wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

STRUKTUR ATOM

Total questions: 25

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.

Bahan manakah yang merupakan suatu unsur?

a)

Udara

b)

Stim

c)

Karbon

d)

Naftalena

2.

Bahan yang manakah terdiri daripada ion?

a)

Karbon dioksida

b)

Sulfur dioksida

c)

Kalsium klorida

d)

Hidrogen klorida

3.

Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan proses pemejalwapan?

a)

Wap bromin tersebar ke seluruh balang gas

b)

Air bertukar menjadi ais dalam peti sejuk

c)

Bebola naftalena dalam almari menjadi lebih kecil

d)

lsi padu minyak wangi berkurang dalam botol yang terbuka

4.

Antara yang berikut, yang manakah adalah perbezaan isotop bagi unsur?

I Bilangan proton

II Sifat fizik

III Sifat kimia

IV Bilangan nukleon

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

II dan IV

5.

Apakah maksud isotop?

a)

Atom-atom unsur yang sama dengan nombor nukleon yang sama

b)

Atom-atom unsur yang sama dengan bilangan neutron yang berbeza

c)

Atom-atom unsur yang berbeza dengan nombor proton yang berbeza

d)

Atom-atom unsur yang berbeza dengan nombor nukleon yang sama

6.

Berapakah bilangan neutron dalam isotop uranium

a)

92

b)

143

c)

235

d)

327

7.

Antara berikut susunan elektron manakah yang mewakili atom bagi unsur di atas

a)

2.8.1

b)

2.8.2

c)

2.8.3

d)

2.8.4

8.

Antara yang berikut, yang manakah benar tentang atom ini?

a)

Nombor proton ialah 2

b)

Nombor nukleon ialah 2

c)

Jumlah bilangan elektron ialah 4

d)

Bilangan elektron valens ialah 4

9.

Pasangan zarah manakah yang mempunyai bilangan elektron yang sama?

a)

U dan V

b)

W dan Z

c)

W dan V-

d)

Z dan U2

10.

Antara berikut, yang manakah betul tentang jenis zarah sesuatu bahan?

a)

Atom: Kuprum

Molekul: Oksigen

Ion: Merkuri

b)

Atom: Natrium

Molekul: Ammonia

Ion: Natrium klorida

c)

Atom: Ferum

Molekul: Karbon dioksida

Ion: Magnesium

d)

Atom: Bromin

Molekul: Nitrogen

Ion: Karbon monoksida

11.

Bahan X wujud dalam keadaan pepejal pada 200°C. Antara berikut yang manakah takat lebur dan takat didih bahan X?

a)

Takat lebur: -50°C

Takat didih: 100°C

b)

Takat lebur: 35°C

Takat didih: 185°C

c)

Takat lebur: 115°C

Takat didih: 668°C

d)

Takat lebur: 250°C

Takat didih: 750°C

12.

Antara berikut, yang manakah urutan yang betul tentang sejarah perkembangan model atom?

P - Jirim terdiri daripada zarah yang dipanggil sebagai atom.

Q - Elektron di dalam atom bergerak di dalam petala di sekeliling nukleus

R - Menjumpai nukleus sebagai pusat atom

S - Menjumpai zarah neutral, iaitu neutron

a)

P → Q → R → S

b)

P → S → Q → R

c)

P → R → S → Q

d)

P → R → Q → S

13.

Maklumat berikut tentang atom silikon.

· Nombor proton = 14

· nombor nukleon = 28


Apakah bilangan elektron valens dalam atom silikon?

a)

2

b)

4

c)

8

d)

14

14.

Pasangan isotop dengan kegunaan spesifik yang manakah betul?

a)

Iodin-131; membuat bateri atomik

b)

Karbon-14; mengukur ketumpatan konkrit

c)

Kobalt-60; rawatan kanser

d)

Uranium-238; pentarikhan artifak organik

15.

(a)   ialah suhu malar apabila sesuatu bahan bertukar daripada keadaan pepejal menjadi cecair pada tekanan tertentu

16.

Mengapakah kaedah kukus air digunakan dalam pemanasan naftalena?

a)

mendapatkan suhu yang tepat

b)

mendapatkan pemanasan yang sekata

c)

naftalena bahan beracun

17.

Semasa QR, suhu pemanasan adalah malar. Ini kerana haba yang diserap digunakan untuk

a)

memecahkan ikatan antara zarah

b)

melemahkan daya tarikan antara zarah

c)

mengatasi daya tarikan antara zarah

18.

Apakah keadaan fizik bahan ini pada NO

a)

pepejal

b)

cecair

c)

cecair dan pepejal

19.

Atom-atom manakah adalah isotop?

a)

A. P dan Q

b)

B. Q dan R

c)

C. R dan S

d)

D. P dan S

20.

Nyatakan jenis zarah yang wujud dalam wayar kuprum.

a)

atom

b)

ion

c)

molekul

21.

bahan manakah terdiri daripada atom?

a)

besi

b)

nitrogen

c)

air

22.

Pernyataan manakah yang betul tentang teori kinetik jirim?

a)

Zarah-zarah dalam cecair disusun dengan padat dan teratur

b)

Zarah-zarah dalam pepejal bergerak rawak

c)

Daya antara zarah-zarah gas lebih kuat daripada yang terdapat dalam cecair

d)

Kandungan tenaga gas lebih tinggi daripada pepejal.

23.

Atom unsur X mempunyai nombor nukleon 14 dan nombor neutron 8. Pernyataan manakah yang betul tentang atom unsur X?

a)

Atom itu mempunyai 7 proton

b)

Susunan elektronnya ialah 2.4

c)

Atom mempunyai 8 neutron

d)

Atom itu mempunyai 3 elektron valens

24.

Pilih pernyataan yang benar tentang zarah subatom neutron.

a)

Jisim neutron ialah 1 g.

b)

Cas neutron dan elektron adalah sama.

c)

Neutron hanya wujud dalam atom unsur bukan logam.

d)

Neutron dan proton mempunyai jisim relatif yang sama.

25.

Anion T mempunyai susunan elektron 2.8. Apakah nombor proton atom unsur T?

a)

4

b)

6

c)

8

d)

10