wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 2 DAYA DAN GERAKAN 1

Total questions: 30

Worksheet time: 22mins

Name
Class
Date
1.

Kuantiti fizik manakah yang sama dengan  sesaranmasa\frac{sesaran}{masa}   ?

a)

Laju

b)

Halaju

c)

Jarak

d)

Pecutan

2.

Semua pernyataan ini BENAR berkaitan sesaran kecuali

a)

jarak terdekat

b)

jumlah jarak yang dilalui

c)

boleh berunit kilometer

d)

boleh bermagnitud negatif

3.

Kereta yang bergerak dengan halaju seragam mengalami pecutan ......

a)

bertambah

b)

berkurang

c)

seragam

d)

sifar

4.

Seorang murid berbasikal 300 meter dalam 60 saat. Berapakah lajunya?

a)

50 ms150\ ms^{-1}

b)

5 ms15\ ms^{-1}

c)

0.5 ms10.5\ ms^{-1}

d)

0.2 ms10.2\ ms^{-1}

5.

Rajah menunjukkan sebuah kereta mainan mengambil masa 5 saat untuk bergerak dari X ke

Y. Berapakah halaju kereta mainan itu?

a)

0.25 ms10.25\ ms^{-1}

b)

4.0 ms14.0\ ms^{-1}

c)

4.0 ms1 ke barat4.0\ ms^{-1}\ ke\ \ barat

d)

4.0 ms1 ke timur4.0\ ms^{-1}\ ke\ \ timur

6.

Antara graf sesaran-masa berikut, yang manakah mewakili graf sesaran-masa bagi objek yang pegun?

a)
b)
c)
d)
7.

Rajah menunjukkan lintasan yang dilalui

oleh sebuah bas dari P ke S.


Hitung sesaran bas itu.

a)

19.0 km

b)

18.8 km

c)

14.8 km

d)

13.0 km

8.

Rajah menunjukkan graf halaju-masa bagi gerakan suatu objek.

Berapakah jumlah jarak, dalam m, yang dilalui oleh objek itu dalam masa 8 s?

a)

18

b)

24

c)

32

d)

84

9.

Satu detik bersamaan dengan

a)

50 Hz

b)

0.2s

c)

0.02s

d)

2s

10.

Rajah menunjukkan pita detik bagi gerakan suatu objek.

Pernyataan manakah menerangkan situasi tersebut?

a)

Objek memecut kemudian halaju seragam.

b)

Objek menyahpecut kemudian halaju seragam.

c)

Objek bergerak dengan halaju seragam kemudian memecut.

d)

Objek bergerak dengan halaju seragam kemudian menyahpecut.

11.

Sebuah kereta yang bergerak dengan halaju 30 ms-1 dinyahpecutkan secara seragam sehingga berhenti selepas 5 s. Berapakah nyahpecutan yang dialami oleh kereta itu?

a)

-6 m s-2

b)

-150 m s-2

c)

6 m s-2

d)

150 m s-2

12.

Rajah menunjukkan trek 400 m di sebuah sekolah. Seorang atlet berlari dua pusingan bermula dan tamat pada garisan yang sama mengikut trek ini. Berapakah jarak dan sesaran yang dilalui oleh atlet itu?

a)

Jarak: 800 m/ Sesaran: 0 m

b)

Jarak: 400 m/ Sesaran: 0 m

c)

Jarak: 800 m/ Sesaran: 400 m

d)

Jarak: 400 m/ Sesaran: 800 m

13.

Rajah menunjukkan jalan yang diambil oleh sebuah kereta peronda untuk memantau keselamatan di suatu kawasan kejiranan. Kereta peronda mula bergerak dari titiK P pada jam 2100.


Berapakah sesaran kereta peronda pada jam 2130 ?

a)

0.0 km

b)

5.0 km

c)

7.5 km

d)

16.0 km

14.

Rajah menunjukkan sebuah roket bermula dengan halaju  3 000 ms13\ 000\ ms^{-1}  dan kemudiannya memecut seragam pada  25 ms225\ ms^{-2}  ke atas.



Berapakah halaju roket selepas 5 minit ?

a)

 4 500 ms1-4\ 500\ ms^{-1}  

b)

 10 500 ms1-10\ 500\ ms^{-1}  

c)

 2 875 ms12\ 875\ ms^{-1}  

d)

 10 500 ms110\ 500\ ms^{-1}  

15.

Sebiji bola dilontar secara menegak ke atas. Apakah yang terjadi kepada momentum bola tersebut ?

a)

Berkurang

b)

Bertambah

c)

Tidak berubah

16.

Antara pernyataan mengenai medan graviti berikut, yang manakah benar ?

a)

Medan graviti menyebabkan daya dikenakan ke atas objek-objek kerana mereka mempunyai cas.

b)

Hanya planet dan bintang mempunyai medan graviti

c)

Medan graviti Bumi bertindak ke arah pusat Bumi.

d)

Kekuatan medan graviti di Bulan adalah kurang berbanding di Bumi kerana tiada atmosfera di Bulan.

