Font size
WorksheetsSifat Fizik Sebatian Karbon & Sifat Kimia Alkana
Total questions: 13
Worksheet time: 7mins
Semua sebatian karbon mempunyai takat lebur dan takat didih yang ............
tinggi
rendah
Takat lebur dan takat didih sebatian karbon akan ............ apabila saiz molekul semakin ..........
menurun, kecil
menurun, besar
meningkat, kecil
meningkat, besar
Alkana, alkena dan alkuna boleh larut dalam ........... tetapi tidak larut dalam ............
air, pelarut organik
pelarut organik, air
Tandakan semua sebatian karbon yang boleh larut dalam air
alkana
alkena
alkohol
asid karboksilik
ester
Alkana, alkena dan alkuna .............. mengkonduksikan elektrik dalam ...................
boleh, keadaan cecair dan akues
boleh, keadaan akues sahaja
tidak boleh, semua keadaan
Alkana, alkena dan alkuna adalah ............ tumpat daripada air, maka ia akan berada di ............. lapisan air
kurang, bawah
kurang, atas
lebih, bawah
lebih, atas
Pada suhu bilik, ............. ahli pertama alkana dan .............. ahli pertama alkena serta alkuna berada dalam keadaan gas. Ahli-ahli seterusnya merupakan cecair.
3,4
4,3
2,3
3,2
Semua alkohol dan asid karboksilik berada dalam keadaan cecair pada suhu bilik.
Benar
Palsu
Tandakan semua sebatian karbon yang mudah meruap pada suhu bilik
Alkohol
Asid karboksilik
Ester
Apabila alkana dibakar lengkap dalam oksigen berlebihan, tindak balas itu akan menghasilkan ............
(tandakan semua hasil yang betul)
karbon dioksida
karbon monoksida
karbon
air
Apabila alkana terbakar tidak lengkap, tindak balas itu akan menghasilkan ............
(tandakan semua hasil yang betul)
karbon dioksida
karbon monoksida
karbon
air
Alkana mengalami tindak balas ............... dengan halogen seperti klorin dan bromin
penambahan (addition)
penghalogenan (halogenation)
penukargantian (substitution)
penguraian ganda dua (double decomposition)
Apakah mangkin yang digunakan dalam tindak balas penukargantian alkana?
Sinaran alpha
Sinaran beta
Sinaran ultraungu
Sinaran gamma
