wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bab 5 Ikatan kimia [KIMIA T4] ~ypl

Total questions: 40

Worksheet time: 29mins

Name
Class
Date
1.

Sebatian yang terbentuk dengan ikatan ion adalah.......

a)

NH3

b)

CO2

c)

H2O

d)

CaO

2.

Empat unsur A, B, C, D masing-masing mempunyai nombor proton 16, 17, 18, 19. Pasangan yang dapat membentuk ikatan ion adalah...

a)

A dengan B

b)

A dengan C

c)

B dengan C

d)

B dengan D

3.

Sebatian berikut ini yang merupakan sebatian kovalen adalah....

a)

NaCl

b)

CO2

c)

CaO

d)

MgS

4.

Ikatan datif atau ikatan koordinat ditunjukkan oleh anak panah nombor....

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4

5.

Susunan elektron valens gas adi di bawah ini adalah oktet, kecuali ….

a)

Ar

b)

Ne

c)

He

d)

Kr

e)

Xe

6.
___________  ialah sebarang bahan yang terbentuk daripada gabungan kimia dua atau lebih unsur
a)
atom
b)
sebatian
c)
ikatan
d)
homogen
7.

Gas adi dikenali sebagai __________

a)

gas tulen

b)

gas nadir

c)

gas aktif

8.
______  mempunyai 2 elektron pada petala luarnya, yang dikenali sebagai susunan elektron duplet.
a)
helium
b)
neon
c)
argon
d)
kripton
9.
Ikatan kimia dapat dibentuk melalui 2 cara iaitu __________ elektron dan ________ elektron.
a)
kesatuan, gabungan
b)
perpecahan, kesatuan
c)
pemindahan, perkongsian
10.

Pemindahan elektron akan membentuk ______________

a)

ikatan datif

b)

ikatan hidrogen

c)

ikatan ion

d)

ikatan kovalen

11.

Perkongsian elektron akan membentuk ___________

a)

ion

b)

molekul

c)

atom

12.

ikatan elektrovalens adalah daya tarikan _____________ yang kuat di antara ion yang berlawanan cas.

a)

elektrik

b)

Van der Waals

c)

elektrostatik

d)

elektromagnet

13.

Atom logam akan melepaskan satu atau lebih elektron dan membentuk ion positif iaitu

a)

anion

b)

kation

c)

minion

14.
Semua sebatian ion merupakan pepejal yang mempunyai takat lebur dan takat didih yang _______ pada keadaan bilik.
a)
rendah
b)
tinggi
c)
sederhana
15.

Apakah yang terbentuk apabila sesuatu atom menerima elektron?

a)

Anion

b)

Kation

c)

minion

16.
Apakah yang berlaku kepada atom-atom unsur semasa penbentukan ikatan kovalen?
a)
Menerima elektron
b)
Menderma elektron
c)
Berkongsi elektron
d)
Saling bertukar elektron
17.
Unsur M merupakan unsur logam.Ia mempunyai empat petala berisi elektron. Antara susunan elektron berikut yang manakah benar bagi unsur M? 
a)
2.8.1   
b)
2.8.2
c)
2.8.8.3
d)
2.8.8.8
18.

Unsur X dan karbon bertindak balas menghasilkan sebatian dengan formula CX4. Apakah jenis ikatan dan formula sebatian yang terbentuk jika unsur X bertindak balas dengan magnesium?

a)

Ikatan ion, MgX

b)

Ikatan Ion, MgX2

c)

Ikatan kovalen, MgX

d)

Ikatan kovalen, MgX2

19.

Ikatan yang terbentuk daripada daya tarikan antara atom hidrogen dengan atom yang mempunyai keelektronegatifan yang tinggi.

a)

Ikatan ion

b)

Ikatan kovalen

c)

Ikatan hidrogen

d)

Ikatan datif

20.

Apakah itu ikatan datif?

a)

Ikatan antara dua atom yang mana kedua-dua elektron berasal daripada satu atom sahaja.

b)

Ikatan antara atom hidrogen dengan atom yang tinggi keelektronegatifan.

c)

Daya tarikan elektrostatik antara elektron valens yang dinyahsetempatkan terhadap ion logam yang bercas positif.

21.

Antara berikut, yang manakah bukan atom yang membentuk ikatan hidrogen dengan atom hidrogen?

a)

Nitrogen

b)

Natrium

c)

Oksigen

d)

Fluorin

22.

