalan elektrik terputus.
a)
gelap-gelita
b)
terang benderang
c)
sangat gelap
d)
malap
13.
Pak Ali meletak ______________________________ di tengah sawahnya untuk menakutkan burung-burung.
a)
burung hantu
b)
rerama
c)
pepatung
d)
orang-orang
14.
 Emak masak ________________________ yang enak untuk saudara-mara yang datang dari Kuala Lumpur.
a)
buah-buahan
b)
lauk-pauk
c)
sayur-sayuran
d)
buah-buah
15.

Saya sentiasa berdoa ____________ Mak Cik Kiah sembuh daripada penyakitnya.

a)

cukup-cukup

b)

tega-tegap

c)

moga-moga

d)

kuat-kuat

16.

Dia menatap gambar ibu yang dirindui itu _____________.

a)

lambat-lambat

b)

hampir-hampir

c)

lama-lama

d)

jelas-jelas

17.

Kuih karipap yang baru lepas digoreng itu ______________ belaka.

a)

comel-comel

b)

panas-panas

c)

cantik-cantik

d)

pahit-pahit

18.

Kari ikan itu di masak oleh Puan Kareena dengan menggunakan ________________ asli.

a)

rempah-ratus

b)

kuih-muih

c)

kayu-kayan

d)

gunung-ganang

19.

Pada hari raya, umat Islam akan ______ antara satu sama lain.

a)

bertukar-tukar

b)

bersalam-salaman

c)

berdentam-dentum

d)

berganti-ganti

20.

Kemalangan itu berlaku disebabkan keadaan jalan yang __________________.

a)

compang - camping.

b)

dentam-dentum

c)

calar-balar

d)

licin-licau

21.
Puan Kamsiah menyapu _______ yang gugur dari pokok di halaman rumahnya.      
a)
A.  bebawang 
b)
B.  dedaun 
c)
C.  rerumput
22.

Guru besar mengambil tindakan tatatertib ______________ terhadap murid yang terlibat dengan kes buli itu.

a)

porak - peranda

b)

lambat - laun

c)

remeh- temeh

d)

serta - merta

23.

Pak Daud mencantas ________ pokok yang sudah mati.

a)

reranting

b)

pepohon

c)

tetulang

d)

dedaun

24.

Syarikat Sasmurni mengiklankan produk keluarannya melalui _____________ yang direntang di pusat beli -belah.

a)

sesiku

b)

lelangit

c)

gegantung

d)

sesumpah

25.

Rumah nenek Esah _____________ dengan suara cucu- cucunya yang baru tiba dari Kuala Lumpur.

a)

tunggang - langgang

b)

punah - ranah

c)

riuh - rendah

d)

calar - balar