WorksheetsKUIZ TATABAHASA
Total questions: 50
Worksheet time: 33mins
"Segala perintah tuanku akan _________ laksanakan," sembah Bendahara Tun Perak kepada Sultan Melaka.
saya
hamba
patik
kami
" _______________ harus berlatih bersungguh-sungguh untuk menewaskan pasukan dari Kelantan," kata jurulatih kepada kami.
Anda
Kami
Kalian
Mereka
Para petani itu menanam jagung ________ menantikan pokok padi menguning dan sesuai untuk dituai.
selagi
sehingga
sementara
semenjak
Perahu yang kami naiki ____________ apabila dipukul ombak.
beralun-alun
bergoyang-goyang
berolang-aling
berbolak-balik
Bangunan______________ itu menjadi mercu tanda di Teluk Intan.
tegak
lurus
condong
senget
Ibu ____________kelapa untuk mendapatkan santannya.
memicit
melenyek
memerah
menindih
Udara di Sri Damai Resort, Kalumpang itu sungguh__________
baik
cergas
nyaman
indah
Pak Long Jamal duduk berehat di pondok __________ itu untuk menghilangkan penat.
usang
buruk
pudar
kelam
Puan Siti memberikan __________ wajah pemuda yang mencerobohi rumahnya malam tadi.
bayangan
lukisan
gambaran
kenangan
Kenal pasti ayat yang tidak tergolong dalam jenis ayat perintah.
Harap anda semua bersabar, makanan akan tiba sebentar lagi.
Jangan besarkan hal yang remeh-temeh.
Nah, ambil baju ini dan basuh!
Anda pangkah semua yang tidak berkenaan dalam borang ini.
Berikut merupakan kata majmuk yang telah mantap, kecuali...
tandantangan
tanggungjawab
setiausaha
ibu bapa
Kemalangan jalan raya itu melibatkan penunggang motosikal dengan sebuah kereta.
Bilakah Rosnani menyertai pertandingan masakan?
Jambatan yang ________ itu akan dilebarkan oleh pekerja Majlis Daerah Batu Pahat untuk kemudahan penduduk Kampung Parit Raja.
patah
senget
sempit
pendek
Nelayan itu membuang ________ yang tersangkut pada pukatnya kerana hidupan laut ini tidak boleh dimakan.
bari-bari
abuk-abuk
sibur-sibur
ampai-ampai
Pelbagai ________ telah diberikan oleh pemaju perumahan itu kerana gagal menyiapkan Projek Kediaman Mesra Rakyat itu.
alasan
kritikan
cemuhan
tohmahan
________ pandangan pegawai penyiaran Radio dan Televisyen Malaysia itu, rancangan dokumentari sangat sesuai ________ tontonan seisi keluarga.
Pada ... untuk
Pada ... dengan
Bagi ... terhadap
Dalam ... kepada
Persatuan Bahasa Melayu sekolah saya ________ melawat ke Pulau Langkawi pada cuti persekolahan akhir tahun nanti.
akan
harus
masih
pernah
Muhammad Aidil dan kawan-kawannya amat gemar ________ Internet untuk mendapatkan maklumat tentang pelajaran yang mereka kehendaki
merayau
melayari
meninjau
menjenguk
Sultan Selangor dan Sultanah Norashikin ________ menerima mengadap delegasi seni dan kebudayaan dari negara Brunei Darussalam itu.
bertitah
berkenan
berangkat
bersemayam
________ murid Tahun Enam Waja membuat kerja masing-masing apabila melihat Cikgu Hamdan menuju ke kelas mereka.
Semua
Seluruh
Sekalian
Setengah
Amirul berjaya meraih tiga .... pingat untuk rumah sukannya semasa hari sukan sekolah.
butir
buah
bentuk
utas
Beberapa .... air mata jatuh ke pipi Zainal ketika Zamir memeluknya apabila dia kembali ke tanah air.
buah
butir
helai
titik
Encik Halim: Kamu pergi berkelah bersama .... pada hujung minggu ini?
Hadi: Saya akan pergi bersama Hakimi dan Danial.
Apakah kata ganti nama diri tanya yang sesuai untuk melengkapkan dialog di atas?
Mana
Apa
Siapa
Bila
Sebelum Kapten Norashikin menjadi seorang .... , beliau telah mengikuti kelas penerbangan di Florida, Amerika Syarikat.
Juruterbang
Doktor
Guru
Akauntan
Posmen itu memasukkan beberapa pucuk surat .... dalam peti surat Encik Lokman.
di
untuk
ke
kepada
Permainan .... di taman permainan itu adalah untuk kanak-kanak berumur lima tahun hingga du belas tahun sahaja.
gerak-geri
mundar-mandir
mandi-manda
jongkat-jongket
Doktor Farhan akan .... pembedahan jantung ke atas pesakitnya awal pagi esok.
menjalankan
membuatkan
mendapatkan
Kakak belajar .... tikar mengkuang daripada Hajah Salmah setiap petang.
memakai
menghadiahi
menari
menganyam
Batu-batu yang agak .... di kawasan air terjun itu dipijak oleh Afiq dengan berhati-hati.
licin
keras
besar
kecil
Murid .... sering mendapat tempat pertama di dalam kelas itu tidak pernah bersikap hidung tinggi.
yang
bahawa
untuk
Murid-murid .... dibenarkan melintasi balapan sewaktu kejohanan sukan berlangsung.
bukan
betul
benar
tidak
"Mereka .... memarahi kita tetapi menasihati kita supaya berhati-hati ketika melontarkan bola kepada rakan," kata Yaya kepada Ying.
benar
betul
bukan
Walaupun gajinya agak rendah, tetapi dia tetap .... untuk membeli sebuah rumah.
Berat hati
Susah hati
besar hati
Ada hati
Perangai Ahmad tidak tumpah seperti ayahnya kerana ....
bagaimana acuan begitulah kuihnya
air dicincang tidak akan putus
bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat
bagai aur dengan tebing
Yang manakah perkataan mempunyai ejaan yang betul?
Atlit
Atlet