Yang manakah merupakan kesan ikatan hidrogen?

a)

Takat didih air, ammonia dan hidrogen fluorida lebih rendah berbanding molekul lain.

b)

Takat didih etanol lebih tinggi daripada molekul klorin.

c)

Ketumpatan air lebih rendah berbanding ais.

23.

Molekul air pada jari akan membentuk ikatan hidrogen dengan molekul ................ di dalam kertas.

a)

Selulosa

b)

Keratin

c)

Protein

24.

Apakah nama ikatan yang terbentuk?

a)

ikatan ion

b)

ikatan logam

c)

ikatan hidrogen

d)

ikatan datif

25.

Atom hidrogen boleh membentuk ikatan hidrogen dengan atom unsur ....

a)

flourin, klorin, bromin

b)

flourin, oksigen, nitrogen

c)

oksigen, nitrogen, helium

d)

helium, neon, argon

26.

apakah perbezaan antara ikatan hidrogen dengan ikatan kovalen?

a)

ikatan hidrogen wujud antara molekul manakala ikatan kovalen wujud di dalam molekul

b)

ikatan hidrogen wujud di dalam molekul manakala ikatan kovalen wujud antara molekul

27.

manakah antara berikut boleh wujudnya ikatan datif?

a)

H2O dengan H2O

b)

NH3 dengan H+

c)

HF dengan HF

d)

Na dengan Cl

28.

Berdasarkan rajah. Bagaimanakah atom-atom logam tersebut boleh mencapai susunan oktet?

a)

elektron valens digunakan secara bersama antara atom-atom logam

b)

mendermakan elektron valens kepada atom logam yang lain

c)

berkongsi elektron dengan atom bukan logam

29.

antara berikut manakah yang TIDAK boleh membentuk ikatan hidrogen

a)

molekul air (H2O) dengan molekul gas klorin (Cl2)

b)

molekul gas karbon dioksida (CO2) dengan molekul air (H2O)

c)

molekul air (H2O) dengan molekul air (H2O)

d)

molekul ammonia (NH3) dengan molekul ammonia (NH3)

30.

Rajah menunjukkan pembentukan ion hidroksonium, H3O+

Ikatan datif terbentuk melalui sumbangan

a)

satu elektron dari setiap satu atom hidrogen

b)

pertindihan elektron di antara atom hidrogen dan atom oksigen

c)

cas +1 dari ion hidrogen

d)

pasangan elektron bebas dari atom oksigen

31.

Unsur berikut ini yang merupakan unsur logam, kecuali...

a)

Au

b)

Rb

c)

Se

d)

Ag

32.

Berikut ini merupakan sifat logam, kecuali...

a)

berkilat

b)

boleh ditempa

c)

boleh mengkonduksi elektrik

d)

penebat haba yang baik

33.

Ikatan logam hanya dapat dibentuk oleh...

a)

2 atom logam

b)

Lebih dari 1 atom logam

c)

Minimal 2 atom logam

d)

Banyak atom logam

34.

Berikut ini unsur yang akan membentuk ikatan logam terkuat adalah...

a)

Li

b)

Na

c)

Mg

d)

Ca

35.

Di bawah ini termasuk sifat-sifat unsur logam, kecuali...

a)

Dapat ditempa

b)

Tidak reaktif

c)

Dapat mengalirkan haba

d)

Dapat mengkonduksi elektrik

36.

Unsur-unsur 11A, 12B, 13C, 17D, 19E adalah logam, kecuali...

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

e)

E

37.

Jadual menunjukkan nombor proton bagi 6 unsur P,Q,R,S,T dan U


Antara pasangan unsur berikut yang manakah boleh mengkonduksikan elektrik dalam larutan akueus?.

a)

P dan Q

b)

P dan R

c)

R dan T

d)

R dan U

38.

Apakah maksud elektron dinyahsetempatkan?

a)

Elektron valens yang membentuk lautan elektron

b)

Daya tarikan elektrostatik antara lautan elektron dengan ion logam yang bercas positif

c)

Elektron yang bebas bergerak dan tidak dimiliki oleh mana² atom atau ion.

d)

Atom logam yang tersusun secara rapat dan teratur dalam keadaan pepejal

39.

untuk mencapai susunan elektron oktet, atom Na yang bernombor proton 11 harus...

a)

Melepas 1 elektron

b)

Menerima 1 elektron

c)

Melepas 2 elektron

d)

Menerima 2 elektron

e)

Melepas 3 elektron

40.

Diantara sebatian berikut, mana yang memiliki ikatan ion...

a)

HCl

b)

HF

c)

HI

d)

KBr

e)

HBr