17.

Rajah menunjukkan satu belon dengan udara meluru keluar dari muncung belon itu.


Situasi ini diterangkan oleh

a)

Inersia

b)

Impuls

c)

Daya Impuls

d)

Hukum Newton Ketiga

18.

Rajah menunjukkan seorang atlet lompat membengkokkan kakinya semasa mendarat.


Mengapa atlet tersebut membengkokkan kakinya ?

a)

Untuk mengurangkan momentum.

b)

Untuk menambahkan daya geseran.

c)

Untuk menambahkan masa impak.

d)

Untuk mengurangkan impuls.

19.

Sebuah kereta memecut dengan daya rintangan sebanyak  6 000 N6\ 000\ N bertindak ke atas kereta itu. Berapakah daya yang dikenakan oleh enjin kereta itu ?

a)

Bersamaan 6 000 N

b)

Lebih besar daripada 6 000 N

c)

Lebih kecil daripada 6 000 N.

d)

0 N

20.

Rajah menunjukkan sebuah bas sekolah yang bergerak dengan halaju seragam. Jika jisim bas ialah 6 000 kg6\ 000\ kg  , berapakah momentum, dalam  kg m s1kg\ m\ s^{-1}  , bas itu ?

a)

60 000

b)

120 000

c)

180 000

d)

200 000

21.

Mengapakah seorang penumpang melentok ke arah kiri apabila kereta membelok kanan ?

a)

Disebabkan graviti

b)

Disebabkan oleh daya

c)

Disebabkan oleh inersia

d)

Disebabkan oleh momentum

22.

Antara situasi berikut, yang manakah menunjukkan kesan inersia ?

a)
b)
c)
d)
23.

Satu beban berjisim 70 kg ditarik oleh pekerja di sepanjang permukaan mengufuk dengan daya 140 N. Sekiranya permukaan itu adalah licin tanpa sebarang rintangan, berapakah pecutan beban tersebut?

a)

2 ms22\ ms^{-2}

b)

20 ms220\ ms^{-2}

c)

2 ms12\ ms^{-1}

d)

20 ms120\ ms^{-1}

24.

Satu daya 60N bertindak selama 5 saat ke atas suatu objek yang pegun dan menyebabkan objek itu mencapai halaju 30\ ms^{-1} . Hitung jisim objek itu. 

a)

0.4 kg

b)

10 kg

c)

10 N

d)

0.4 N

25.

Suatu objek dalam keadaan pegun dikenakan daya sehingga mencapai halaju 30 ms-1 dalam masa 5 saat. Hitung sesaran yang dilalui oleh objek tersebut.

a)

15 m

b)

30 m

c)

75 m

d)

150 m

26.

Manakah yang BENAR berkenaan dengan pita detik.

a)

Jika kedudukan antara titik adalah rapat, objek bergerak dengan halaju yang tinggi.

b)

Jika kedudukan antara titik adalah jauh, objek bergerak dengan halaju yang rendah.

c)

Sela masa antara dua titik dikenali sebagai satu detik.

d)

Jika titik mempunyai kedudukan jarak yang sama, objek dalam keadaan pegun.

27.

Berikut adalah penyataan benar tentang gerakan jatuh bebas KECUALI...

a)

Jisim mempengaruhi gerakan jatuh bebas.

b)

Objek yang mempunyai berat berbeza akan jatuh dengan pecutan yang sama dalam keadaan vakum

c)

Objek yang lebih berat jatuh dan sampai ke tanah lebih cepat berbanding objek ringan kerana perbezaan rintangan udara yang dialami

d)

Gerakan jatuh bebas tidak dipengaruhi oleh daya luar lain.

28.

Manakah yang BENAR tentang Hukum Gerakan Newton Kedua?

a)

Suatu objek kekal dalam keadaan pegun atau bergerak dengan halaju yang malar sekiranya tiada daya luar yang bertindak keatasnya.

b)

Kadar perubahan momentum berkadar terus dengan terus dengan daya.

c)

Untuk setiap daya tindakan , terdapat satu daya tindak balas yang sama tetapi bertentangan arah.

d)

Daya graviti antara dua jasad adalah berkadar terus dengan hasil darab jisim kedua-dua jasad

29.

Seorang angkasawan melepaskan sekeping kertas dan seketul batu di permukaan Bulan secara serentak. Antara yang berikut, yang manakah paling tepat?

a)

Hanya batu jatuh dengan suatu pecutan.

b)

Batu jatuh lebih cepat berbanding dengan kertas.

c)

Kedua-dua batu dan kertas jatuh secara serentak.

d)

Kedua-dua batu dan kertas jatuh dengan pecutan secara serentak.

30.

Seorang ahli terjun jatuh dari kapal terbang menuju ke tanah. Antara kuantiti fizik berikut, yang manakah tidak akan kekal malar?

a)

Halaju

b)

Pecutan

c)

Momentum

d)

Semua jawapan